(Video) PH DITIMPA BALA, HANYA MAMPU BERKUASA 22 BULAN

Oleh Dr Mamat Desa

Video dimuat naik daripada YouTube

Allahuakbar, Wallahua’lam. Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui.

Doa orang yang teraniaya adalah mustajab sebagaimana doa sahabat Rasululullah SAW, Saad Abi Waqqas supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya:

“Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, dan memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Perawi hadis berkenaan mengatakan, Allah telah memakbulkan doa Saad Abi Waqqas, apabila selepas berpuluh tahun berlalu, ketika beliau sampai di Kufah, beliau mendapati Usamah yang berusia amat tua duduk di tepi jalan dalam keadaan sangat terhina sambil mengangkat tangan untuk meminta sedekah.

Tidak ada sesiapapun yang benar-benar mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya benar, kecuali Allah yang Maha Mengetahui, sebagaimana firman Allah:

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan’ -Surah Al-Hujarat 49-18.

Apabila DS Najib mengangkat sumpah laknat atau sumpah mubahalah pada 20 Disember 2019 di masjid Kg Baru, ramai yang menghinanya dan mengatakan bahawa sumpah laknat tidak terpakai di mahkamah, dan ada yang menuduhnya sebagai hanya satu ‘escapisme’ bagi DS Najib untuk menutup kesalahannya.

Tapi pada satu sudut lain, mereka tidak nampak dan melihat bahawa sumpah laknat DS Najib, sebagaimana yang dipegang oleh para ulama, boleh memudaratkan diri sendiri sekiranya ia tidak benar, manakala sekiranya ia benar, maka ia akan memudaratkan pihak yang membuat fitnah. Pastinya DS Najib berani kerana dia benar.

Video dimuat naik daripada YouTube

Sumpah laknat ditafsirkan sebagai suatu doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT untuk menunjukkan siapa yang berdusta dalam memutuskan sesuatu perkara.

Doa yang dipanjatkan tersebut adalah untuk meminta kepada Allah SWT supaya menjatuhkan laknat atau bala pada pihak yang berdusta atau dengan menimpakan azab kepadanya.

Daripada video yang dimuat naik, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din telah menyatakan keyakinannya tentang laknat atau bala yang kini tertimpa ke atas pemimpin tertentu dalam kerajaan PH.

Setelah 66 hari berlalu sejak DS Najib mengangkat sumpah laknat untuk menolak fitnah ke atas beliau, seluruh dunia melihat PH tumbang, sebagai kerajaan paling pendek umur yang hanya bertahan selama 22 bulan, bukan sepenggal dan bukan juga setengah penggal.

Nampaknya sekiranya benar sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Megat, maka kita dapat lihat bahawa bala sumpah laknat DS Najib tidak sahaja tertimpa pada individu yang saban hari memfitnahnya, termasuk Tun Mahathir, malah seluruh kerajaan PH telah jatuh dan tumbang.

Kami masih tunduk dan mengatakan bahawa kami tidak tahu apakah kebenaran yang sebenarnya benar, tetapi apa yang kami lihat hari ini, kerajaan PH telah terbubar, dan pastinya akan berbangkit fitnah-fitnah baru.

Sebagaimana yang disumbat pada minda rakyat, “kerajaan pintu belakang”, “kerajaan tebuk bumbung”, “kerajaan yang menolak mandat rakyat”, “kerajaan pengkhianat” dan macam-macam lagi. Sedangkan kerajaan PN tertegak melalui pintu Istana DYMM SPB YDP Agong.

Hakikatnya mandat rakyat yang mengangkat kerajaan PH pada PRU14 adalah tertegak atas dasar fitnah juga, sebagaimana yang rakyat lihat pada isu GST, hutang negara RM1 trilion, negara akan bankrap, manifesto palsu, dan pelbagai lagi janji palsu dan pembohongan.

Jelas sekali mandat yang diberikan oleh rakyat telah dicabuli oleh pemimpin PH yang kemudiannya diperhatikan oleh dunia sebagai pemimpin kakistokrat, yang hanya pandai berhujah, tetapi lebih kepada pembohongan dan kebodohan.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: