(Video) LIM KIT SIANG BUAT PUSINGAN-U TAPI TERGELINCIR KE LONGKANG

Oleh Dr Mamat Desa

Kit Siang, pada 30 Mac, dalam blognya ‘Kit Siang for Malaysia’ cuba menakut-nakutkan rakyat negara ini dengan membangkitkan kengerian bahawa 10,000 -20,000 rakyat Malaysia akan mati akibat Covid-19.

Dimuat naik daripada blog Kit Siang for Malaysia

Kit Siang telah merujuk kepada jangkaan yang dibuat oleh Anthony Fuaci, Pengarah ‘Institut Nasional AS bagi Alergi dan Jangkitan Kuman’, bahawa Covid-19 akan membunuh antara 100,000 – 200,000 rakyat AS.

Menurut Kit Siang, oleh kerana penduduk Malaysia hanyalah 10% daripada jumlah populasi AS, maka Malaysia akan kematian 10,000-20,000 rakyatnya akibat Covid-19 yang diimport dari China.

Fuaci secara halusnya menempelak Presiden Trump yang pada mulanya kelihatan tidak menghiraukan serangan pendemik Covid-19, kecuali setelah AS melihat 357 kematian dalam tempoh 24 jam akibat daripada Covid-19.

Adakah Kit Siang juga cuba menempelak kerajaan PN, meskipun Covid-19 sudah bermula sejak PH masih berkuasa?

Tapi ironinya Kit Siang seperti menutup mulutnya, matanya yang sepet landuh, dan telinganya ketika bekas PM, Tun Mahathir membuat pengumuman bahawa pelancong China di Malaysia tidak perlu disekat.

Kit Siang tidak kisah apabila Covid-19 telah pun menular masuk ke dalam negara sejak berjuta rakyat China termasuk dari Hubei dan Wuhan keluar melancong meraikan Tahun Baru China, ke serata pelosok dunia termasuk Malaysia.

Kit Siang tidak kisah apabila Mahathir mempertahankan pelancong China masuk ke Malaysia dengan hujah, “Ke mana hendak diletakkan 2 juta pelancong China? Ke kandang lembu?”

Kit Siang juga tidak kisah apabila bekas TPM, DS Wan Azizah mempertahankan kedatangan pelancong China.

Pada hal ketika itu WHO telahpun mengisytiharkan ‘Darurat Kesihatan Global’ yang menuntut kewaspadaan seluruh pemimpin dunia. Hanya yang tua bangka dan nyanyuk sahaja yang tidak mempedulikannya.

Janganlah bersikap hipokrit Kit Siang. Rakyat tahu apa yang terkandung dalam hati sanubari kamu, apabila kamu biarkan anak kamu memusnahkan negara dan merompak harta TH wewenangnya, dan sekarang kamu suka sekiranya jumlah besar yang mati di Malaysia itu, kebanyakannya adalah kaum Melayu-Islam.

Kit Siang juga tidak nampak bahawa kritikan dan ramalan Fuaci mencakupi amalan hidup liberalisme dan hendonisme masyarakat AS yang menyumbang kepada pantasnya penularan pandemik Covid-19.

Mereka bebas bercium di tengah-tengah bandar yang sesak, mereka hanyut dengan seks bebas, mereka bebas berpelukan tanpa halangan, mereka bebas mandi separuh bogel bersama di pantai. dan tidak ada pencegah maksiat di negara maju itu.

Dipetik daripada Tagar.id

Kit Siang juga tidak pernah membangkitkan gaya hidup masyarakat China yang tersohor dengan makanan ekstrem, kelawar, ular, katak, ulat dan entah apa-apa lagi yang jijik, mual, cicik, loya, kotor dan najis, bagaikan haiwan karnivoros yang makan apa sahaja makhluk hidup yang melintas di hadapan mereka.

Akhirnya blog ‘Kit Siang for Malaysia’ telah dihentam, diserang, dimaki-hamun dan dibantai kira-kira 4000 warganet.

Tanpa berlengah pada hari berikutnya, 31 Mac, Kit Siang telah membuat pusingan-U, untuk mengaburkan mata rakyat tentang sikap ‘ambil-pedulinya’ yang senget dan genjot, sebaliknya menutup mata tentang kemasukan pembawa Covid-19 daripada bangsa sepetnya ke negara ini.

Sebagai ‘soft-landing’ Kit Siang mengetengahkan ramalan JP Morgan bahawa akan berlaku 6,300 kematian di Malaysia akibat pandemik Covid-19.

Kemudian dengan pantas Kit Siang menolak ramalan Fuaci, ramalan JP Morgan, serta ramalannya sendiri bahawa 10,000 -20,000 rakyat Malaysia akan mati (kebanyakannya mestilah Melayu) akibat Covid-19.

Kit Siang menulis, “Terdapat petanda memberansangkan yang jangkaan JP Morgan ini mungkin terbukti silap, dengan Malaysia mempelajari pengajaran daripada negara-negara lain seperti Korea Selatan, China, Itali, Sepanyol, Perancis, Iran, Turki, United Kingdom, dan Amerika Syarikat berkenaan wabak Covid-19.

Tanpa malu juga Kit Siang seperti memuji Dr Noor Hisham Abdullah serta langkah PDRM dan ATM, bahawa PKP adalah berkesan untuk mengenal pasti mereka yang dijangkiti, dan mengasingkan mereka untuk dirawat.

Sebelum ini, Kit Siang bagaikan cacing kepanasan apabila PKP dilaksanakan, kerana kaum kapitalis Cina Malaysia pastinya menggelupur kerana perniagaan mereka akan terus terjejas.

Apatah lagi apabila ATM turut terlibat untuk memerangai pandemik Covid-19 dan menguatkuasakan PKP seluruh negara.

Rakyat masih ingat lagi, apabila Kit Siang berjanji akan bersara sekiranya DS Anwar tidak dilantik menjadi PM melalui serah kuasa Mahathir. Kini telah terbukti, Mahathir tidak menyerahkan kuasanya kepada Anwar.

Lantas, kami ingin bertanya, ‘Bila lagi Kit Siang mahu bersara? Jika ia berlaku, maka kami ingin menyambutnya dalam rumah di setiap rumah Melayu-Islam di seluruh negara di tengah-tengah kancah Covid-19 ini. Hilanglah sedikit kebosanan PKP dan ‘penahanan dalam rumah ini.’

*****

Advertisement

2 thoughts on “(Video) LIM KIT SIANG BUAT PUSINGAN-U TAPI TERGELINCIR KE LONGKANG

Add yours

  1. …..pemimpin2 politik & ngo yg celopar dan menentang usaha kerajaan dlm memutus rangkaian virus covid19 wajar dikuarentin dan dihukum…..

    Media letronik dan cetak wajar mengawal dan menolak berita2 buruk dr lidah mereka…..Kementerian Multimedia-Media perlu tegas membantu kerajaan dlm usahan membasmi virus convid19……Virus politik juga perlu dikekang utk menjayakan prlaksanaan PKP……Apa KJ buat.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: