
Persepsi rakyat terhadap parti DAP yang sebelum ini cuba menjadi juara ‘Malaysians Malaysia’, dogma kesamarataan, dan ‘demokrasi pro-komunisme’ kini parah apabila media tanpa berselindung mengaitkan DAP dengan ‘Pengedar Dadah’.
Sebelum ini, negara dikejutkan dengan penglibatan wakil rakyat DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE.

Namun kerana dominasi DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan, malah diperakui oleh Tun Mahathir sebagai ‘Tok Dalang’ kepada kepimpinan tertinggi negara, maka banyaklah kes yang melibatkan pemimpin DAP dan PH, telah dilupuskan oleh Peguam Negara.

Sebelum ini sebagaimana disiarkan Astro Awani, dua ADUN dari parti DAP iaitu G. Saminathan dari Gadek, Melaka dan P. Gunasekaran dari Seremban Jaya telah ditahan di bawah Undang-undang SOSMA kerana terlibat dengan aktiviti pengganas LTTE.

Sebuah rencana tulisan Dr Mohd Mizan Aslam dalam Astro Awani mencatatkan bahawa LTTE mendapat dana yang cukup besar dari aktiviti penjualan senjata api, perkapalan dan sumbangan dana peribadi melalui diaspora LTTE di seluruh dunia. Dipercayai LTTE juga melakukan aktiviti penjualan dan pemindahan dadah dalam jumlah yang besar ke negara-negara Eropah dan Asia.
Kemudian media juga telah mengejutkan khalayak seluruh negara dengan tangkapan ADUN PH di sebuah kondominium di Jalan Puchong kerana terlibat dengan parti dadah. Dalam tangkapan tersebut 16 daripada 17 individu didapati positif dadah.

Pada minggu lalu, 30 Jan, The Star, dan FMT telah melaporkan, 8 individu termasuk 2 pengerusi syarikat senarai awam, didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengedar hampir 5kg dadah jenis methamphetamine.
Ooi Chieng Sim, 51, dan Jackson Boh Khim Hean, 33, bersama-sama 5 lelaki warga Myanmar dan warga China didakwa mengedar 4,980gm dadah di sebuah gudang di ATTA Global Group Bhd di Perai Industrial Estate, Perai, pada 16 Jan.

Ooi merupakan pengerusi 2 syarikat senarai awam, Heng Huat Resources Group Bhd (Heng Huat) dan ATTA Global Group Bhd (ATTA). Ooi juga merupakan pemegang saham ke-4 terbesar PBA Holdings Bhd. PBA adalah syarikat bekalan air Pulau Pinang.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 28 Jan pula, bahagian narkotik Bukit Aman merampas aset bernilai lebih RM366 juta yang dikaitkan dengan suspek dalam rampasan kokain terbesar di pelabuhan Butterworth pada Sept tahun lalu.
Operasi seterusnya yang digelar Ops Eagle Diamond pada 16 Jan adalah cubaan melumpuhkan sindiket dadah dengan merampas pelbagai aset yang dikaitkan dengan suspek dan rakan subahat mereka.
Aset yang dirampas itu termasuk saham syarikat bernilai lebih RM143 juta, hartanah bernilai RM198 juta, kenderaan bernilai RM2.7 juta dan barang kemas kira-kira RM52,000.
Sitaan itu dijalankan di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Perkara yang mengejutkan rakyat ialah apabila tertuduh yang digambarkan sebagai ‘Raja Dadah’ telah dikatakan sebagai kroni DAP oleh MalaysiaToday.

Nampaknya, sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak media, maka jelaslah parti DAP adalah parti hipokrit, yang cuba berlagak sebagaimana dewa yang mencanangkan kesamarataan bagi membela kaum pendatang dan cuba berlagak demokratik, tetapi sebaliknya menyokong pengganas.
Sesuailah dengan akronim DAP, ‘Dadah dan Pengganas’ yang terkait dan menyelubungi parti itu selama ini.
****
Tinggalkan Jawapan