(Video) RAJA MANDELIAR DAN KITULNYA SUDAH MULAKAN OPERASI FITNAH UNTUK BUNUH KUASA MELAYU

Raja Mandeliar yang berketurunan Keling dan khadamnya Kitul adalah pembelot kepada Kesultanan Melayu Melaka.

Merekalah parasit dan toksid utama yang telah menyebabkan Portugis berjaya memusnahkan pusat Empayar Melayu-Islam Nusantara di Kota Melaka.

Serangan Portugis kali pertama di bawah panglimanya Lopez De Sequiera pada 1509 tidak dapat mematahkan kekuatan tentera Melayu Melaka, malah pasukan Portugis itu telah dapat dikalahkan.

Namun dengan pengkhianatan Raja Mandeliar dan khadamnya Kitul serta fitnah mereka yang membelot dari dalam kota Melaka, Bendahara Tun Mutahir sebagai Ketua Strategis Ketenteraan, telah dihukum bunuh yang menyebabkan kerajaan Melaka lemah dan tidak bermaya.

Lantas, serangan kedua Portugis di bawah Alfonso De Albuquerque pada 1511 telah berjaya melumpuhkan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Ia mengakibatkan Sultan Melaka terpaksa berpindah ke Bentan, kemudian Kampar dan akhirnya ke Johor.

Hari ini neo-Raja Mandeliar dengan khadam-khadam Kitulnya wujud kembali.

Lihat sahaja setelah TS Muhyiddin ditabalkan oleh DYMM YDP Agong, tiba-tiba sahaja muncul golongan yang dikatakan menentang pertabalan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan memulakan operasi fitnah dan dakyah mereka.

Sebelumnya, DYMM YDP Agong telah sedaya-upaya mendapatkan data berkenaan pencalonan daripada ketua-ketua parti serta ahli-ahli parlimen, bagi menentukan pilihan mereka terhadap pengganti Mahathir yang telah meletakkan jawatannya.

Keputusannya dan dengan kuasa YDP Agong sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan, telah memutuskan bahawa TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan terbanyak daripada kalangan ahli parlimen. Lantas TS Muhyiddin Yassin ditabalkan sebagai Perdana Menteri.

Sekonyong-konyong juga Mahathir, yang hakikatnya bukan dari keturunan Melayu, telah menuduh TS Muhyiddin sebagai pengkhianat.

Rakyat hairan, mengapakah pula TS Muhyiddin dituduh pengkhianat sedangkan Mahathir sendiri telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu, dan Muhyiddin pula adalah Presiden Bersatu.

Mengikut hirarki, sekiranya pihak tertinggi menolak maka pihak kedua tertinggilah yang mengambil tempat.

Apatah lagi setelah DYMM YDP Agong mengesahkan pencalonan dan pilihan 221 ahli parlimen. Sebarang penipuan akan menerima hukuman yang berat dan diterjemahkan sebagai penderhakaan kepada DYMM Agong.

Dipetik daripada FB DS Najib

Mahathir bukan sahaja telah meletakkan jawatan sebagai PM, malahan dia juga telah mengheret keluar Bersatu daripada PH!

Kini Mahathir mengumumkan bahawa dia telah mendapat SD majoriti daripada ahli-ahli parlimen dan mahu kembali semula sebagai PM. Pelik sungguh tindakan Mahathir, dan diterjemahkan oleh rakyat netizen sebagai tindakan orang tua yang sudah nyanyuk.

YDP Agong telah membuat keputusan, dan keputusan itu muktamad. Jika sekarang Mahathir kata dia mempunyai sokongan 114 ahli parlimen, esok-lusa akan ada pula pihak lain yang mengatakan mereka mempunyai 221 penyokong, dan cerita bohong Raja Mandeliar tak akan tamat dan selesai.

Memperlihatkan sifat nyanyuknya, Mahathir juga menyalahkan DS Anwar sebagai punca kemelut pemilihan Perdana Menteri ke-8, apabila DYMM YDP Agong memutuskan untuk menabalkan TS Muhyiddin Yassin.

DS Anwar yang meroyan hendakkan kerusi PM juga sekonyong-konyong mahu Mahathir terus menjadi PM sedangkan sebelum ini, dia mendesak Mahathir menentukan tarikh pindahan kuasa.

Begitu juga dengan golongan kafir harbi dalam DAP yang sebelumnya mendesak dan memaki-cerca Mahathir supaya menyerahkan kuasa kepada Anwar semasa mesyuarat Majlis Presiden PH, berubah pula mahu Mahathir terus menjadi PM.

Gawat, kegilaan nafsu serakah politik, fitnah, strategi perang saraf yang genjot, dan permainan politik kotor golongan khadam Raja Mandeliar ini nampak jelas.

Sebelumnya, Mahathir jugalah yang telah memusnahkan kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama. Hakikat ini diperakui sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Kemudian Mahathir dibuang daripada parti UMNO tetapi dikutip semula oleh Tun Abdul Razak.

Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia, dan Tun Hussien Onn mengambil tempat, lagi sekali fitnah ditabur dan ditularkan sehingga Tun Hussein Onn terpaksa meletakkan jawatan dan ketika itulah Mahathir naik sebagai PM.

Seelok-elok itu juga lebuh raya diswastakan, pihak bekalan air diswastakan, pihak bekalan tenaga elektrik diswastakan, media TV diswastakan, hospital mula diswastakan, IPT swasta tumbuh bagaikan cendawan, malahan pihak pengurusan air kumbahan juga diswastakan dan banyak lagi perompakan dilakukan ke atas wang rakyat.

Siapakah yang mengaut keuntungan daripada dasar penswastaan Mahathir itu semua?

Tiba-tiba sahaja nama anak-anak Mahathir terus terangkat sebagai tokoh terkaya Malaysia.

Namun krisis politik Mahathir-Anwar 1998 telah mendedahkan kronisme, kolusi dan nepotisme dasar Mahathir.

Malangnya Anwar sendiri terlalu lewah dengan skandal moralnya sehingga perjuangan reformasi untuk menentang Mahathir tidak berkesan, dan dia sendiri dipenjarakan kerana rasuah dan kes sodomi.

Walau bagaimanapun kronisme, nepotisme dan dasar kolusi Mahathir sedikit-sebanyak telah membangkitkan kebencian rakyat kepadanya.

Daripada maklumat pasukan perisikan, kedudukan Mahathir terancam yang menyebabkan dia meletakkan jawatan dan diambil alih oleh Tun Abdullah Badawi.

Namun sebagaimana sikap dan sifat Raja Mandeliar yang sudah sebati, dia terus mahu menjadikan Tun Abdullah sebagai bonekanya agar anak-anaknya terus kaya-raya dan dapat mempertahankan koloni kekayaan mereka.

Tun Abdullah menolak tali-tali boneka daripada dalang Raja Mandeliar itu, namun akhirnya Tun Abdullah kecundang dengan fitnah dan politik kotor Raja Mandeliar dan khadam-khadam Kitulnya.

Tiba giliran DS Najib mengambil alih ketika negara tercungap-cungap menghadapi masalah ekonomi. Namun DS Najib dengan kebijaksaan ilmu ekonominya telah berjaya mengangkat Malaysia pada tahap kedua terbaik Asia, satu tangga di bawah China.

Namun kelemahan DS Najib ialah, sama seperti Tun Abdullah, tidak mahu dirinya menjadi boneka Raja Mandeliar dan Kitulnya.

Dengan fitnah, penipuan, pembohongan, janji palsu manifesto, Raja Mandeliar berjaya bergabung dengan musuhnya iaitu kafir harbi DAP, dengan raja sodomi serta dengan anak luar nikah DAP yang bernama PAN.

Mereka berjaya merampas kuasa melalui penipuan politik dan fitnah yang merasuk rakyat jelata pada PRU14, Mei 2018.

Setelah mereka berkuasa, baharulah rakyat sedar bahawa momok tentang GST hanyalah fitnah, hapuskan tol hanyalah janji palsu, hutang negara RM1 trilion adalah fitnatul kubra, mansuhkan hutang PTPTN hanyalah pembohongan, Tabung Haji dimusnahkan, harta negara digadai, hibah, bonus, dividen badan-badan utama ekonomi Melayu-Islam tercorot, ekonomi merudum, Bursa KL terburuk di dunia, pelabur asing lari meninggalkan negara dan hutang negara terus bertimbun.

Bukan itu sahaja, dari aspek sosial dan moral, perpaduan kaum terancam, umat Islam dan agamanya dihina dan dicaci-cerca, Sultan Melayu juga dihina dan dipersendakan, Kitulnya cuba menanam agenda komunisme, pengganas LTTE diagungkan, Chin Peng didewa-dewakan, sistem republik mahu dihidupkan, dan seribu satu lagi kebobrokan kerajaan PH yang lebih terkenal dalam kalangan rakyat sebagai kerajaan ‘kencing hancing’.

Ingatlah TS Muhyiddin, Raja Mandeliar itu dan khadam-khadam Kitulnya mula membuka sayap mereka bagaikan dajal mata satu yang mahu memusnahkan Islam.

Sebagaimana kata Tun Musa Hitam, jika dia tidak mengundur diri, dia juga akan menerima nasib yang sama seperti DS Najib.

Apa yang berlaku pada Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, pada Tun Abdullah dan pada DS Najib akan berulang ke atas TS Muhyiddin, dan ia akan terus berulang selagi Raja Mandeliar masih hidup.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: