(Video) MENJUNJUNG KASIH TUANKU KERANA SELAMATKAN NEGARA DARIPADA MUSIBAH PH

Oleh Dr Mamat Desa

Pakatan Harapan (PH) adalah formula yang salah, agenda yang salah, dan caturan politik yang salah. Ia adalah satu gabungan yang lintang-pukang mencampuradukkan harimau, kambing, musang dan ayam dalam satu kandang yang sama.

Sejak berkuasa selama hampir 22 bulan, PH gagal membawa negara kepada tahap lebih baik daripada era pemerintahan BN, malah PH dilihat menghumbankan negara ke arah yang jauh lebih buruk yang tidak pernah dilihat oleh sejarah.

Akibat daripada musibah yang dibawa oleh PH, tidak hairanlah jika Tun Mahathir yang tidak tahan melihat kecelaruan, kemusnahan, huru-hara, hiruk-pikuk pergaduhan sesama sendiri, dan keserahan nafsu berebut kuasa, dengan rasa kecewanya telah meletakkan jawatan sebagai PM.

Lantas, Mahathir turut mengheret parti PPBM (Bersatu) keluar daripada PH.

Sekiranya PPBM tidak lagi berada dalam gabungan PH, maka otomatisnya PH hilang status kuasa majoriti ahli parlimen, kerana Mahathir telah menarik keluar 26 ahli parlimen PPBM daripada kuasa majoriti PH.

Bukan itu sahaja penyokong PKR daripada kem DS Azmin Ali turut menarik keluar 9 ahli parlimen daripada PH yang menyebabkan PH kini menjadi minoriti.

PH cuba mencanangkan isu ‘tidak demokratik’, isu ‘kerajaan pintu belakang’, isu ‘pengkhianatan’ dan pelbagai lagi penjenamaan buruk, untuk menidakkan kewajaran Mahathir dan Azmin menarik keluar ahli parlimen yang sebelumnya menyokong PH.

Walau bagaimanapun, adakah kemenangan PH pada PRU14 dinilai sebagai demokratik apabila manifesto mereka hanyalah omongan kosong, rakyat ditabur dengan janji-janji palsu, keghairahan menabur fitnah hutang negara RM1 trilion, GST membebankan, negara akan bangkrap dan macam-macam lagi?

Terkini PH cuba membela penyokong dan penyebar ideologi pengganas LTTE, yang sebelumnya komponen PH cuba mendewa-dewakan pejuang komunis, menyumbat ideologi komunisme di sekolah-sekolah, malah menyeludup masuk abu mayat Ketua PKM, Chin Peng untuk dipuja.

Rakyat Malaysia, yang 99% telah menerima pendidikan asas, dan 90% menerima pendidikan menengah, pastinya tidak mudah diperbodohkan, kecuali mereka ditipu, dibohongi, dan diperdayakan dengan fitnah.

Sekiranya PH cuba mengangkat soal demokratiknya pilihan rakyat pada PRU14, maka PH juga harus menerima hakikat demokratiknya kehancuran PH yang kini mengheret ekonomi negara sebagai terburuk di Asia Tenggara, Bursa KL terburuk di dunia, KDNK 4.4% antara terburuk dalam sejarah, meningkatnya kos sara hidup, pertahanan dan keselamatan negara terabai, pelabur asing lari memindahkan pelaburan mereka ke negara lain, dan rizab Bank Negara juga turut merudum.

Moral pemimpin PH juga menjijikkan apabila rakyat melihat PH sering bergaduh sesama mereka, malah membawa budaya samseng sebagaimana yang rakyat lihat pada kongres AMK dan juga pemilihan PKR, dan terkini apabila Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua dipukul, dibaling botol dan dimaki-hamun di khalayak ramai. Jika tidak ada yang mempertahankannya, pasti Tian Chua mati di tepi jalan sama seperti kematian Adib Kassim.

Sebagai sebuah negara yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu-Islam, PH juga telah gagal mempertahankan hak golongann Melayu-Islam, malah mecabuli kedudukan Raja-Raja dengan kadir-kadir mereka yang membawa agenda menjadikan Malaysia negara republik.

PH sebenar-benarnya teruk. PH gagal mengendong aspirasi negara, PH gagal menjaga keharmonian kaum, malahan PH cuba menerapkan liberalisme sosial, pluralisme agama, dan lebih jauh dari itu, PH cuba menjaja Malaysians’ Malaysia yang diterjemahkan saling tidak tumpah sama seperti ideologi komunisme.

PH yang rakus telah menjadikan Tun Mahathir sebagai umpan untuk memperbodohkan rakyat, sebagaimana agenda mereka ‘use Malay to screw Malays’. DAP juga dengan rakusnya cuba melaksanakan agenda ‘bumi hangus’ kerana itulah antara modus operandi warisan gerila komunis PKM ke atas Tanah Melayu.

Dimuat naik daripada YouTube

Lantas dengan penuh kekecewaan yang melanda, Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM.

Ramai dalam kalangan pemimpin PH hanya melihat Mahathir sebagai pemimpin tua yang menunggu masa untuk bersara. Mereka sering mendesak Mahathir untuk menentukan masa beliau bersara, sedangkan Mahathir menterjemahkan tingkah-laku sedemikian sebagai biadab dan kurang ajar.

Pemimpin DAP, Nga Kor Ming pernah menyatakan pada khalayak masyarakat Cina bahawa Mahathir tidak lama lagi akan menemui dan bermesra dengan Lee Kuan Yew di alam kuburnya.

Bagi masyarakat Islam, kenyataan pemimpin DAP itu adalah kebiadaban yang tidak boleh ditoleransikan kerana ia menterjemahkan Mahathir sebagai kafirun.

Banyaklah dasar yang dicanangkan oleh menteri kanan PH dilihat sebagai gagal mendukung aspirasi negara  dan merealisasikan agenda nasional.

DAP berjuang mengiktirafkan sijil UEC pendidikan Cina, sedangkan UEC adalah elemen perkauman yang tidak pernah disebut dalam Perlembagaan.

DAP juga cuba memperjuangakan prinsip Malaysia Baru, yang mahu menghalalkan permutadan umat Islam, membenarkan aktiviti LGBT, menyemarakkan pluralisme agama, liberalisme sosial dan melaksanakan dakwah kristianiti ke atas umat Islam yang bertentangan dengan Perlembagaan.

UMNO tidak merempat dan tidak merayu Mahathir untuk bergabung dengannya. Pas juga tidak merempat dan tidak merayu Mahathir untuk bersama mereka. Namun mereka insaf bahawa sebagai umat Islam, Mahathir sepatutnya meninggalkan DAP.

Namun, UMNO dan PAS turut terhina apabila banyak agenda Melayu-bumiputera dan Islam dipinggirkan, ICERD dan Statut Rome cuba diratifikasikan untuk membunuh kepentingan Islam, Tabung Haji dan MARA dicabuli, biasiswa untuk anak-anak Melayu dicantas, dan peruntukan kepada sekolah kebangsaan dicairkan, sedangkan aktivis pengganas LTTE dibiarkan begitu sahaja dan ideologi komunisme cuba disumbat masuk ke sekolah-sekolah.

Dengan itu, jelaslah bahawa tidak timbul soal pintu belakang, demokratik atau tidak, pengkhianat atau penyelamat. Bayangkan apabila rumah sedang terbakar, adakah pintu penyelamat menjadi persoalan atau mangsa yang perlu diselamatkan?

Dalam realiti pentas politik Malaysia terkini, DYMM YDP Agong harus menggunakan kuasa baginda sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan untuk menghentikan segala kebobrokan dan musibah yang dikendong oleh PH.

Dengan itu DYMM YDP Agong terpaksa bertindak untuk menyelamatkan negara dengan menentukan siapakah pemimpin dalam kalangan ahli politik negara yang sebenar-benarnya mendapat mandat majoriti dalam kalangan ahli parlimen. Tidakkah itu tindakan demokratik?

Jika PH melihat kehendak rakyat semasa PRU14 sebagai demokratik, maka PH juga hendaklah melihat tindakan DYMM SPD Agong serta ahli-ahli parlimen yang mewakili rakyat, yang kini berdiri teguh di belakang TS Muhyiddin, juga sebagai demokratik.

Apa jua yang dilakukan oleh UMNO, PAS, GPS, PPBM dan mereka yang jijik melihat kerakusan nafsu serakah PH, bukanlah suatu bentuk rampasan kuasa, kerana mereka tetap menyokong Muhyiddin yang merupakan orang kuat PH dan orang kanan Mahathir sebelumnya.

Apa yang penting kepada DYMM YDP Agong ialah, negara dan rakyat mesti diselamatkan. Lantas, ekonomi, perpaduan kaum, sistem pendidikan, sistem perundang-undangan, sistem kehakiman, dan keselamatan negara, mestilah diutamakan sebelum semuanya jatuh terjerumus di bawah kuasa PH yang porak-peranda.

Di samping itu, hak rakyat Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam tidak boleh sekali-kali diketepikan kerana itulah mutiara yang dibela dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Stimulus ekonomi dan politik Malaysia hanya boleh dipulihkan oleh golongan yang tidak rasis, tidak cauvinis, tidak oportunis, tidak buta dan tidak memilih kes untuk menegakkan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

Dengan itu PH mahupun rakyat yang masih rabun hendaklah melihat tindakan DYMM YDP Agong sebagai usaha baginda untuk menghalang kerakusan nafsu serakah PH, dan diterjemahkan sebagai usaha menyelamatkan negara dan rakyat.

Itulah hakikat demokrasi. DYMM YDP Agong tidak boleh lagi berlengah, kerana kerosakan yang dibawa oleh PH adalah ibarat api dalam sekam yang membakar dari dalam, lebih lama ditangguh, lebih banyak yang hangus, hancur dan musnah.

Inilah masanya, dan inilah kesempatannya untuk rakyat berdiri teguh bersama-sama dengan TS Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, seiring dengan pemimpin UMNO, PAS, GPS, PPBM dan mereka yang jijik melihat kerakusan nafsu serakah PH.

Jika tidak sekarang, bila lagi?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: