
Oleh Dr Mamat Desa
Beberapa hari lalu, ibu pejabat PKR di Tropicana bagaikan dilanda ribut-taufan apabila ratusan penyokong parti itu ‘mengamuk’ sambil maki-hamun, menjerit-jerit dengan api kemarahan, “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada beberapa pemimpin PKR yang dikatakan telah menikam parti itu dari belakang.
Mereka seperti diserang ‘sawan babi’ apabila membelasah Naib Presiden, Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin.
Ratusan ahli PKR yang hadir di ibu pejabat parti itu telah lupa bahawa setiap daripada orang awam di sekeliling mereka mempunyai kemudahan kamera video yang boleh merakamkan setiap tingkah laku biadab dan samseng yang mereka tunjukkan.
Dr. Afif yang keluar dari ibu pejabat telah diserbu ratusan penyokong PKR yang menjerit perkataan “pengkhianat”.
Tidak lama kemudiannya, keadaanmenjadi lebih tegang dan panas apabila mereka melihat Tian Chua pula keluar dari pejabat.
Jeritan dan laungan “pengkhianat” dilontarkan kepada Tian Chua sehingga ada yang membaling botol air ke arahnya. Jika tidak kerana adanya pihak yang mengawal keselamatan Tian Chua, pastinya dia akan mati di tepi jalan sebagaimana anggota Bomba Adib Kassim.
Nampaknya persepsi rakyat bahawa PKR sebagai parti yang melahirkan golongan samseng, yang dikatakan lahir di jalanan, tanpa mengenal ketamadunan, apatah lagi dipimpin oleh seorang bekas banduan yang disabitkan dengan rasuah dan sodomi, adalah jelas dan nyata.
Tingkah-laku samseng, bergaduh sesama sendiri sebagaimana dilihat pada Kongres AMK PKR 2019 di Melaka, sehingga ada yang parah-berdarah, bukan lagi perkara yang aneh bagi ahli-ahli PKR.

Rakyat tidak seperti bekas PM tua Malaysia yang mudah lupa rakaman sejarah yang berentetan tentang sikap tidak bertamadun ahli PKR, baik yang muda mahupun yang dewasa.
YB Fahmi Fadzil, ahli parlimen PKR Lembah Pantai, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti yang diasaskan oleh gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim itu “merupakan parti yang lahir di atas jalan raya.”
Maka rakyat juga tidak hairan jika tingkah-laku ahli-ahli PKR seperti samseng jalan raya juga.
Fahmi memperakui bahawa “Keadilan (PKR) ini lahir di atas jalan raya, bagi kami ini (pergaduhan) adalah rencam, kebiasaan resmi bagi Keadilan.”

Rakyat masih ingat bagaimana samseng-samseng PKR ini telah merusuh di jalan raya dan menerbalikkan kenderaan polis dalam satu perhimpunan Bersih.
Adakah kepimpinan PKR, terutamanya Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, cuba membentuk masyarakat anarki, kerana kemarahan dan dendam kesumatnya terhadap Tun Mahathir?

Dipetik daripada portal Perak Today
Rakyat juga tidak lupa tentang peristiwa berdarah pada hari Pemilihan PKR di Kuala Langat 2014.
Kerana tidak berpuas hati, atau mungkin kerana diupah, anggota JPP, ahli PKR dibelasah oleh penyokong pemimpin tertentu dalam kem PKR yang dikepalai oleh dua pemimpin yang bermusuhan.

Dimuat naik daripada YouTube
Persepsi yang sama juga dilontarkan oleh Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak apabila segelintir pemimpin berjawatan tinggi dalam PKR gemar menimbulkan kekacauan.
Tapi hakikatnya Farhash sendiri pernah diburu polis kerana terlibat dalam pergaduhan di kompleks sukan Ampang awal September lalu (2019).

Sebagaimana kata Fahmi, kekecohan, pergaduhan, rusuhan, dan berdarah sana-sini, sudah menjadi ‘resmi’ PKR yang boleh ditafsirkan sebagai ‘budaya’ dan ‘darah daging’ parti jalanan itu.
Lihat sahaja amokan ahli PKR semasa pemilihan parti di Keningau Sabah, sehingga ‘body guard’ Rafizi Ramli tak lekang dari sisinya dan polis terpaksa keluar dewan melalui jeriji dinding untuk mengejar samseng politik PKR.
Rafizi dikhabarkan telah dipukul oleh ahli yang marah kerana mempercayai ada unsur penipuan dalam pemilihan parti.
Insiden berdarah juga berlaku di Seberang Jaya semasa Pemilihan PKR 2018. Kejadian tersebut berlaku apabila terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan lantas membaling kerusi dan hinggap di kepala seorang ahli.

Pergaduhan itu tercetus apabila ahli PKR yang hadir pada sidang media itu menjerit dan membantah keputusan pemilihan di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan mengesa keputusan dibatalkan selepas berlaku masalah dalam proses pemilihan di beberapa pusat di negeri terbabit.
Pergaduhan juga berlaku semasa Pemilihan PKR di Merbok Kedah pada 2018.

Memang benarlah sebagaimana kata Fahmi, pergaduhan serta tingkah-laku yang tidak bertamadun telah menjadi ‘resmi’ dalam parti PKR yang dilahirkan di jalanan.
Ia bukan sahaja menjadi label kepada golongan AMK PKR tetapi golongan pemimpin yang sudah dewasa juga terbawa-bawa dengan dendam kesumat sebagaimana yang ditunjukkan oleh dua kem yang bermusuhan selepas Presiden menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres PKR 2019 di Ayer Keroh Melaka.
Jika pergaduhan, rusuhan, dan amokan menjadi ‘resmi’ PKR di samping sikap suka memburuk-burukkan rakan dalam parti, bagaimanakah rakyat boleh diyakinkan dengan keupayaan Anwar untuk memegang tampuk pemerintahan sebagai PM?
Pada 1997-1998, kejadian mengutuk PM (Tun Mahathir) semasa Perhimpunan Agung UMNO juga dikatakan menjadi punca kepada kemelut konflik PM dan Timbalan PM sehingga terbentuk gerakan reformasi. Dari situ jugalah lahirnya PKR.
*******
Tinggalkan Jawapan