(Video) KE MANA HILANGNYA WANG NEGARA DI BAWAH PH?

Oleh Dr Mamat Desa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas CEO CIMB yang pakar dalam hal kewangan dan perbankan, telah membidas pentadbiran Lim Guan Eng dengan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pinjaman Bon Samurai dari Jepun.

Dana yang digunakan untuk Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, bukan datang daripada penjanaan kewangan PH, sebagaimana yang didakwa oleh DS Najib.

Malah dalam hal yang paling asas, Lim Guan Eng bukanlah ‘Akauntan bertauliah’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh konco-konconya untuk mewajarkan kebolehannya dalam menguruskan kewangan negara.

Lebih daripada itu Presiden MCA, DS Wee Ka Siong telah mendedahkan bahawa Lim Guan Eng telah gagal semasa mendapatkan perakuan status ‘akauntan bertauliah’ daripada MIA (Malaysian Institute of Accountants).

Isu ini sejajar dengan pendedahan bahawa pemimpin PH yang menggunakan sijil akademik palsu untuk mengelabukan mata rakyat.

Dengan itu tidak hairanlah jika Tun Daim Zainuddin, melabelkan pemimpin PH sebagai ‘BODOH’, dan kerajaan PH lebih dikenali sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ (kerajaan yang dikuasai golongan pemimpin bodoh, teruk, dan jahil, yang tidak tahu menguruskan pentadbiran negara).

Dari situlah baru rakyat sedar dan tahu mengapakah golongan kakistokrat ini mencanangkan fitnah hutang BN RM1 trilion dan beriya-iya menakutkan rakyat bahawa negara tidak ada wang dan negara akan bankrap, ketika mereka berkuasa.

Malahan kadar hutang negara di bawah PH melebihi kadar KDNK yang telah ditetapkan oleh Bank Negara.

Pelabur asing telah lari ketika PH berkuasa, nilai ringgit jatuh merudum, Bursa Saham KL terburuk di dunia, lantas kos sara hidup naik mendadak.

Tiba-tiba apabila PN mengambil alih kuasa di bawah TS Muhyiddin Yassin, tanpa berlengah kerana keprihatinan kepada rakyat dan survival ekonomi negara, telah meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM250 bilion serta tambahan RM10 bilion untuk membantu SME.

Kontradiknya ketika pembentangan Bajet 2019, Lim Guan Eng telah tanpa sedar membentangkan bahawa hutang negara semasa BN berkuasa adalah RM686 bilion, dan bukannya RM1 trilion sebagaimana yang PH uar-urakan sebelumnya.

Fitnah ini telah dijadikan modal kempen PH sebelum mereka memenangi PRU14.

Rakyat termakan dengan fitnah ini, termasuk isu GST dan 1MDB. Sedangkan dalam isu GST, PH sendiri yang mahu mengitarnya semula setelah mereka menggantikannya dengan SST yang tidak menguntungkan negara.

Ironinya kenapa kini, sebagaimana penjelasan Tengku DS Zafrul, Menteri Kewangan bahawa kerajaan tidak perlu membuat pinjaman daripada negara luar, kerana kedudukan kewangan negara adalah kukuh?

Semasa PH berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

Kesemua aset berkenaan termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

Adakah rakyat cuba diperbodohkan oleh Mahathir dan Guan Eng semasa mereka mengendalikan kewangan negara atau ada muslihat untuk merompak wang negara?

Apakah yang telah Guan Eng lakukan pada wang Petronas sejumlah RM82 billion yang dijarah pada 2019?

Kemudian Mahathir juga pernah menyatakan bahawa hasil penjualan kapal mewah Equanimity akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Pada 25 April, 2019, Genting Berhad telah selesai membuat bayaran penuh pembelian kapal mewah itu kepada PH dengan harga pembelian berjumlah RM516 juta. Lantas ke manakah wang tersebut kerana tiada rekod pembayaran hutan 1MDB telah dibuat?

Sebagaimana didedahkan oleh Datuk Muhamad Hasan, terdapat 17 kes penjualan harta negara oleh Lim Guan Eng, namun kemanakah perginya wang hasil jualan tersebut kerana tiada rekod dalam belanjawan negara?

Rakyat juga tertanya-tanya ke mana perginya wang Tabung Harapan sejumlah RM 202.7 juta?

Ia menjadi lebih ironi apabila Mahathir membuat kenyataan terakhir sebagai PM Interim bahawa negara mempunyai simpanan dana bernilai RM2 trilion. Jadi di manakah letaknya dakwaan mereka bahawa negara akan bangkrap?

Segala pembohongan kerajaan kakistokrasi PH ini harus dibongkar.

Sehingga ke hari ini Mahathir masih menjaja bahawa DS Najib adalah perompak, sedangkan laporan bajet 2017 dan sebelumnya telah menunjukkan bahawa beliau telah mengendalikan kedudukan kewangan negara dengan baik.

Hakikat ini dibuktikan apabila kedudukan kewangan Malaysia pada 2017 telah mendapat pengiktirafan badan dunia seperti Bank Dunia, IMF dan agensi penarafan kredit Fitch serta Standard and Poor, apabila kedudukan kewangan negara mencapai tahap antara tertinggi dalam ranking dunia.

Nampaknya selama 22 bulan PH berkuasa di tangan Mahathir, dengan pengurusan kewangan Lim Guan Eng, penipuan dan rompakan terus berlaku sebagaimana ia berlaku 22 tahun semasa Mahathir berkuasa.

Barry Wain dalam bukunya ‘The Malaysian Maverick’ mendakwa Mahathir telah menjoli kira-kira RM100 bilion semasa dia berkuasa selama 22 tahun.

A A A A A A A A A A APEK LUCU 11

Patutlah sahabat baik Mahathir, George Soros telah melabelkan Mahathir sebagai ‘Perasuah yang moron’ (the corrupt moron) yang telah menjadikan menara kembar Petronas sebagai simbul rasuah, kronisme dan nepotisme terbesar dirinya sendiri.

******

4 thoughts on “(Video) KE MANA HILANGNYA WANG NEGARA DI BAWAH PH?

Add yours

  1. Sepatut nya kalau afa tuduhan dn kes terbukti saya mewakili takyat berbilang kaum memohon kes tun m, lim guan eng srbagai penjual harta milik rakyat malaysia seharus nya d dedahkn ke muka pengadilan dn bukan nya suara lentang d media sahaja, perlu ada kebenaran dn bukti yang jelas d msta takyat melalui mahkamah.

    Sekarang tiba lah masa nya rakyat ingin mendapat kebenaran dari semua pihak badan politik d malaysia stas dasar tudu menudu fitnah memitnah d antara satu parti ke parti lain dn d antara pemimpin parti ke pemimpin parti lain,

    1). BN.
    D dalam kes tuduhan najib pencuri, perumpak dn lain2 pemimpin d dalam bn sendiri. Termasuk 1mdb.

    2). PH.
    Tun m dn lim guan eng telah menjual harta benda milik semua komposisi berbilang kaum warganegara rakyat malaysia/kerajaan malaysia.

    Perkara oni d dengar dn d lihat kepada pengundi dn rakyat malaysia ada serius dn perlu bawah ke pengadilan siapa yang benar dn suapa yang tifak benar.

    Rakyat malaysia akan membewa kes ini ke muka pengadilan d dalam sedikit mada lagi. Harap maklum.

    Like

  2. Kerajaan PN mesti segera mengadakan siaatan diraja tanpa berlengah! Supaya mereka mereka ini tidak menyalak tak tntu hala! Siasatan pula mesti telus tegas dan berani tanpa mengira umur dan keduukan. Yng salah tetap salah. Lagipun kalau ini tidak dilakukan maka NEGARA MALAYSIA AKAN HANCUR!!!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: