Ramai warganet tergamam dan pilu, apabila di tengah-tengah kerajaan sedaya-upaya berusaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada pandemik Covid-19, timbul pihak yang mendakwa sebagai mewakili Suara Keadilan, menganjurkan pertandingan ‘vipen’ atau ‘video pendek’ untuk mengutuk kerajaan.

Tawaran penganjuran tersebut dipaparkan sebagaimana berikut.

Seperti dilaporkan oleh FMT, “Satu mesej yang dilihat oleh FMT yang dihantar menerusi kumpulan WhatsApp, menggesa ahli parti itu terus membuat ulasan dengan tujuan menarik perhatian umum kepada kelemahan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19 ….
“Suara Keadilan ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan video pendek pimpinan PKR menyuarakan kritikan terhadap kerajaan PN,” kata satu pesanan dalam satu kumpulan perbualan PKR, merujuk kepada alat sebaran rasmi parti itu.
“Video mesti antara 30 saat hingga 1 minit, “tiada bising”, dan “pencahayaan yang baik”.
“Ulas apa sahaja isu berkenaan kerajaan PN, terutama kelemahan dalam menangani Covid-19 dan tiada perancangan pemulihan ekonomi untuk rakyat selepas krisis Covid-19 berakhir serta apa sahaja isu-isu yang sesuai,” kata mesej itu.
Meskipun pihak PKR telah menjelaskan (disiarkan dalam Malaysiakini) bahawa tawaran dan anjuran pertandingan vipen itu bukan dibuat oleh pihak mereka, namun pihak SKMM dan PDRM hendaklah mengambil tindakan terhadap pihak yang mencetuskan ‘game politik’ kotor sebegini.

Adakah watak ‘Sam Ketot’ yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada usaha kerajaan untuk menyelamatkan nyawa rakyat, hanya mampu sumbangkan ‘game politik’ kotor dan jijik yang sedemikian biadap?
Pihak yang bertanggung jawab mungkin boleh buat bermacam-macam lagi, dan kemudiannya menafikannya.
Namun sampai bilakah kebiadapan sedemikian akan berakhir.
Mereka sepatutnya mengambil iktibar daripada sabda Rasululullah SAW.

Marfumnya: “Kebanyakan dosa anak-anak Adam itu adalah pada lisannya” (riwayat Al-Tabrani)
Pada hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Marfumnya: “Jika tiada yang baik hendak diperkatakan, maka hendaklah kamu diam.”
Dengan itu juga kami menggesa agar ‘Sam Ketot’ supaya jangan biadap, sebaliknya berdiam diri jika tiada sesuatu yang baik yang mahu diperkatakan untuk sumbangan kepada negara dan rakyat.
******
Tinggalkan Jawapan