
Jika sebelum PH tumbang pada hujung Februari lalu, DS Anwar Ibrahim saban hari terkinja-kinja menuntut Tun Mahathir berikan kata putus tentang tarikh penyerahan kuasa kepadanya, kini dengan momentum yang sama dia dan konco-konco dalam PH menuntut pula supaya sidang tergempar parlimen diadakan.
Sepatutnya mereka bersama-sama dengan kerajaan, bergelut menyelamatkan nyawa rakyat daripada serangan Covid-19.

Apa muslihat Anwar?
Sekali imbas Anwar cuba menunjukkan bahawa PH tidak puas hati dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Perikatan Nasional bagi tempoh menghadapi Covid-19 yang berjumlah RM250 bilion.

Pastinya dengan pakej rangsangan sedemikian TS Muhyiddin Yassin akan bertambah dekat di hati rakyat, dan dengan itu ia akan menjarakkan lagi rakyat dengan Anwar dan PH.
Mereka cuba membangkitkan persoalan, mengapakah PN memperuntukkan begitu besar jumlah dana, sedangkan sebelum ini PH menjaja bahawa “negara akan bankrap”, “rakyat miskin jangan lagi harapkan bantuan kerajaan,” “tiada ada yang percuma,” “hutang BN RM1 trilion” “ kerajaan tak ada duit” dan macam-macam lagi klise untuk sorokkan kedudukan kewangan negara.
Jadi pakej rangsangan ekonomi Muhyiddin merupakan satu tendangan tepat ke muka Anwar dan PH.
Mungkin juga Muhyiddin mahu membuka pekung pembohongan Lim Guan Eng selama ini.
Sebagaimana mereka membohongi rakyat semasa PRU14, demikian jugalah tingkah mereka setelah tumbang.
Adakah negara-negara seperti Great Britain, Italy, Spanyol, Amerika Syarikat, German, Indonesia, Thailand dan lain-lain, telah membentangkan peruntukan dana rangsangan masing-masing di parlimen mereka?
Mengapakah dalam tempoh dia berkuasa sebagai PM Interim, Tun Mahathir terus mengisytiharkan dana rangsangan berjumlah RM20 bilion tanpa mahu membentangkannya di parlimen?
Nampaknya Anwar dan PH amat kritis terhadap Muhyiddin, walhal selama ini mereka labelkan Muhyiddin sebagai lembab kerana mengambil masa seminggu untuk membentuk kabinet baru.
Mereka ingat melantik menteri kabinet semudah melantik menteri-menteri kakistokrat PH yang bangang dan bengap sehingga keadaan negara menjadi haru-biru, lintang-pukang dan huru-hara ketika mereka berkuasa.

Rangsangan RM250 bilion adalah wajar dan tidak terlewah dengan kedudukan rizab kewangan negara yang masih kukuh hasil warisan kerajaan BN terdahulu demi membantu rakyat.
Negara manakah yang ada masa untuk membahaskan dalam parlimen yang kemudiannya melengah-lengahkan pelaksanaan atau berkemungkinan pakej tersebut terus tergendala dan dibatalkan.
Sedangkan hari ini, di Amerika sahaja 748 rakyatnya mati setiap hari, manakala di Italy pula 960 kematian saban hari dan kadar ini terus meningkat.
Ekonomi rakyat kelas bawahan terjejas teruk apabila aktiviti pergerakan mereka dikekang untuk menghalang rantaian penularan, sama seperti di Malaysia, mahupun di mana-mana negara pada ketika ini.
Hakikatnya PH bukan mempedulikan sangat pakej bantuan rakyat, kerana bagi mereka rakyat cukup dibantu dengan RM30 ‘one off package’ yang memadai bagi Cina DAP membeli tisu tandas untuk bersihkan berak mereka.

Walau bagaimanapun mungkin juga PH mahu sangat mengadakan sidang tergempar Parlimen, meskipun untuk dua hari sahaja, kerana strategi serampang dua mata.
Pertamanya, mereka mahu mengusulkan undi tidak percaya pada Muhyiddin tapi Anwar lupa bahawa menurut Merdeka Centre hanya 13% rakyat kaum Melayu yang menyokongnya.
Dia lupa dia adalah bekas banduan, dan dia juga lupa pada kenyataan Mahathir bahawa, “Saya tidak akan benarkan sodomis menjadi PM.”
Adakah gabungan UMNO, PAS, Bersatu yang menyebelahi Muhyiddin, GPS, PKR kem Azmin, dan juga kelompok AP Sabah, tidak cukup untuk membentuk suara majoriti menolak Anwar?
Keduanya, jika strategi undi tidak percaya gagal, maka PH boleh bertindak untuk menyekat pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion itu.
Jika pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat dan negara itu dapat disekat, maka Muhyiddin akan hilang kepercayaan AP, dan rakyat.
Di sinilah ketikanya Anwar rasa dia akan menjadi juara.
Sepatutnya Anwar memikirkan soal nyawa dan keselamatan rakyat daripada politik gila kuasa.
****
Alhamdulillah syukur yg teramat sangat negara bebas dari pemimpin hipokrit seperti anwar dan konco konconya.. Semua ini rahmat Allah untuk mengelakkan rakyat dari terus dibohongi dan dikudakan.. Alhamdulillah
LikeLike
Tepat sekali pandan tuan.
Ribuan terima kasih.
LikeLike
Sokong PM Malaysia sekarang Muhyiddin Yassin membuat pekej rangsangan ini.
LikeLike
Ya sudah pasti, ia mesti disokongan dan diberikan semangat juang.
Terima kasih atas pandangan tuan.
LikeLike
Sy sbgai rkyt mlaysia mnyokong 100% pd prlantikan DS tan sri muhyidin yasin sbgai prdna mntri mlaysia yg baru dan sy amat yakin dgn kpmpinan beliau untuk mmbina ngra dan mmbntu rkyat d msa kini dan d msa akn dtg. Sy brhrp rkyt mlaysia tdk akn trpngaruh dan trpdya dgn pnipuan ds anuar dan msuh islam dan mlayu iaitu dap komunis. Sy brpndpt dgn kuatnya ada agenda yg tak baik dari ds anuar dan dap dgn mndsak parlimen adakan pru dgn trgmpar. Di situ dgn jelas ada muslihat yg tak baik tlah mnjdi prancangan mreka untuk mnang dlm pru yg akn di adakan. Smasa mreka (dap) mnjd krajaan dahulu, mreka tlah mngambil ksmpatan dgn mmbrikan kad pngenalan kpda rkyt china brtjuan untuk mndpt klbihan undi untuk mnang dlm pru akn dtg. Untuk mnjyakan prancangan mreka sbb itu mreka mndsak parlimen spya mngdakan pru sblum krajaan mmbntras sndikit pmbrian ic kpda rkyt asing (china). Sy mmhon dgn skrasnya pihak krajaan PN mngambil serius dgn prkra ini dan mmbntras tntang isu pmbrian ic pd rkyt china di penang dan sluruh mlaysia. Demi kslmtan dan kebaikan ngra sy brhrap krajaan tdk mmbnarkan dap mnyertai dlm politik ngra dan skali gus mmbbarkan parti itu. Ini ngra mlaysia tnah mlayu..shrusnya mlayu yg brkuasa yg mnjdi krajaan. Ska atau tdk mreka harus trima dgn undang2 yg d brikan. Jka mmbnarkan mreka dap mnyertai politik, mreka akn mmusnahkan org mlayu dan mmbuang sultan dan skali gus mrampas mlaysia dari tgn org mlayu..itu agenda mreka untuk sertai politik ngra. Sy brhrp sgt krajaan mmndang serius dgn prkra ini jka sygkan ngra. Ini ngraku, tnah airku, bruk baik biarlah bngsaku yg brkuasa.
LikeLike
Pandangan hebat tuan mnjadi panduan kami.
Ribuan terima kasih.
LikeLike
Pendapat saya PH sememang tak layak memegang tampuk kerajaan . 22 bulan kita dah nampak . Dan Anuar Ibrahim sememang nya tak layak jadi PM. Dan kerajaan yang ada sekarang kita kekal kan .semoga PN akan terus menerajui Negara .
LikeLike
Terima kasih atas pandangan Sdr.
LikeLike