
Oleh Dr Mamat Desa
Kami rasa terpanggil untuk menegur, jika tidak menangkis, tulisan yang sebenarnya membuka pekung PH dan PAN sendiri.
Faiz Fadzil, ADUN Permatang Pasir, merangkap Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), pada 6 April, telah menulis dalam Malaysiakini, membidas kerajaan PN “Tentang kerajaan tanpa logo dan tiada manifesto.”
Pertamanya dia mendakwa kerajaan PN tidak menerima “ucapan tahniah dari negara luar mahupun gerakan Islam antarabangsa setakat ini.”
Nampaknya pemikirannya amat genjot kerana di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, pemimpin seluruh dunia sedang bergelut memikirkan tentang keselamatan nyawa rakyat masing-masing.

Soal hubungan diplomatik lebih condong kepada soal keselamatan bersama menentang pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun Muhyiddin masih tetap menerima ucapan tahniah daripada negara luar yang melihat kerjasama tetangga amat penting dalam isu Covid-19.

Faiz juga membangkitkan soal PN tidak menerima mandat rakyat sebagaimana PH menerima mandat rakyat pada PRU-14.
Dia buta bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU-14 adalah mandat yang tertegak atas paksi pembohongan, fitnah, janji palsu dan manifesto tisu tandas (bukannya kitab suci) PH.
Dari aspek keadilan dan moral, kerajaan PH yang diangkat melalui PRU14 sepatutnya dibatalkan kerana ia didirikan atas dasar fitnah pembohongan dan janji palsu.
Dia lupa bahawa melabelkan PN sebagai kerajaan ‘pintu belakang’, ‘tebuk atap’ dan macam-macam lagi adalah satu penghinaan terhadap DYMM SPB YDP Agong, sedangkan baginda telah menggunakan kuasa di bawah peruntukan Perlembagaan untuk melantik PM baharu (Perkara 40 (2)).
Dia juga lupa bahawa semuanya bermula daripada pengkhianatan pemimpin utama mereka iaitu Tun M terhadap PH. Jadi siapakah yang keluar pintu belakang dan siapakah yang telah panjat alang untuk tebuk atap?
Isu utama yang dibangkitkan oleh ADUN PAN ini ialah soal PN tiada bendera dan manifesto.
Bendera bagi Faiz ini pastinya logo. Jika logo yang dimaksudkannya, maka dia harus bertanya, siapakah yang menentukan logo PAN ketika ia baru ditubuhkan dahulu? Malah warna logo PAN juga telah ditentukan oleh pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.
Dia juga lupa dan buta bahawa logo PAN adalah menyerupai logo Freemason, mazhab agama Yahudi yang menjadi musuh utama Islam.

Dia juga lupa, semasa PRU14, semua parti PH telah menumpang dan bersembunyi di sebalik logo ‘mata satu dajal’ PKR.
Tidakkah penggunaan logo PKR juga merupakan penipuan dalam PRU14 apabila parti seperti DAP, anak luar nikahnya PAN, dan PPBM yang hampir mati ketika itu, berselindung di sebaliknya untuk mengelirukan rakyat?
PN tertubuh bukan kerana dia PN, tetapi kerana DYMM SPB YDP Agong telah menabalkan Muhyiddin sebagai pilihan majoriti ahli parlimen, bukan atas dasar parti, tetapi atas dasar menyelamatkan rakyat daripada kemelut politik kakistokrat PH!
Soal parti datang kemudian, kerana buat masa ini nyawa rakyat jauh lebih penting daripada logo!
Faiz juga membangkitkan bahawa PN tiada manifesto, seperti manifesto yang dilaungkan parti yang bertanding dalam setiap PRU.
Dia seperti mahu PRU15 diadakan segera dan tidak serik apabila PH telah kalah di lima PRK terakhir. Malah dalam Lima PRK itu tiada langsung pun wakil PAN yang bertanding.
Faiz juga lupa tentang manifesto PH yang menjadi cacian pengundi dan rakyat keseluruhannya, yang lebih diterjemahkan sebagai janji palsu.

Apa ertinya manifesto yang dirangka secara carca-merba, tetapi kemudiannya dikatakan bukan ‘kitab suci’ sebagai satu ‘escapism’ untuk menjadikan manifesto itu ‘tidak relevan’.

Bangunlah daripada mimpi di siang hari wahai Faiz, jangan jadi orang politik yang bengap, bodoh dan bahlol seperti Presiden PAN, yang menerima ranking Menteri Pertahanan ‘terbodoh dunia’, kerana tiada latar belakang akademik, apatah lagi latihan tentera, cuma pandai memasak lauk kampung ulu banat, dan hanya bijak buat lawak bodoh, meskipun di tengah-tengah konvesyen keselamatan global.
Apabila Muhyiddin menubuhkan barisan kabinetnya yang lebih besar daripada kabinet PH, tidakkah Faiz melihat bahawa ahli parlimen PN bukan dipenuhi oleh kaum minoriti sebagaimana ahli parlimen bangsa DAP memenuhi kerajaan PH?
Inilah bukti bahawa Muhyiddin memetingkan keseimbangan perwakilan kaum, dan menolak rasisme, tidak sebagaimana Faiz yang mempertikaikan menteri daripada MCA.
Ingatlah sikit Faiz, bahawa Muhyiddin tidak lupa 23% daripada populasi Malaysia adalah terdiri daripada kaum Cina, kira-kira 7% lagi India dan 63% adalah kaum Melayu-Bumiputera.

Premisnya ialah Muhyiddin tidak bersikap rasis sebagaimana kamu sangkakan.
Oleh itu Faiz, janganlah bercakap tentang “dosa rasuah dan rompakan duit rakyat berbilion ringgit pemimpin UMNO’, kerana kamu harus bertanya siapakah yang memimpin UMNO selama 22 tahun dan siapakah yang memimpin PH selama 22 bulan?
Kami juga ingin bertanya, mahkamah manakah yang telah mensabitkan ‘rompakan UMNO’ yang kamu laungkan itu?
Kamu lupa tentang kes rasuah Lim Guan Eng, dan kamu tutup mata tentang kehilangan wang Tabung Harapan yang berjumlah RM205 juta, sebaliknya tiba-tiba meletus pula berita anak Guan Eng melarikan USD200 juta ke Singapura.
Kamu juga tidak persoalkan ke mana hilangnya wang berjumlah RM516 juta hasil jualan kapal mewah Equanimity?
Menteri Kewangan PN memperakui bahawa kedudukan kewangan negara adalah kukuh. Ironinya Lim Guan Eng mendakwa negara akan bankrap, untuk mewajarkan penjualan aset-aset negara, sedangkan Faiz buta tentang penjualan aset-aset negara kepada kroni-kroni DAP. Tidakkah itu rasuah dan kolusi (salah guna kuasa)?
Kemudian kamu nak bercakap tentang kilang arak yang dibenarkan beroperasi, sedangkan kamu lupa kebenaran operasi kilang arak itu diluluskan oleh pegawai lantikan politik PH.

Kami nasihatkan kamu pergilah tanya ‘atok tua’ kamu, siapakah pemilik kilang arak San Miguel di Filipina?
Apapun Faiz, perkara yang paling penting sekarang ini ialah bahawasanya rakyat Malaysia rasa lebih bahagia, tidak seperti ketika mereka berada di bawah pemerintahan zalim PH.
Indeks kebahagian rakyat pada zaman PH telah jatuh merudum daripada tangga 80 pada era BN ke tangga 35 pada era PH, sebagaimana dapatan kajian yang dijalankan oleh PBB (2019).

Lagi sekali kami nak ingatkan kamu Faiz, jangan cakap melulu dan bodoh seperti presiden parti kamu!
****
Tinggalkan Jawapan