(Video) ‘FRONTLINERS’ TUNGKUS-LUMUS CUBA SELAMATKAN RAKYAT, TAPI PH MASIH BERMAIN POLITIK

Hari ini 7 April, Wikitechy News mengeluarkan data ‘terkini secara langsung’, yang mencatatkan kedudukan Malaysia pada ranking ke-31 dalam senarai dunia dengan 3963 kes dan 63 kematian akibat serangan pandemik Covid-19.

Dimuat naik daripada YouTube

Tanpa mengira pembohongan data yang dikeluarkan oleh Republik Komunis China, Amerika Syarikat berada di tempat teratas sekali dengan 367,650 kes dan 10,943 kematian.

Jumlah kematian seluruh dunia setakat jam 7.29 petang adalah 76,404 dengan 1.364 juta kes.

Demikianlah kritikalnya keadaan akibat serangan pandemik yang diisytiharkan sebagai ‘Darurat Global’ oleh WHO, berbeza dengan pandangan Tun M, sewaktu PH di hujung pemerintahan kakistokrat mereka.

Dimuat naik daripada YouTube

Hari ini rakyat sedang memerhatikan bagaimana pihak barisan hadapan (frontliner) baik pemimpin negara mahupun KKM, bertungkus-lumus cuba menyelamatkan rakyat daripada pandemik yang amat ganas dalam sejarah dunia.

Kerajaan bukan sahaja membantu dari aspek bantuan kewangan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 bilion dengan tambahan RM10 bilion (untuk PKS), tetapi juga melaksanakan program PKP bagi menyekat rantaian penularan.

Menteri Kesihatan DS Dr Adham Baba bukan sahaja tidak lekang daripada pemantauan gerakan menentang pandemik di kementeriannya, bahkan beliau juga turut ke lapangan untuk meninjau.

Demikian juga dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tiba-tiba menjadi ikon yang hebat kerana keprihatinan beliau yang tidak lekang daripada kamera media arus perdana kerana memantau kes-kes terkini penularan pandemik Covid-19.

Malahan Dr Noor Hisham adalah antara 74 saintis perubatan dunia yang terlibat dalam kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa untuk membantu Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan beberapa negara Asia, termasuk Malaysia, sebagai tindak-balas segera terhadap wabak yang semakin buruk.

Demikianlah juga dengan anggota polis dan tentera yang bertugas 24 jam untuk memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi bagi mengekang rantaian penularan.

Anggota polis yang bertugas dalam PKP keletihan tidak pulang ke rumah, sehingga terpaksa tidur di tepi jalan menunggu giliran bertugas berikutnya

Rakyat juga melihat bagaimana Menteri Wilayah Persekutuan, TS Annuar Musa, memantau zon merah di Kuala Lumpur untuk memastikan barisan hadapan yang bertugas memerangan pandemik ganas itu berada dalam keadaan yang baik.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa turut turun ke lapangan: Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion di Jalan Masjid India diisytihar sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tanpa berlengah telah menubuhkan 10 makmal tambahan untuk operasi diagnostik dengan kerjasama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, bagi membantu Kementerian Kesihatan.

Semua makmal diagnostik tambahan berkenaan akan dapat menjalankan 42,420 ujian saringan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam masa sebulan atau 1,414 sehari.

Ironinya rakyat juga melihat bagaimana pihak pemimpin PH, sibuk bermain politik.

Mereka cuba menjadi juara sebagai pejuang rakyat dengan menuntut bantuan tambahan, sedangkan ketika mereka berkuasa mereka menjerit-jerit “Kerajaan tiada duit, kerajaan tiada duit!” “Golongan miskin jangan lagi harapkan bantuan kerajaan,” “Tiada ada yang percuma” dan macam-macam lagi sebagai escapism untuk menyatakan bahawa mereka tidak mahu membantu rakyat.

Benarkah kerajaan tak ada duit?

DS Anwar Ibrahim pula terkinja-kinja menggesa diadakan sidang tergempar parlimen dengan alasan untuk membahaskan Pakej Rangsangan Ekonomi PN, yang pastinya akan mencairkan dan memburukkan lagi maruah PH pada kaca mata rakyat, sebaliknya mengangkat PN sebagai kerajaan yang amat prihatin kepada survival rakyat.

Anwar dan pemimpin PH cuba membangkitkan persoalan, mengapakah PN memperuntukkan begitu besar jumlah dana, sedangkan sebelum ini PH menjaja bahawa “negara akan bankrap” dan “hutang BN RM1 trilion.”

Adakah negara-negara seperti Great Britain, Italy, Spanyol, Amerika Syarikat, German, Indonesia, Thailand dan lain-lain, telah membentangkan peruntukan dana rangsangan masing-masing di parlimen mereka dalam keadaan ribut Covid-19 ini?

Mengapakah dalam tempoh dia berkuasa sebagai PM Interim, Tun Mahathir terus mengisytiharkan dana rangsangan berjumlah RM20 bilion tanpa mahu membentangkannya di parlimen?

Terkini mereka mempersoalkan tentang kebenaran operasi kilang arak ketika PKP sedang berjalan, sedangkan pihak yang mengeluarkan surat kebenaran adalah orang lantikan politik PH sendiri.

Warga maya dengan pantas mengucapkan tahniah kepada kerajaan PN yang segera menghalang operasi kilang arak berkenaan.

Rakyat tidak buta dan tuli untuk membuat penilaian yang adil terhadap tohmahan pemimpin PH yang kini telahpun tumbang, dalam tempoh lebih singkat daripada sepenggal, malah setengah penggal pun tidak terdaya untuk mereka memenangi mandat rakyat.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: