(Video) YDP AGONG MENCEMAR DULI BERSEMUKA DENGAN SEMUA 221 AP UNTUK PILIHAN PM KE-8

Oleh Dr Mamat Desa

Usaha yang diambil oleh DYMM SPBYD Agong mencemar duli untuk bersemuka dengan 221 ahli parlimen (AP) tidak termasuk ’PM interim’, bagi mendapatkan pilihan mereka untuk menentukan siapakah PM ke-8, adalah satu inisiatif baginda yang harus dipuji.

Dengan itu juga baginda telah menunjukkan kepekaan baginda serta keprihatinan baginda kepada rakyat untuk menentukan siapakah tokoh yang dipilih untuk memimpin negara.

Pastinya baginda mempunyai beberapa objektif, yang antaranya:

  • Untuk menentukan siapakah yang layak dilantik sebagai PM ke-8 dengan merujuk kepada pilihan majoriti AP
  • Untuk mendapatkan satu gambaran kasar tentang pilihan AP terhadap PM ke-8
  • Untuk membantu baginda menggunakan kuasa veto baginda dalam hal menentukan PM ke-8 dan merestui pemilihannya

Soalan dalam bancian baginda yang sepatutnya ialah “Siapakah pilihan majoriti rakyat yang mahu diangkat sebagai PM ke-8?” dan bukannya “Siapakah pilihan majoriti AP yang mahu diangkat sebagai PM ke-8?”

Dalam hal ini, dari aspek statistik, objektif kedua dan ketiga, tidak membangkitkan sebarang permasalahan.

Namun bagi objektif pertama, iaitu untuk menjawab soalan kajian, ‘Siapakah yang layak dilantik sebagai PM ke-8’ dengan merujuk kepada pilihan majoriti AP, sebagai kaedah kuantitatif, adalah dilihat pincang (ampun Tuanku).

Ia pincang kerana populasi sampel baginda ialah rakyat, sedangkan sampel bancian baginda ialah semua ahli parlimen termasuk golongan majoriti yang mendominasi kerajaan, iaitu ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan.

Sampel daripada golongan AP dari Pakatan Harapan inilah yang menjadi isu utama dalam kemelut politik Malaysia hari ini, apabila banyak kerosakan berlaku, sehingga PM ke-7, kecewa dan meletakkan jawatannya serta menarik keluar partinya (Bersatu) meninggalkan Pakatan Harapan.

Sampel yang baginda pilih tidak mewakili populasi, iaitu rakyat, dan dengan itu sampel tersebut adalah salah (ampun Tuanku).

Kemudian pada sampel yang dipilih terdapat pada mereka ‘preconceive idea’ atau idea prakeputusan yg bersifat tidak bebas dan ada kepentingan kedudukan politik pada diri mereka.

(Ampun Tuanku) Dengan itu sampel dari kalangan MP itu semua, dari aspek teknikal statistik, adalah tidak valid dan tidak reliable maksudnya tidak sahih* dan tidak ada kebolehpercayaan* (*istilah khusus statistik).

Ahli parlimen Pakatan Harapan adalah pemimpin yang telah merosakkan negara. Jika mereka dirujuk untuk memilih PM ke-8, pastinya mereka akan memilih tokoh tertinggi mereka daripada golongan yang rosak juga (ampun Tuanku).

PM ke-7 telah meletakkan jawatan sehari setelah menerima tekanan untuk melepaskan jawatan beliau kepada Presiden PKR yang dipersepsikan rakyat sebagai tidak sabar menanti gilirannya tanpa memikirkan kehendak rakyat.

Ia juga seiring dengan pembebasan 12 orang tertuduh dalam kes penglibatan mereka dengan aktiviti pengganas LTTE termasuk dua ADUN DAP, iaitu parti komponen Pakatan Harapan.

Sebelumnya heboh seluruh negara apabila terbangkit persepsi rakyat terhadap ketua kartel Pulau Pinang yang dikaitkan dengan parti komponen Pakatan Harapan dan diterjemahkan sebagai kroni DAP.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, juga telah membangkitkan spekulasi tentang penglibatannya secara langsung dengan pengganas LTTE.

Maka bancian atau kajian bersifat kuantitatif untuk mendapatkan nilai majoriti itu akan memberikan dapatan yang salah (ampun Tuanku).

Bancian ini dikatakan salah, ibarat memilih kenderaan yang baik untuk kegunaan hidup rakyat, tetapi penyelidik menggunakan sampel daripada kalangan pengeluar dan pengilang kenderaan yg rosak.

Sewajarnya dengan merujuk kepada populasi kajian iaitu rakyat jelata, maka sampel yang sewajarnya dibanci ialah sampel yang diambil daripada populasi rakyat keseluruhannya secara rawak, yang bebas daripada sifat bias, sebaliknya menepati soalan kajian kuantitatif iaitu ‘Siapakah PM ke-8 pilihan majoriti rakyat?

Maka pengeluar dan pengilang kenderaan yang rosak akan tetap memilih kenderaan keluaran mereka yang rosak juga.

Misalnya sebagaimana telahan media arus perdana seperti Astro Awani, mengira bahawa Tun Mahathir mempunyai 54 penyokong, DS Anwar mempunyai 92 penyokong, manakala UMNO dan PAS mencadangkan agar parlimen dibubarkan.

Data diperoleh daripada Astro Awani

Sepatutnya (ampun Tuanku) pembanci memilih sampel daripada pengguna kenderaan yang bebas dan tiada kepentingan kedudukan politik peribadi, iaitu rakyat sendiri.

Dengan itu, dan dengan penuh rasa rendah diri, (ampun Tuanku) patik sarankan agar pemilihan PM melalui kaedah kuantitatif terbaik ialah melalui Pilihan Raya Umum ke-15.

Dengan itu patik sarankan agar Tuanku bubarkanlah parlimen dan serahkanlah pemilihan PM ke-8 mengikut suara majoriti rakyat, dan bukannya daripada kalangan ahli-ahli parlimen daripada pemimpin yang rosak dan telah merosakkan negara.

Walau bagaimanapun, sekiranya objektif bancian baginda adalah untuk mendapatkan satu gambaran kasar tentang pilihan AP terhadap PM ke-8, dan untuk membantu baginda menggunakan kuasa veto dalam hal menentukan PM ke-8 (sebagaimana kuasa baginda yang diperuntukkan dalam perlembagaan), maka bancian yang telah baginda jalankan adalah wajar.

*****

Advertisement

One thought on “(Video) YDP AGONG MENCEMAR DULI BERSEMUKA DENGAN SEMUA 221 AP UNTUK PILIHAN PM KE-8

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: