(Video) KHALID SAMAD SAKIT MENTAL?

Oleh Dr Mamat Desa

Sejak beberapa hari lalu Pengarah Komunikasi Amanah, yang juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, telah dikritik keras oleh media, kerana keceluparannya mempolitikkan isu wabak COVID-19.

Dimuat naik daripada YouTube

Sebelum ini pun Khalid pernah membangkitkan polemik apabila dia mendakwa “Nabi pun pernah tak tunai janji, apatah lagi manifesto manusia (manifesto PH),” setelah kerajaan PH diterjemahkan gagal menunaikan janji PRU14.

Bagi Khalid penularan COVID-19 adalah bala kepada negara kerana pengkhianatan pemimpin yang menyokong TS Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggantikan PH.

Namun Khalid tidak lihat huru-hara dan lintang-pukangnya kerajaan PH dari banyak aspek, terutamanya ekonomi negara dan moral-etika pemimpin mereka.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya telah menempelak Khalid kerana pada saat yang genting ketika negara sedang berjuang melawan penularan virus COVID-19, Khalid cuba mempolitikkan isu wabak berkenaan.

Khalid gagal menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat dan konco-konco politiknya, kerana sepatutnya dia berlapang dada dan turut membantu kerajaan dalam operasi menyekat rantaian infeksi COVID-19.

Melalui ciapannya Khalid telah mencatatkan bahawa “Sebelum itu (semasa PH berkuasa) terkawal 24 kes, 22 sembuh, 2 sahaja dalam rawatan. Gelombang kedua pada 27 Feb semasa kerajaan PN sedang ditubuh, tak de cabinet. Cabinet ditubuh 10 Mac. Tindakan khianat Azmin, Muhyiddin, Zahid, Hadi dan GPS bawa bala kepada negara. Nak sangat kuasa..tebuk atap.

Ciapan Khalid itu telah mendapat kritikan pedas yang bertalu-talu daripada warganet yang menentang pendapat genjotnya.

Bukan itu sahaja, Khalid juga membuat ciapan yang amat memalukan umat Islam apabila menyalahkan kerajaan PN kerana umat Islam tidak dapat menunaikan solat berjemaah di masjid akibat COVID-19.

Malah Khalid mengangkat DAP sebagai parti politik yang lebih baik daripada PN kerana tidak pernah menyekat umat Islam solat berjemaah di masjid dan surau.

Khalid sebenarnya ibarat orang buta dengan gajah yang meneka-neka secara hentam keromo, kerana gagal melihat hakikat yang sebenarnya.

Dia gagal melihat siapakah yang tidak menyekat kemasukan dua juta pelancong warga China ketika COVID-19 sedang merebak ke seluruh negara China.

Bekas PM, Tun Mahathir pada Januari lalu telah mempersendakan isu kemasukan pelancong warga China yang berpotensi mengimport masuk virus COVID-19.

Apabila disoal oleh pemberita, adakah kerajaan PH akan menyekat kemasukan pelancong China, Mahathir menjawab, “Jumlah pelancong dari China boleh mencecah dua juta, (maka) kita nak simpan di mana? Bubuh kat kandang lembu? Tak kan macam itu…(Hanya) mereka yang ada tanda (dijangkiti virus) kita akan kuarantin.

Malangnya 5 juta daripada 11 juta penduduk Wuhan yang terjangkit telah pun keluar daripada Wuhan dan ada sebilangan mereka meloloskan diri dari negara China menuju ke negara lain, termasuk Malaysia.

TPM, DS Wan Azizah juga menegaskan bahawa “tiada keperluan bagi kerajaan untuk menyekat kedatangan warga China ke Malaysia kerana wabak itu di Malaysia terkawal.

Ironinya ketika itu WHO telahpun mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai ‘Darurat Kesihatan Global.’

Khalid juga gagal melihat kebodohan dirinya sendiri kerana dialah Menteri Wilayah Persekutuan yang telah meluluskan Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling.

Kini Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti bahawa rantaian jangkitan wabak COVID-19 paling lewah berpunca daripada Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling.

Kita tidak mahu menyalahkan pendakwah tabligh yang menjalankan amanah Allah, tetapi sepatutnya Khalid peka dengan perhimpunan yang melibatkan 5000 peserta termasuk pendakwah yang datang daripada luar negara ketika wabak COVID-19 sedang merebak.

Kemudian Khalid juga seperti buta apabila kerajaan PH telah meluluskan perhimpunan Hindu Maasi Magam di Pulau Pinang yang melibatkan 30,000 peserta dan berpotensi membina rantaian jangkitan COVID-19.

Sudah menjadi tabiat Khalid yang akan berlakon bagaikan ‘alim kucing’ untuk memohon maaf kemudiannya sebagaimana dia memohon ampun kepada DYMM Sultan Selangor setelah mentohmah kerajaan PN sebagai kerajaan ‘pintu belakang yang hina.’

Khalid juga memohon maaf pada Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang kerana melabelkan Hadi sebagai ‘sudah tidak center’ (tidak siuman).

Bagi Khalid, DS Hadi telah mengkhianati perjuangan PAS apabila bekerjasama dengan UMNO yang merupakan parti majoriti kaum Melayu-Islam.

Patutlah ‘Malaysia Today’ bertanya ‘Khalid Samad ada sakit mentalkah?’ kerana jika Khalid mempersoalkan kerjasama PAS dengan UMNO, mengapakah dia buta dan tidak melihat PAN bekerja dengan parti DAP yang dilabelkan sebagai kafir harbi?

Malahan Presiden PAN telah dibuktikan oleh KDN suatu ketika dahulu sebagai penganut ajaran sesat Syiah.

******

2 thoughts on “(Video) KHALID SAMAD SAKIT MENTAL?

Add yours

  1. Jika disegi kedihatan mencegah lebih baik dr merawat. Sikap rakyat malaysia yg sambil lewa menyebabkan wabak. Kita telah diberitahu bahaya virus corona bahaya dan penularan mesti dihentikan rangkaian. Kita tidak tahu siapa pembawa bila rakyat cina dtg ke malaysia seramai 2 juta mungkin dlm itu adalebih 100 ribu pembawa.

    Like

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑