(Video) HOSPITAL SWASTA KPJ WAJAR PECAT PARASIT

Apabila kami menonton TV dalam program wawancara isu Covid-19, kami sangkakan KPJ mempunyai seorang ayam jaguh yang hebat dan bersemangat untuk membantu KKM.

Kemudian barulah kami tahu bahawa ayam jaguh itu adalah ‘musang berbulu ayam’ yang amat emosional, menegakkan hujah tanpa membuat penelitian terlebih dahulu.

Kami ingin bertanya kepada Dr Musa Nordin, apakah sumbangan dia kepada rakyat dalam kemelut menentang Covid-19 ini, sehingga jeritan dan maki-hamunnya berdegar-degar, tetapi taik tersangkut di gelegar.

Dr Musa Nordin

Pada sangkaan ramai, Musa adalah pakar pandemik yang mempunyai integriti untuk bercakap dan mengkritik langkah proaktif KKM melawan pandemik Covid-19, tapi rupa-rupanya hanyalah seorang pediatrician yang banyak mengendalikan kes-kes yang melibatkan pesakit dalam julat umur bayi sehinggalah remaja.

Sepatutnya dia lewah dengan sikap lemah-lembut dan psikologi memujuk untuk membangkitkan semangat golongan kanak-kanak dan remaja, tetapi sebaliknya lebih banyak mewarisi sikap bangsa DAP yang kasar, bebal, emosional, angkuh dan suka maki-hamun.

Karektor Musa dalam rancangan bual bicara TV telah mendapat reaksi negatif dan kritikan warganet

Mungkin juga atas karektor yang sedemikian, dia mahu mencari populariti, terkinja-kinja seperti mahu bergusti daripada menyampaikan mesejnya dengan berhemah sebagai manusia bertamadun, berpendidikan dan profesional.

Sebagaimana kata Setiausaha Agung Veteran UMNO, Mustapha Yaakub, “Dia menyerang ketua pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah secara peribadi dan tidak beretika.”

Musa mendakwa doktor, jururawat, profesional kesihatan bersekutu tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari.

Lantas dia menyindir KP KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Adakah anda tunggu seorang doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kita meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum anda mula bertindak?”

Kritikan itu dibidas oleh Dr Noor Hisham yang menyatakan dakwaan ketidakcukupan bekalan PPE adalah tidak benar, majoriti petugas kesihatan tidak dijangkiti sewaktu bertugas dan kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti berlaku di hospital swasta.

Ironinya Musa tidak melihat betapa PH termasuk PM dan TPM yang tidak mengambil peduli tentang penularan wabak pada peringkat awal di Malaysia, semasa mereka masih berkuasa.

Sedangkan Regim Komunis China sendiri mengakui bahawa 5 juta rakyatnya di Wuhan Hubei, epicentre Covid-19 pertama dunia, telah meloloskan diri dari kota itu dan ada sesetengahnya telah lari ke luar negara.

Malah Tun M telah mempersendakan kemasukan pelancong China yang dikatakan berjumlah 2 juta.

Mengapa Musa berdiam diri sahaja ketika Tun M, mempersendakan kemasukan pelancong China?

Mengapakah Musa ketika itu diam sahaja dan tidak maki-hamun atas tindakan yang menjadi punca utama kemerebakan wabak Covid-19?

“Dr Musa terbukti seorang doktor yang tidak profesional yang mengutamakan politik daripada profesion,” kata  Mustapha lagi.

Lebih daripada itu Mustapha mendesak KPJ supaya memecat Musa.

Musa gagal mendapatkan maklumat tentang Menteri Kesihatan DS Adham Baba yang turut turun ke lapangan untuk melihat sendiri bagaimana kakitangan KKM bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat.

DS Adham Baba sering sibuk turun ke lapangan

Musa juga gagal melihat tugas Ketua Pengarah KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah yang diberikan amanah untuk meuar-uarkan maklumat yang amat penting kepada rakyat jelata di saat 1.7 juta manusia dijangkiti di seluruh dunia, dan 102,782 kematian (setakat jam 3.00 ptg 11 April).

Ikon hebat pejuang Covid-19

Di Malaysia sahaja, dalam keadaan PKP yang dikuatkuasakan terdapat 70 kematian dengan 4346 jangkitan.

Sebagaimana ‘musang berbulu ayam’ dia berlagak sebagai pakar serba tahu untuk menjadi ayam jaguh atas tiket sebagai penasihat bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad daripada kerajaan PH yang telah tumbang.

Apa yang kami lihat, sebagai seorang kakitangan Hospital Swasta KPJ, Musa telah mencalitkan lumpur pada KPJ, sehingga CEO dan Presiden KPJ, Dato Aminuddin Abdul Satar terpaksa memohon maaf.

Dato Aminudin telah menyatakan pendiriannya bahawa KPJ tidak sependapat dengan Musa, dan apa yang diujarkannya adalah pandangan peribadinya sendiri.

Surat CEO-Presiden KPJ kepada KP KKM Dr Noor Hisham Abdullah

Semenagnya mudah untuk mengkritik dan mencari kesalahan orang, dan tidak semudah untuk turun ke lapangan dan merasai sendiri perjuangan pemimpin tertinggi KKM.

Adakah KPJ masih mahu menyimpan parasit yang mencari populariti dengan maki-hamun terhadap pihak yang cuba menyelamatkan 30 juta rakyat daripada serangan pandemik Covid-19?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: