(Video) ANWAR MATI-MATI TIDAK AKAN MENGAKU DIA AKTIVIS FREEMASON

Tidak usahlah ditanya DS Anwar tentang perkara yang kontradik dan ironi yang dilakukannya sebagai mengangkat tingkah-lakunya yang buruk. Pasti bergalang nyawa, dia akan menafikannya.

Dalam kes penglibatan pemimpin tertinggi PKR dalam Freemason, salah satu pertubuhan dalam mazhab Yahudi yang amat berpengaruh di seluruh dunia, pastinya Anwar tidak akan mengaku.

Sebaliknya, rakyat melihat Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang pula yang menjadi sasaran, sedangkan sejak 2006 lagi isu tersebut tertular dengan bukti-bukti digital.

Lantas, mengapakah logo PKR secara jelas mengimbasi logo Iluminati dan Freemason? Adakah selama ini pihak Yahudi menaja PKR?

Adakah selama ini, apa juga yang menjadi bukti digital kepada perlakuan buruk Anwar, telah diperakuinya?

Tempoh hari rakaman suaranya yang menuduh DS Azmin Ali sebagai ‘barua’ Mahathir tertular di alam maya, namun sebagaimana biasa dia tidak akan mahu mengaku itu adalah suaranya.

Pasti dia akan nafikan

Demi menjaga digniti atau maruah parti, pemimpin PH yang tidak mahu rakyat melihat perbalahan pemimpin tertinggi mereka, turut membela Anwar.

Anwar berkata, dia tidak pernah menggunakan perkataan ‘barua’ dalam mana-mana ucapannyanya, tetapi tidakkah dia melabelkan Kongres Maruah Melayu, tempoh hari sebagai “Kongres Barua Melayu?”

Sebagaimana biasa dia tidak akan mengaku sebagaimana dia tidak mengaku meliwat Saiful Bukhari di Mahkamah, sedangkan Mahkamah telah kemudiannya mensabitkannya dengan tuduhan tersebut.

Video seorang lelaki dengan pelacur Cina, yang setiap mata kasar akan nampak bahawa manusia yang terlibat itu adalah pemimpin tertinggi PKR, namun sebagaimana biasa juga, dia tidak akan mengaku.

Banyak video yang berkaitan didedahkan dalam YouTube, yang tidak sanggup kami paparkan di sini.

Kemudian kes Anwar mencabul kehormatan Yusuf Rawther juga dinafikannya, sedangkan ujian poligraf tidak menafikan kebenaran dakwaan Yusuf.

Banyaklah lagi skandal pemimpin PKR ini yang mual untuk dibicarakan, namun apa yang pernah didedahkan oleh adik bongsu DS Azmin Ali, Ummi Hafilda, amatlah menjijikkan.

Anwar akan terus berkata, “He looks like me, sounds like me, acts like me, but he is not me.”

Wallahuaklam.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: