(Video) ANWAR, JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Oleh Dr Mamat Desa

Pada 14 Mac lalu DS Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar rentetan Tun Mahathir mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai PM serta menarik PPBM keluar dari PH, dan pertabalan Muhyiddin sebagai PM yang baru.

Anwar pada dasarnya cuba mempersoalkan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional, menggantikan kerajaan PH yang genjot, huru-hara, lintang-pukang dan haru-biru. Rakyat pula melihat PH sebagai kerajaan kakistokrasi yang dipimpin oleh manusia-manusia teruk, gelojoh dan bodoh.

Antara rumusan yang ingin kami bangkitkan daripada kenyataan Anwar dalam video berdurasi 4.5 minit itu adalah seperti berikut:

Pertamanya, Anwar melihat bahawa penubuhan kerajaan baharu adalah satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

Mandat rakyat yang dimaksudkan adalah mandat rakyat pada PRU14, Mei 2018 yang lalu yang memenangkan PH, dan khususnya peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar, agenda Reformasi dan manifesto PH.

Komentar kami:

Anwar bermain-main dengan tuduhan pengkhianatan.

Siapakah yang khianat sebagaimana tersirat dalam hatinya? Adakah Muhyiddin yang khianat, sedangkan pelantikan Muhyiddin adalah atas budi bicara DYMM SPB YDP Agong di bawah peruntukan kuasa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pastinya DYMM SPB YDP Agong telah bertindak kerana kemelut politik, ekonomi yang merudum, kesengsaraan rakyat, dan untuk menyelamatkan negara. Mahathir telah meletakkan jawatannya dan turut menarik keluar PPBM daripada PH, lantas sekaligus, terbubar kerajaan PH.

Malahan Sultan Selangor telah bertitah supaya rakyat tidak membuat tohmahan terhadap penubuhan kerajaan baharu yang sah dari sisi Perlembagaan.

Jadi siapakah yang khianat?

Tun Mahathir seakan-akan sudah tidak tahan menjadi boneka DAP, parti yang bertindak bertentangan dengan prinsip Anwar untuk menegakkan keadilan antara kaum.

Lihat sahaja pendakwaan terpilih yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang pernah menjadi peguambela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, dan juga peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah.

Mengapakah kes rasuah pembelian banglo Lim Guan Eng dilupuskan begitu sahaja setelah PH berkuasa? Lebih RM300 juta dibelanjakan untuk kajian projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang tetapi projek itu kabur dan hampir lenyap?

Bagaimana pula dengan kes Ustaz DAP yang telah menghina Sultan dengan strateginya untuk mewujudkan negara republik?

Image result for kes yang dilupuskan oleh Tommy Thomas

Mengapakah hanya kes-kes yang melibatkan pemimpin parti Melayu UMNO sahaja yang kekal pada kuasa Peguam Negara? Adakah ini keadilan bagi Anwar?

Sedangkan aktivis yang dikaitkan dengan pengganas LTTE termasuk Timbalan Ketua Menteri PP, dan dua ADUN DAP serta 10 individu lain yang kesemuanya berbangsa India dibebaskan, manakala pembunuh anggota Bomba Adib Kassim semasa rusuhan di Kuil Mariamman, Seafield juga dibebaskan.

Lebih dari itu, rakyat melihat undang-undang amat keras terhadap orang Melayu kampung Memali yang dibunuh kerana dikatakan pengganas, dan pemimpin pengganas Melayu Al-Maunah dikenakan hukuman mati.

Rakyat tidak terkejut apabila Tommy Thomas mengaku dia adalah lantikan politik sedangkan prinsip PH yang dicanangkan sebelum PRU14 ialah tidak akan ada lantikan politik, apatah lagi untuk mengetuai badan kehakiman negara sebagai Peguam Negara.

Keadilankah itu? Anwar, janganlah cakap tak serupa bikin.

Kedua, Anwar mengatakan bahawa kerajaan baharu pimpinan TS Muhyiddin belum mengemukakan apa-apa pandangan yang jelas mengenai langkah menyelesaikan atau menangani kemelut yang berlaku terutamanya tentang pasaran saham yang merudum, harga minyak yang terus turun, dan kedudukan ekonomi yang tidak muncul berkembang. Manakala PN tidak menampakkan kesungguhan.

Malahan, kerajaan pimpinan Muhyiddin telah menjadikan politik ini sebagai medan untuk memperolehi sokongan ahli-ahli parlimen dengan sogokan, kedudukan atau wang ringgit.

Komentar kami:

Ingatlah Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) baharu ditubuhkan secara mengejut pada 29 Februari lalu.

Baru sahaja setengah bulan dan kamu mahu PN kemukakan perancangan yang menyeluruh bagi memulihkan ekonomi negara yang telah PH hancurkan.

PH juga pernah merengek supaya rakyat berikan masa dua atau tiga tahun untuk kabinet kakistokrasinya pulihkan ekonomi negara. Sebaliknya PN baharu sahaja berkuasa setengah bulan. Rasionallah sikit Anwar.

Anwar, kamu menuduh bahawa Muhyiddin yang tiba-tiba ditabalkan sebagai PM itu telah menyogok ahli parlimen lain, dengan sogokan kewangan dan kedudukan di jabatan tertentu.

Lantas rakyat bertanya, tidakkah PH melantik Peguam Negara yang pernah menjadi peguambela Lim Guan Eng, atas dasar politik? Tidakkah PH melantik pemimpin PKR sebagai Ketua SPRM juga atas dasar politik? Apa sogokan yang diberikan kepada mereka?

Kemudian PH telah melantik Mat Sabu yang dilihat sebagai Menteri Pertahanan yang terbodoh di dunia.

Ramai pemimpin tertinggi PH telah membuka tembelang masing-masing apabila mereka menggunakan sijil akademik palsu termasuk Lim Guan Eng yang mengaku dia adalah akauntan bertauliah. Cuba tanya DS Wee Ka Siong. Apa sogokan yang diberikan dan dibuat oleh orang seperti ini?

Jangan cakap tak serupa bikin Anwar.

Ketiga, Anwar berkata PH bersedia apa sahaja kemungkinan dalam kalangan rakyat mahupun di parlimen, dan bersedia menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Komentar kami:

Apa yang tersirat pada pemikiran Anwar ialah kemungkinan PH akan mengadakan ‘undi tidak percaya’ terhadap Perikatan Nasional pada sidang parlimen bulan Mei ini, dan dengan itu parlimen akan dibubarkan dan PH bersedia menghadapi PRU15.

Baguslah Anwar kalau kamu bersedia, kerana sememangnya rakyat mahu kemelut ini diselesaikan melalui PRU.

Namun janganlah diamkan sahaja apabila ratusan ribu pelancong China yang masuk ke negara ini hilang begitu sahaja. Kemudian terdedah pula isu IC palsu masyarakat Cina.

Adakah ini satu lagi strategi DAP untuk meramaikan pengundi Cina supaya negara milik Melayu ini akan berpindah kuasa kepada kaum Cina nanti?

Jangan cakap tak serupa bikin Anwar.

Keempat, Anwar masih pertahankan prinsip perlembagaan tentang Islam, tentang bangsa Melayu tentang keistimewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan dia tidak akan berganjak daripada pendiriannya bahawa negara ini akan selamat dan tetap harus tuntas dan tegas terutama dalam keadilan untuk berjuang dan membela nasib orang-orang Melayu dan semua rakyat Malaysia.

Komentar kami:

Anwar, kamu ini benar-benarkah berjuang untuk Islam? Kadangkala rakyat lihat kamu seperti sudah beragama Hindu.

Dipetik daripada blog Gelombang Rakyat

Tidak hairanlah apabila kamu berucap di London School of Economics, bahawa agama itu sama dan tuhan yang disembah adalah sama. Dr El-Muhammady dan ramai daripada kalangan ulama melihat kamu seperti sudah terpesong akidah.

Kamu kata kamu masih lewah disokong oleh kaum Melayu, jika tidak kamu pasti kalah semasa PRU14.

Wahai Anwar usahlah kamu bercakap pasal PRU14 yang penuh dengan penipuan, janji palsu, dan manifesto kelingtong PH yang Mahathir ibaratkan bukan kitab Bible yang harus dipertahankan.

Kamu juga janganlah perasan dengan tanggapan bahawa orang Melayu masih menyokong kamu yang pernah menjadi banduan kes rasuah dan sodomi. Rakyat Melayu juga jijik dengan fahaman liberalisme, dan pluralisme agama yang kamu dokong itu Anwar. Sedarlah sikit.

Jadi, janganlah cakap tak serupa bikin Anwar.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: