(Video) MAJORITI KAUM MELAYU TOLAK ANWAR

Oleh Dr Mamat Desa

Dimuat naik daripada YouTube yang diterbitkan oleh Weng Honn

Video yang berdurasi 2.45 minit yang diterbitkan oleh Weng Honn dalam YouTube amat menarik untuk dikongsi bersama.

Weng Honn, meskipun merupakan rakyat Malaysia berketurunan Cina, telah berkongsi pandangan dengan hujah-hujahnya yang disokong oleh sumber berita yang sahih bahawa ‘Orang Melayu Tak Suka Anwar’.

Wacana daripada video Weng Honn itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini Merdeka Centre juga telah membuat kajian sokongan rakyat terhadap beberapa pemimpin utama.

Dapatan Merdeka Centre yang menunjukkan bahawa hanya 13% kaum Melayu-Islam yang menyokong DS Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang memang dijangkakan.

Kajian tersebut telah dibuat sebelum kes tuduhan ‘Yusoff Rawther terhadap pencabulan Anwar’ meletus ke seluruh negara, baik melalui media dalam talian, mahupun media arus perdana.

Mutakhir ini sokongan terhadap Anwar dipercayai terus merosot lebih rendah daripada 13%, setelah TS Muhyiddin Yassin ditabalkan sebagai PM-8, menggantikan Tun Mahathir yang telah meletakkan jawatan.

Kajian Merdeka Centre mungkin memberi sedikit harapan kepada Anwar apabila 58% kaum Cina, dan 62% kaum India menyokong Anwar. Walau bagaimanapun secara keseluruhan Anwar hanya mendapat 32% sokongan daripada semua kaum.

Lebih daripada itu, Tun Mahathir yang kini dilihat amat tidak popular pada persepsi majoriti rakyat kelas menengah dan rendah, telah memperoleh sokongan 42% iaitu 10% lebih tinggi daripada Anwar mengikut kiraan purata daripada sokongan semua kaum.

Anwar sememangnya boleh mencanangkan bahawa kajian Merdeka Centre tidak signifikan.

Namun hakikatnya, majoriti rakyat sememangnya menolak Anwar, bukan sekadar kerana janji kosong Anwar yang terkenal sebagai ‘sesumpah’ terhadap ‘harga petrol akan turun dalam tempoh 24 jika PH menang’, atau ‘saya tidak akan pijak lagi bumi Sarawak jika saya mungkir janji’, sebaliknya ia lebih condong kepada soal moral dan aqidah Anwar sendiri serta sikap ‘pandai cakap seperti orang mabuk’.

Dimuat naik daripada YouTube

Anwar juga terpukul apabila kerajaan PN telah berjaya dalam masa beberapa hari berkuasa, menurunkan harga petrol kepada RM1.44 jauh lebih rendah daripada janji ‘keling’ Anwar sebelum PRU14 tempoh hari.

Senario politik hari ini jelas menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap Anwar jatuh merudum, kecuali bagi golongan yang mempunyai kepentingan tertentu dalam konteks oportunis politik, mencairkan kekuatan Islam, mengukuhkan liberalisme serta pluralisme agama, khususnya daripada golongan bukan Islam.

Pastinya golongan yang menyokong LGBT dan menolak perundangan dan menolak peraturan yang condong kepada Islam seperti ‘SIS’, Dong Zong, Hindraf, DAP dan konco-konconya amat cenderung menyokong Anwar. Malangnya golongan ini bukanlah majoriti.

Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) pula mendakwa, ‘Anwar akan bawa pada negara tiada agama’. Inilah letaknya kebencian kaum Melayu-Islam terhadap Anwar kerana mereka amat taat pada agamanya dan tidak akan mempersendakan aqidah mereka.

Lantas, sekiranya diadakan Pilihan Raya ala-Indonesia atau Amerika Syarikat dalam konteks memilih pemimpin, pastinya Anwar juga akan turut kecundang kerana rakyat tidak percaya dengan pemimpin hipokrit, tidak tunaikan janji, malah dipersepsikan sebagai ‘sesumpah.’

Dengan itu rakyat tidak hairan sekiranya sebelum 28 Februari lalu, Tun Mahathir keberatan untuk menyerahkan kuasa PM kepada Anwar kerana rakyat sebenarnya telah menolak Anwar.

Penyalahgunaan kuasa oleh konco-konco Anwar seperti DAP juga dilihat amat ketara apabila pemimpin mereka ditonjolkan sebagai penyokong kepada pengganas LTTE, ideologi komunisme, perompak aset negara, dan bekas pengganas komunis.

Adakah bagi Guan Eng dan DAP, dendam bekas ATM, Polis Hutan dan PDRM sendiri terhadap keganasan gerila komunis akan mudah terpadam begitu sahaja?

Malah hari ini DAP sudah kepanasan punggung apabila sekolah vernakular ditonjolkan sebagai bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Lebih lagi apabila tuntutan dibuat di mahkamah untuk memansuhkan sekolah vernakular dan UEC tidak diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan.

Perkembangan mutakhir menunjukkan bahawa rakyat seluruh negara telah sedar tentang kepincangan kerajaan PH, terutamanya dalam hal ekonomi, sistem perundangan yang genjot dan isu integrasi nasional yang kritikal.

Kerajaan PN hanya menunggu masa untuk membuka kes-kes genjot yang digugurkan oleh Tommy Thomas.

Nampaknya sementara waktu ini, konco-konco Anwar, terutamanya DAP sedang diselamatkan oleh COVID-19. Pastinya setelah keadaan reda kembali, banyaklah kes berprofil tinggi PH akan diheret ke mahkamah.

Kewibawaan seseorang pemimpin bukan hanya dilihat sebagai bersih dari aspek lahiriah, tetapi hendaklah juga dipersepsikan bersih dalam minda rakyat.

Masyarakat yang masih mahu memilih pemimpin bekas banduan yang disabitkan dengan kes jenayah seksual songsang, adalah suatu gejala yang amat aneh dan tidak masuk akal.

Anwar mungkin boleh menipu Erdogan, Yusuf Qardawi dan pemimpin luar yang lain, tetapi Anwar tidak boleh menipu rakyat yang lebih kenal siapa Anwar di hadapan mata mereka.

Program Jelajah Mandat Rakyat PH juga nampaknya tiada sambutan rakyat kecuali kerusi kosong yang setia.

Rakyat malu jika Malaysia melantik PM daripada tokoh politik yang disabitkan dengan gejala seks songsang, dan rakyat pun sedar bahawa mereka telah tertipu dengan PRU14 yang lewah dengan janji palsu, manifesto tong kosong, fitnah dan pembohongan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: