
Oleh Dr Mamat Desa
Pemimpin biadap DAP, yang juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, pernah menghina Tun Mahathir sebagai pemimpin yang tidak lama lagi akan bertemu Lee Kuan Yew dalam kubur.
Ujaran pemimpin biadap DAP itu, secara tidak langsung diterjemahkan sebagai menggolongkan Mahathir sebagai ahli neraka yang akan bersama-sama dengan kafirun Lee Kuan Yew. Pemimpin tua yang oportunis seperti Mahathir bolehlah diperbodohkan, tetapi rakyat tidak sebodoh itu.
Nga Kor Ming, pemimpin DAP yang dipuja oleh masyarakat Cina DAP itu juga pernah mengugut kepimpinan Pakatan Harapan supaya mengiktiraf sijil UEC Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina.
Sekiranya tuntutan daripada kata sepakat pemimpin DAP itu tidak ditunaikan, maka DAP tidak akan teragak-agak keluar dari gabungan Pakatan Harapan.
Kata Kor Ming “Kita telah mencapai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.
“Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang.”
Demikianlah angkuh dan sombongnya ketika mereka berada dalam kerajaan, sedangkan UEC dan mana-mana sijil pendidikan sekolah Cina tidak pernah diiktiraf oleh Perlembagaan.
Malahan sekolah vernakular juga secara amnya tidak pernah tercatat dalam mana-mana peruntukan perlembagaan.
Tinggikah nilai UEC kepada Kementerian Pendidikan, mahupun kepada Perdana Menteri ketika PH berkuasa, sehinggakan ia menjadi bahan pertaruhan ugutan DAP untuk keluar daripada PH.
Sebelumnya pemimpin d’Facto DAP, Lim Kit Siang juga pernah mengeluarkan ugutan bahawa DAP akan keluar daripada PH sekiranya prinsip asas Malaysia Baru tidak dicapai.
Sememangnya prinsip asas Malaysia Baru yang membuka pintu seluas-luasnya kepada LGBT, hak murtad, liberalisme, pluralisme agama, hak sama-rata sebagaimana prinsip Malaysians’ Malaysia dan komunisme, tidak tercapai.

Malahan prinsip asas Malaysia Baru mendapat tentangan daripada sarjana dan pengamal undang-undang kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Apabila Prinsip asas Malaysia Baru ciptaan DAP itu jelas sekali tidak tercapai, maka wajarlah DAP dinyahkan daripada kerajaan baharu Perikatan Nasional.
Presiden PAN Mat Sabu pula cuba membela Nga Kor Ming yang memperjuangkan pengiktirafan sijil UEC.
Namun rakyat tidak ambil peduli dengan pembelaan Mat Sabu itu kerana rakyat tahu dan sedar bahawa itulah Menteri Pertahanan yang ‘terbodoh di dunia’ dalam konteks latar akademik, yang langsung tidak mencerminkan tahap akademia seorang menteri.
Dalam senarai ‘ASEAN MInisters of Defence’ Mat Sabu dicatatkan sebagai: ‘ditendang dari ITM kerana gagal’, hanya pandai memasak, dan buat lawak.
Kerajaan jenis apakah yang meletakkan soal keselamatan dan pertahanan negara di tangan manusia yang tiada nilai intelektual, hanya pandai memasak dan buat lawak?
Ramai penganalisis politik yang tidak hairan dengan pembelaan Mat Sabu ke atas Nga Kor Ming, kerana PAN adalah anak luar nikah DAP.
Apabila Tun Mahathir tidak mengendahkan permintaan Nga Kor Ming, yang mewakili suara DAP untuk meninggalkan kerajaan PH jika UEC tidak diiktiraf, maka sewajarnyalah DAP keluar daripada kerajaan PH ketika itu.
Dengan itu juga apabila kerajaan baru di bawah Perdana Menteri, YAB TS Muhyiddin Yassin menjenamakan Perikatan Nasional sebagai kerajaan tanpa DAP dan PAN, maka ia bukanlah sesuatu yang keterlaluan.
Lantas kerajaan Perikatan Nasional tanpa DAP dan PAN adalah kerajaan yang bijak dan hebat.
Tidak payahlah hendak didebatkan tentang UEC, kerana tiada mana-mana bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa sijil UEC diiktiraf.
Apatah lagi apabila kurikulum yang melahirkan sijil UEC itu adalah acuan yang diimport dari Taiwan dan tiada nilai-nilai kebangsaan Malaysia, kecuali lewah dengan nilai kecinaan semata-mata.

DAP cuba menggunakan alasan bahawa negara luar mengiktiraf UEC.
Sebaliknya mendiang Professor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, telah menyatakan bahawa mana-mana pihak tidak perlu menggunakan alasan pengiktrafan UEC oleh negara-negara luar untuk ‘membawa’ ia ke dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan.
Lebih daripada itu, UEC juga adalah bertentangan dengan Laporan dan Penyata Rahman Talib, apatah lagi Laporan Razak 1961 dalam hal memperkasakan sistem pendidikan Malaysia.
Jauh lebih mencelakakan, sistem pendidikan vernakular adalah racun kepada integrasi nasional dan dengan itu ia dilihat sebagai ‘anti-nasional’ dan bertentangan dengan semangat kebangsaan Malaysia.
Sebagaimana kata Prof Dr Ridhuan Tee, “Mengiktiraf UEC sama dengan mengiktiraf komunisme”.

Bagi Prof Dr Ridhuan Tee, perjuangan mengiktiraf UEC adalah perjuangan NGO komunis. Begitu juga sikap mereka yang jelas menolak pengajaran aksara jawi yang merupakan nadi kepada wadah pembentukan kerajaan Kesultanan Melayu Nusantara.
UMNO, PAS, Perkasa, Ummah, dan pelbagai pihak yang melabelkan DAP sebagai parti cauvinis Cina, amat mengalu-alukan DAP keluar daripada PH ketika pakatan itu berkuasa. Kini, setelah kerajaan genjot, huru-hara dan lintang pukang itu tidak lagi berkuasa, maka adakah wajar DAP diterima?

Pukulan yang paling terkesan ke atas DAP ialah apabila Pengerusi Media Prima juga merupakan Pengarah Kumpulan New Straits Times, Tan Sri Johan Jaafar melabelkan DAP sebagai liabiliti kepada kerajaan PH.

Kata TS Johan, “Saya tidak terkejut sekiranya banyak pemimpin Melayu dalam PH mulai menyesal mempunyai rakan sekutu seperti DAP dalam pakatan itu. Mereka malah percaya, keadaan mungkin lebih baik tanpa DAP.”
Dengan itu, sudah terang lagi bersuluh, tindakan kerajaan baru Perikatan Nasional menolak DAP dan anak luar nikahnya, PAN, adalah tidakan yang tepat yang sememangnya diminta-minta oleh DAP.
*****
Tinggalkan Jawapan