
Apabila ADUN (DAP) Tronoh, diheret ke mahkamah kerana kes rogol pembantu rumah, dengan pantas DAP menafikan tuduhan.
Namun pastinya pihak Pendakwa Raya mempunyai ‘prima facie’ yang signifikan untuk mendakwa tertuduh, sehingga kes tersebut disebut di mahkamah.
Apabila pemimpin DAP diheret ke mahkamah kerana penglibatan dengan pengganas antarabangsa LTTE, dengan pantas juga DAP menafikan tuduhan tersebut.
Sedangkan pihak tertuduh ditahan tanpa jaminan, kerana pendakwa raya mempunyai ‘prima facie’ untuk menyebut kes ini di mahkamah. Malahan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dari DAP sudah terkenal sebagai orang kuat yang menyokong LTTE.
Apabila bekas Ketua Polis Negara (KPN), TS Musa Hassan mendakwa bahawa DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis, DAP juga pantas menafikannya.

Adakah sebagai bekas KPN, TS Musa tiada asas dan bukti tentang penglibatan DAP dengan ideologi komunis?
Rakyat dan khalayak media tidak perlu menyelidik jauh kerana pemimpin DAP juga secara terang-terangan cuba mengedarkan komik berunsur komunisme di sekolah-sekolah tanpa persetujuan Menteri Pendidikan, manakala khalayak media sudah maklum bahawa DAP dan konco-konconya cuba mendewa-dewakan bekas pejuang komunis, seperti Chin Peng, Shamsiah Fakeh dan Mat Indera.

Kemudian rakyat dikejutkan dengan perhimpunan bekas pengganas komunis yang berkumpul di ‘New Era University College’ yang diketahui sebagai milik Dong Jiau Zong- badan yang mengetuai sekolah swasta Cina yang juga merupakan pertubuhan yang rapat dengan DAP.

Selama berpuluh tahun PDRM, ATM, dan rakyat peribumi berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis, tiba-tiba pada Disember lalu, mereka berani berkumpul seakan-akan mengisytiharkan bahawa komunis dan ideologi komunisme masih hidup di negara ini.
Sedangkan hari ini, baik di Hong Kong, Taiwan dan Tanah Besar China, rakyat mereka sedang memberontak menentang pemerintah komunis dan ideologi komunisme mereka. Wajarlah nCOV menyerang rejim Komunis China yang zalim dan anti-agama.
Nampaknya DAP sedang dilanda sindrom penafian untuk mengelak kebencian rakyat yang kini meledak kerana dominasi DAP dalam kerajaan PH amat jelas memusnahkan negara, baik dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan kebajikan rakyat.
Rakyat Melayu, khususnya yang membenci keganasan, menolak kebiadaban moral, menentang komunisme yang anti-agama dan anti-Islam, menolak dasar yang mencabar kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan hak Melayu-Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan, pastinya amat membenci DAP.
DAP yang dilanda sindrom penafian, dan Islamofobia, tidak pula berani mengheret bekas pemimpin tertinggi mereka ke mahkamah, seperti bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Mohammed Razali Abdul Rahman, dan bekas Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad yang bertubi-tubi menyerang dasar DAP yang rasis, agenda DAP yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik, dana DAP yang dibiayai oleh pertubuhan Yahudi serta penglibatan DAP menjadikan negara ini sebuah negara Kristian.
Terkini, pada hujung Januari lalu, PDRM telah berjaya membongkar kegiatan ketua kartel dadah, Ooi Chien Sim, di Pulau Pinang.
Ooi adalah pemegang saham yang terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB), milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Laporan Tahunan PBAHB telah mencatatkan bahawa Ooi menguasai 5,327,600 unit saham dalam PBA (1.61.%), iaitu ke-4 terbesar.
Ooi Chien Sim juga adalah Pengarah (Non-Executive) Heng Huat Resourses Group dan Pengerusi Eksekutif ATTA Global Group yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pada September tahun lalu, ATTA Global telah membeli hartanah di serata Pulau Pinang, termasuk 80% saham syarikat pemaju Sunrise Manner dengan bayaran tunai RM20 juta.

Pada September tahun lalu juga, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah merasmikan kilang pengeluaran fiber kelapa Heng Huat di Setiu Terengganu.

Perasmian tersebut turut disertai oleh Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang dan ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye.
Mengapakah begitu ramai pemimpin DAP terlibat dengan perasmian kilang fiber Heng Huat (SKT) Terengganu meskipun ia bertempat di Terengganu?

Jika DS Najib yang merasmikannya, pastinya pantas dia diheret ke mahkamah oleh SPRM dan dikaitkan dengan AMLA.
Lantas, perlukah DAP menafikan, bahawa ATTA Global, dan Heng Huat sebagai kroni mereka?
Namun nampaknya DAP juga menggelupur menafikan bahawa ‘raja dadah’ Ooi Chien Sim adalah kroni mereka.
Adakah SPRM tidak mahu bertindak hanya kerana pemimpin DAP telah menafikan bahawa kartel dadah itu kroni mereka?
*****
Tinggalkan Jawapan