(Video) KENAPA NAK GADUH SESAMA AHLI KELUARGA?

Oleh Suratman Tukiman – Emel: suratman.tukiman@gmail.com

Nampaknya sebagaimana biasa Datuk Lokman Noor Adam lagi sekali bertindak ‘jump the gun’ atau dalam bahasa ibunda ‘bertindak tidak kena pada waktunya’.

Saya masih ingat lagi apabila Lokman terus menghebohkan kes sodomi Anwar dengan seorang pelajar warga Indonesia sebagaimana yang tersiar di Singapura kononnya, sedangkan ia merupakan satu fitnah media dalam talian.

Akhirnya saudara Lokman juga yang diheret ke balai polis kerana turut dibabitkan dengan fitnah tersebut.

Kemudian Lokman yang saya sanjungi, beberapa bulan lalu telah dengan gahnya ‘memaklumkan kepada khalayak video YouTubenya bahawa Tun M akan mati pada hujung bulan itu kerana bateri jantungnya yang lemah’.

Sebaliknya Allah Azawajalla masih memanjangkan umur Tun M. Tak kisahlah sekiranya Allah mahu panjangkan umur dia kerana kemungkaran dan kezaliman dia, kerana Allah pun belum tentu akan memanjangkan umur kita untuk sehari dua lagi.

Kini Lokman yang saya sanjungi masih juga ‘jump the gun’ apabila menghebohkan bahawa UMNO sudah memecat keahliannya. Namun di manakah surat rasmi mahupun kenyataan rasmi UMNO yang mengesahkan Lokman sudah dipecat sebagai ahli?

Lokman juga sebelumnya telah ‘jump the gun’ dan mencanangkan ke seluruh dunia bahawa UMNO di bawah kuasa Presidennya mahu bergabung dengan Tun M untuk menubuhkan ‘Pakatan Nasional’.

Sebelum ini tak pernah pun kita dengar ada ‘Pakatan Nasional’. Apa yang sering kita dengar ialah ‘Pakatan Hancing’ yang didominasi oleh kelompok kafir harbi. Jadi nampaknya Pakatan Nasional yang dicanangkan itu hanyalah ‘polemik’ politik pihak yang mahu melihat UMNO dan kaum Melayu tumbang.

Kafir harbi kini sedang sorok dalam almari kerana keturunan mereka di tanah besar China telah diserang virus nCov dengan pusat kemerebakannya di Wuhan dalam jajahan Hubei.

Sesetengah kita yang beragama Islam, telah melihat serangan virus nCov seperti serangan burung Ababil ke atas Raja Abrahah yang sombong dan angkuh.

Ingat tu Lokman yang saya sanjungi. Jangan sombong dan angkuh.

Ada juga rakyat yang menterjemahkan serangan nCov sebagaimana Allah menghancurkan kaum Sodom kerana tabiat seksual mereka yang ekstrem, tetapi dalam kes Wuhan, kerana tabiat makan mereka yang ekstrem, bagaikan khinzir yang sanggup makan najis sendiri.

Kini Lokman yang saya sanjungi, nampaknya kamu marah sangat pada Presiden UMNO dengan lemparan tuduhan-tuduhan yang ekstrem juga.

Kenapa kamu sebagai ahli UMNO tidak berkelakuan sebagaimana ahli-ahli PAS yang menyerahkan kuasa ‘kata putus’ kepada pemimpin yang dilantik.

Lihat sahaja apabila Allahyarham TGNA bersekongkol dengan DAP, dan termakan dengan godaaan Al-Juburi, namun semua ahlinya diam membisu, sedangkan anak lelaki TGNA sendiri resah gelisah dengan kelakuan bapanya.

Apa yang ahli PAS buat? Mereka hanya berdoa menunggu masa Allah bertindak untuk mengheret keluar PAS daripada gabungan mereka dengan kafir harbi itu. Jalan pintas yang Allah kenakan ialah kematian TGNA.

Sekiranya Lokman yang saya sanjungi marah sangat pada Tun M, mengapa tidak menggunakan kesabaran, tunggu beberapa hari lagi, sebagaimana yang kamu kata, Tun M akan mati.

Lihatlah Tun M, bercakap sepatah-dua ayat, terus mengah dan semput. Jika betul apa yang kamu katakan Lokman beberapa bulan lalu, maka nampaknya hayat Tun M tidak lama lagi.

Selain itu marilah kita lihat realiti. Kamu fikir UMNO kuat sangatkah? UMNO jika berseorangan, tidaklah sekuat mana sekarang ini, kerana Melayu sudah berpecah-belah. Kini kamu hendak pecahkan lagi?

Kemenangan UMNO dalam 4 PRK, tidak termasuk Tanjung Piai, tidaklah sekuat yang kita doakan. Kalau kamu selidiki angka-angka keputusan PRK itu semua, kemenangan UMNO tidak jauh bezanya dengan keputusan PRU14. Malah sebelumnya BN kalah pada 4 PRK dan PAS kalah di Port Dikcson.

Tanjung Piai pula mendapat kemenangan ‘land slide’ bukan kerana UMNO, tetapi kerana pengundi Cina yang menentang DAP dan sekaligus menentang Tun M.

Tak payah nak lihat jauh, lihat sahaja kekalahan kamu di Sungai Kandis. UMNO yang tidak hebat atau kamu Lokman yang tidak disukai orang Sungai Kandis. Kenapa?

Sekarang kerajaan dikuasai oleh kafir harbi. Wahai Lokman yang saya sanjungi, kamu ingat Tun M sukakah Tanah Melayu ini dikuasai oleh kafir harbi? Habis harta umat Islam dijarahnya.

Nampak sangat agenda ‘Bumi Hangus’ yang pernah dilaungkan oleh media sedang menampakkan realitinya. Nampak sangat modus operandi yang sama, sebagaimana digunakan oleh Singapura, telah berjaya ‘membunuh’ pembangkang @ Melayu.

Lokman yang saya sanjungi, rakyat tahu kamu berada di bawah ketiak DS Rosmah, isteri DS Najib yang amat kami kasihi.

Tapi realitinya, berapa lama Rosmah boleh membela kamu, dia pun sedang menggelupur dengan kes rasuah, yang nampaknya sungguh menjijikkan.

Pernah dulu ramai yang menasihatkan DS Najib yang dikasihi supaya menasihati Rosmah supaya jangan masuk campur hal pentadbiran negara, malah ada yang menasihatkan DS Najib supaya menyimpan Rosmah di dalam lamari. Tapi DS Najib tidak mahu mendengar nasihat, atau mungkin DS Najib sendiri tiada daya nak kawal isteri glamornya itu.

Realitinya Lokman yang kami sanjungi, apabila Presiden UMNO menunjukkan sedikit sokongan kepada Tun M, yang belumpun direalisasikan, sebaliknya hanya sekadar satu topik dalam agenda mesyuarat, tiba-tiba akaun UMNO yang dibekukan, kini diaktifkan semula.

Kamu tidak lihat ke Lokman itu semua?

Kamu yakin UMNO-PAS boleh menang PRU15?

Kamu lupakah Lokman ketika Parti Perikatan @ datuk UMNO ditubuhkan, rakyat Melayu bergadai-bergolok untuk membela Perikatan?

Saya ingat lagi datuk saya menggadai gelang nenek untuk berikan wangnya kepada Datok Onn Jaafar demi survival kaum Melayu.

Kenapa itu semua berlaku? Tidak lain dan tidak bukan kerana penglibatan sesebuah parti politik dalam PRU memerlukan modal dan dana yang besar.

Kini UMNO dah dapat balik RM193 juta hartanya yang dibekukan, itupun bukan milik UMNO sahaja, sebahagiannya milik MCA.

Cukupkah RM193 juta itu Lokman untuk UMNO menghadapi PRU15 nanti?

Lokman yang saya sanjungi, politik bukan percaturan untuk benci-membenci. Tiada sahabat dan musuh mutlak dalam politik.

Dengan itu Lokman, demi menyelamatkan kuasa Melayu, kita kenalah menghormati pemimpin. Jika kamu tidak suka dengan pemimpin itu, nyahkan dia melalui demokrasi, itupun sekiranya ahli parti menyokong kamu.

Bayangkan jika satu hari nanti kamu pula jadi Presiden UMNO. Apa tindakan kamu pada ‘duri dalam daging’ seperti kamu? Tapi apa yang kami nampak, kamu ini tidak ubah seperti ‘Tun M in the making,’ penuh dengan watak ‘diktator.

Oleh itu Lokman yang dihormati, janganlah menghasut rakyat Melayu yang sedang tercungap-cungap sekarang ini, untuk berpecah.

DAP sudah mula menggerakkan dasar mereka untuk membentuk Pilihan Raya PBT. Mereka juga sudah menggerakkan jentera mereka untuk mengubah sempadan pilihan raya. Anak-anak muda mereka berduyun-duyun mendaftar sebagai pengundi. Anak muda Melayu bagaimana?

Malah sebagaimana yang kamu tahu, mengapakah ratusan ribu rakyat China yang masuk ke Malaysia hilang begitu sahaja. Sedangkan kamu dan saya masih bermimpi di siang hari mengatakan UMNO-PAS dan Muafakat Nasional kuat?

Kita sebenarnya bermimpi di siang hari Lokman.

Tun M yang akan mati tidak lama lagi pun, tiada daya dia untuk menentang cauvinis Cina, DAP, yang kini menyerap masuk ke segenap urat saraf pentadbiran negara termasuk Tabung Haji, Bank Islam, JPA, PDRM, ATM dan banyak lagi Lokman. Kamu pun tahu semua itu.

Kalau UMNO menangpun nanti, bukannya kerana kamu Lokman tetapi kerana rakyat. Jadi janganlah nak hasut rakyat menentang UMNO-PAS atau Muafakat Nasional. Marilah kita bersatu menentang musuh yang sebenarnya.

Sebagaimana kata DS Najib, “Musuh kita adalah PH, jangan tembak rakan sendiri.”

*****

Nota – Artikel ini ditulis oleh Sdr Suratman Tukiman yang meminta jasa baik kami untuk menyiarkannya.

Editor – Dr Mamat Desa

Advertisement

2 thoughts on “(Video) KENAPA NAK GADUH SESAMA AHLI KELUARGA?

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: