(Video) KIT SIANG ISYTIHAR BERSARA

Oleh Dr Mamat Desa

Media seluruh negara heboh dengan kenyataan AP Iskandar Puteri, dan juga pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang yang telah mengisytiharkan bahawa dia akan bersara sekiranya Tun Mahathir tidak menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.

Dimuat naik daripada YouTube

Pemimpin veteran DAP itu juga pernah dihebohkan sebagai pendatang kelahiran Fujian, China, yang pernah menjadi gerila komunis semasa Darurat, amat yakin bahawa Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar, sebagaimana yang dijanjikan sebelum PRU14.

Dimuat naik daripada YouTube

PADA 3 April tahun lalu, DS Mohamad Hasan telah menyatakan keyakinannya bahawa Tun Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar Ibrahim.

Lantas Anwar akan kekal sebagai ‘Bakal Perdana Menteri’ atau akan terus hanyut dengan angan-angan dan mimpi siangnya.

Malahan hari ini Anwar tidak lagi relevan pada pentas politik Malaysia kerana 87% kaum Melayu telah menolaknya, sebagaimana dapatan kajian Merdeka Centre.

Penolakan ini tidak akan berubah kecuali Anwar boleh mengubah sejarah sabitannya dalam kes sodomi, menarik balik ucapan pluralisme agama di LSE yang merosakkan akidahnya, dan statusnya sebagai bekas banduan.

Walau bagaimanapun konco rapat Anwar, Lim Kit Siang, dengan lantang menentang kenyataan DS Mohamad Hasan kerana dia yakin Mahathir akan tetap serahkan jawatan PM kepada Anwar.

Pada 10 Mei, Kit Siang mencabar DS Mohamad bertaruh untuk bersara daripada politik, dan tidak akan bertanding pada PRU-15 sekiranya Mahathir tidak menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.

Tambah Kit Siang, “Kita beri masa dua hari kepada Mohamad untuk terima taruhan ini atau tidak.”

Demikianlah keangkuhan manusia Cina yang amat lewah dengan tabiat berjudi, sehingga sanggup mengajak lawannya bertaruh kerana keyakinan sengetnya yang tidak berasas.

DS Mohamad yakin bahawa hati keras Mahathir yang telah mencantas semua Perdana Menteri sebelum dan selepas memegang kerusi PM ke-4, tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.

Malahan Mahathir pernah menyatakan kepada media antarabangsa bahawa dia tidak mahu manusia tidak bermoral menjadi PM menggantikannya.

DS Mohamad menegaskan, “Saya tahu atok (Mahathir) kita itu hatinya keras. Ini yang bercita-cita hendak jadi perdana menteri (Anwar) mati kering jadi bacang gantung tidak jatuh-jatuh. Saya tahu sangat atok kita itu. Dia tidak akan bagi.”

Setelah berlangsungnya pertabalan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM menggantikan Mahathir pada 29 Feb 2020, maka apa yang dihujahkan dan dipertahankan oleh DS Mohamad Hasan adalah benar dan tepat sekali.

Pada 1 Mac apabila TS Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah di hadapan DYMM SPB YDP Agong sebagai PM ke-8, maka pemimpin DAP seharusnya mengadakan upacara rasmi meraikan persaraan Lim Kit Siang dalam arena politik, sama seperti Tun Musa Hitam, DS Khir Toyo, DS Ling Liong Sik dan lain-lainnya yang telah bersara.

Sebagaimana saranan Dr Chandra Muzaffar kepada Mahathir dan Anwar agar mereka bersara, maka kami juga ingin menggesa supaya Kit Siang beredar jauh daripada pentas politik negara. Lim Kit Siang sudah banyak merosakkan perpaduan kaum di negara ini dengan sikap cauvinisnya dan agenda tersembunyi DAP yang hendak menjadikan negara ini sebuah republik.

Jika dia masih tidak mahu mengisytiharkan persaraannya, maka jelaslah Kit Siang adalah pemimpin yang tidak berprinsip, tidak bermoral, dan tidak lagi relevan kepada lanskap politik negara.

Dia hanyalah melukut sepet landuh di tepi gantang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: