PERGI BODEK ‘YOUR ATUK’, TMJ MURKA PADA SADDIQ

Oleh: SUARA TV

DYAM Tunku Mahkota Johor berkata negeri Johor bukanlah tempat untuk mana-mana individu yang derhaka kepada Rajanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dipercayai merujuk kepada ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Sudah terlambat Picasso. Ini Johor. Bukan tempat orang derhaka kepada Raja dan kaki berlakon. Pergi dan fokus untuk bodek ‘Your Atuk”.

Jangan lupa siapa yang keluarkan kenyataan Ketuanan Melayu telah berakhir,” memetik kenyataan Baginda di laman Instagram sebentar tadi.

Kenyataan Tunku Ismail itu dipercayai sebagai respons terhadap status Syed Saddiq yang memuji Sultan Johor sempena Hari Keputeraan Baginda semalam.

Syed Saddiq ketika berucap di Forum Ekonomi Belia 2018 menegaskan ‘Zaman Ketuanan Melayu telah berakhir’ dan ia akan menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti Bersatu.

Seterusnya Tunku Ismail turut menggesa agar bekas Menteri Belia dan Sukan itu berhenti berlakon untuk menjadi hero rakyat.

“Saya dan Kerajaan akan dapatkan peruntukan untuk Muar dan setiap daerah. Tak payah ada yang nak berlakon jadi hero sedangkan selama ini ada jawatan pun tidak pernah buat kerja. Hollywood,” sindir Baginda lagi.

Sejak kehilangan jawatan menteri, Syed Saddiq dilihat kerap memuat naik status yang memaparkan aktivitinya turun membantu rakyat di Muar.

Malah beliau turut mengeluarkan kenyataan akan mendermakan semua gajinya selama sebulan untuk para pengundi di Muar.

Tinjauan Suara TV mendapati, rata-rata memuji dan menyokong kenyataan Tunku Ismail itu sebagai tepat pada masanya.

Mereka turut memuat naik beberapa kenyataan Syed Saddiq yang disifatkan sedang menghadapi sindrom awal ‘Alzheimer’* dan penurunan fungsi saraf otak.

Tunku Ismail kemudiannya memuatkan kembali kenyataan-kenyataan tersebut di laman Instagram Baginda sebagai tanda bersetuju.

– SuaraTV – 25 Mac 2020

*Penyakit Alzheimer adalah satu gejala otak di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. 

KOMENTAR:

Kami menyokong penuh titah DYAM TMJ.

Sekiranya ada mana-mana pihak pendatang yang tidak boleh menerima bahawa bumi bertuah ini adalah Tanah Melayu dan milik Melayu, lantas tuannya adalah Melayu, maka dia tidak wajar menjadi rakyat Tanah Melayu ini.

Kami faham keturunan ‘Syed’ bukanlah daripada bangsa Melayu atau rumpun Melayu. Mereka datang sebagai pedagang dan mubaligh Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Namun daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu – Tun Seri Lanang), golongan Arab ini seperti Syed Sheikh Abdul Aziz, memperakui bahawa bumi bertuah ini adalah Tanah Melayu, dan Raja-Rajanya adalah Raja-Raja Melayu berdaulat dan diperakui sebagai tunggak kepimpinan Tanah Melayu ini. Lantas, bumi bertuah ini bertuankan Melayu, dan Melayu adalah tuannya.

Pada zaman awal kedatangan mubaligh Arab, bumi bertuah ini dikenali sebagai Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan empayar besar meliputi Langkasuka di utara, Siak di barat, Terengganu di timur dan Linggi di selatan.

Kejatuhan Majapahit adalah era menjulangnya Kesultanan Melayu Melaka.

Syed Saddiq dan ‘Atuknya’ bukanlah berdarah tulen Melayu mahupun rumpun Melayu. Namun masyarakat Melayu menerima kamu dan datuk-nenek kamu untuk hidup di Tanah Melayu ini dengan aman dan damai.

Dengan itu hormatilah kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu pribumi yang telah memperjuangkan survival serta kewujudan dan kedaulatan Tanah Melayu ini.

Jika kamu tidak dapat menerima falsafah ‘Ketuanan Melayu’ baiklah kamu balik sahaja ke bumi datuk-nenek kamu, jika tidak, hendaklah kamu hormati kedaulatan Raja-Raja Melayu, kaum bangsa Melayu sebagai tuannya, serta kaum rumpunnya .

Dengan suara Ketuanan Melayulah, kaum pendatang seperti datuk-nenek kamu diredai, diterima, dibenarkan hidup berniaga, berkeluarga sehingga membentuk koloni sosial kamu sendiri.

Soal kesaksamaan pelbagai kaum tidak timbul. Soal yang terbangkit ialah keceluparan dan kebiadaban kamu yang menghukum ‘Ketuanan Melayu sudah berakhir’, dengan falsafah kamu yang mereng kepada “Malaysians’ Malaysia.”

Sebagaimana titah DYAM TMJ, janganlah kamu cuba menjadi adi wira dan berlakon seperti sudah meludah dijilat kembali.

Jika kamu mahu menjadi orang politik, hormati dahulu kaum Melayu dan pribumi Tanah Melayu ini, meskipun kamu tidak berjuang untuk membela bangsa kami.

Sebagai ahli politik mentah dan berhingus, kami nasihatkan Syed Saddiq supaya menghayati sejarah bumi bertuah ini dan Raja-Rajanya yang menaungi rakyat Melayu, dan kaum pendatang.

Jika kamu hendak menegakkan falsafah genjot ‘sama-rata’ yang telah meracuni minda kamu, maka kamu terpaksa mengubah Perlembagaan yang telah memperuntukkan kedudukan dan keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Tetapi, jika kamu ubah Perlembagaan, maka hendaklah kamu langkah mayat kami dahulu.

Tidak guna kamu mengangkat diri kamu sebagai politikus ‘Parti Pribumi’ sebaliknya kamu gagal meletakkan ‘Pribumi’ itu pada tempat dan status selayaknya.

‘Ketuanan Melayu’ tidak akan dan tidak pernah berakhir, sebaliknya yang berakhir ialah kuasa politik PH dan kuasa ‘atuk kamu’ yang selama ini hanyalah kaldai tua DAP.

-Dr Mamat Desa

******

Advertisement

2 thoughts on “PERGI BODEK ‘YOUR ATUK’, TMJ MURKA PADA SADDIQ

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: