
Peguam Negara yang sebelum ini tidak termakan dengan pelbagai kritikan pedas NGO, pemimpin politik pembangkang, serta rakyat jelata akhirnya meletakkan jawatan.
Dia dipersepsikan sebagai simbol kehancuran sistem kehakiman negara setelah dilihat seperti wewenangnya menggunakan kuasa yang ada padanya sebagai Peguam Negara untuk menggugurkan kes ‘berprofil tinggi’ pemimpin dan kroni PH.
Dia meletakkan jawatan bukan kerana rasa bersalah setelah dia dikritik mencabul kehormatan badan kehakiman negara, mahupun kerana kutukan rakyat yang melihat dia menabur najis pada sistem kehakiman dan perundangan negara, tetapi sebaliknya dia meletakkan jawatan setelah orang yang melantiknya terlebih dahulu meletakkan jawatan.
Pada 26 Feb Mahathir telah meletakkan jawatannya setelah menerima tekanan daripada Majlis Presiden PH untuk menyerahkan kerusi PM kepada Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim.
Meskipun Mahathir kini adalah PM interim (sementara) namun Tommy melihat bahawa dia tidak lagi selamat dan telah kehilangan tempat bergantung.
Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dua tahun lalu, telah membangkitkan isu kontroversial kerana dia dilihat sebagai kaldai politik kepada DAP.

Tommy telah dilantik sebagai Peguam Negara meskipun dia mempunyai rekod sebagai peguambela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.
Tommy juga adalah peguambela kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian banglo dengan harga murah setelah penjualnya dikatakan mempunyai kepentingan dalam projek kerajaan Pulau Pinang.
Setelah dilantik sebagai Peguam Negara, Tommy dilihat telah dengan wewenangnya menggunakan kuasa ‘budi bicara’ untuk menggugurkan kes-kes terpilih yang melibatkan pemimpin pemerintah daripada parti PH.

Kes Wan Ji Wan Hussin, pegawai khas DAP, yang dituduh cuba menyebarkan propaganda menghapuskan sistem beraja, juga membangkitkan kemarahan rakyat kerana menghina dan mencerca sultan dan sanggup dijadikan kaldai tunggangan DAP.

Wan Ji telah dikenakan hukuman penjara setahun, tetapi kemudiannya dibebaskan (sementara) setelah sehari dipenjara atas desakan politik daripada pemimpin PH yang kemudiannya kes dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Tommy juga telah membangkitkan kemarahan rakyat setelah menyarankan inkues terhadap kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Kassim, yang dibunuh oleh perusuh Hindu di Kuil Mariamman. Mahkamah koroner telah mengesahkan bahawa Adip sememangnya mati dibunuh, dan bukan dengan sebab-sebab lain.

Walau bagaimanapun keadilan terhadap Muhammad Adib masih kabur, kerana pembunuhnya masih bebas dan tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap mereka.

Kes terakhir yang dilihat amat kontroversial yang dihentikan serta-merta ‘proceeding’ perbicaraannya ialah kes penglibatan dua ADUN DAP serta 10 individu lain yang dituduh dengan prima facie yang kukuh oleh pihak PDRM atas penglibatan mereka dengan pengganas antarabangsa LTTE.
Anehnya kes seorang wanita yang sekadar menyimpan buku-buku pejuang Daesh, telah dikenakan hukuman penjara lima tahun.

Beberapa NGO dan penggiat politik telah cuba menggerakkan petition supaya Tommy Thomas meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara, namun mereka gagal dalam usaha mendesaknya meletakkan jawatan.

Pada 28 Feb (semalam) media arus perdana mahupun media picisan dalam talian telah riuh-rendah dengan ‘breaking news’ (berita sela atau berita terkini) peletakan jawatan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Melalui enjin pencarian Google, apabila dimasukkan entri ‘Tommy Thomas Letak Jawatan’, didapati terdapat 68,300 berita dan maklumat yang menghebohkan dan mencanangkan peletakan jawatan Tommy sebagai Peguam Negara.

Peletakan jawatan Tommy mungkin, menggusarkan kerajaan, pemimpin dan kroni PH, namun bagi rakyat yang cintakan keadilan dan menolak ‘undang-undang rimba’ sebagaimana yang menjadi klise kepada tindakan Tommy, ia sesuatu yang amat dinanti-nantikan.

Tommy seperti kebal dengan petition dan desakan bertubi-tubi supaya dia meletakkan jawatan, namun setelah Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM, dia tidak lagi berlengah untuk turut sama meletakkan jawatan.
Adakah selama ini Mahathir menjadi pelindung Tommy, atau Tommy merasakan bahawa dia tidak selamat lagi setelah Mahathir tidak lagi berkuasa sebagai PM?
Adakah selepas ini, setelah tumbangnya kuasa PH-DAP, maka banyaklah kes-kes pemimpin dan kroni PH-DAP akan dibuka semula?
Adakah aktivis pengganas LTTE akan kembali diheret ke mahkamah?
Atau adakah selepas ini, Tommy pula menjadi perhatian pihak penguasa undang-undang negara?
*****
Tinggalkan Jawapan