
Rakyat dan khalayak media terkejut apabila Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pada 27 Jun 2019, mengumumkan usaha kerajaan untuk menjadikan isu pemilikan dan penggunaan dadah untuk tujuan peribadi sebagai bukan kesalahan jenayah.
Dr Dzulkefly mencanangkan bahawa usaha tersebut sebagai ‘dasar pembawa perubahan (gamechanger) yang penting’ bagi kerajaan Malaysia Baru, meskipun Dzulkefly menolak perancangan kerajaan itu sebagai ‘cubaan melegalisasikan (membenarkan dari segi undang-undang) penggunaan dadah’.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga menyarankan supaya undang-undang diubah agar golongan penagih dadah tidak dipenjara atas alasan bahawa hukuman penjara hanya akan memusnahkan masa depan mereka dan mendorong mereka melakukan jenayah lain.
Namun tidakkah Syed Saddiq terfikir bahawa penagihan dadah juga telah mengheret mereka kepada jenayah lain, sehingga ada kes membunuh ibu-bapa, membakar rumah sendiri, merompak dan lain-lain lagi rentetan jenayah berat?
Namun dalam hal pemulihan, tidakkah kerajaan telah menyediakan pusat serenti bagi pemulihan penagih dadah?
Sebelumnya pada 5 Nov, rakyat juga dikejutkan apabila pemimpin PH, ADUN Jeram mencadangkan agar rakyat dibenarkan menanam ganja sebagai menggalakkan industri pertanian dan ekonomi rakyat.

Pada pemikiran rakyat marhaen dan penagih dadah dari kelas bawahan pastinya mereka akan menterjemahkan bahawa ‘undang-undang’ baru itu dan galakan menanam ganja seperti membenarkan penggunaan dan penagihan dadah.
Tindakan kerajaan ‘Malaysia Baru’ itu adalah bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dalam perkara ‘Kegunaan dadah untuk tujuan peribadi.’
Ia juga bertentangan dengan Seksyen 6 atau 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dalam perkara ‘Pemilikan’ dadah berbahaya.
Dalam konteks ini semua, jelaslah bahawa kerajaan PH atau ‘Malaysia Baru’ tidak berpegang kepada falsafah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.
Mereka ini seperti lupa bahawa dadah baik ganja, morfin, heroin, kokain, syabu, ekstasi, ketamin, methaphetamin dan lain-lain lagi telah diangkat sebagai musuh utama negara.

Namun hari ini, setelah PH yang didominasi DAP berkuasa, mereka seperti mahu rakyat menjinak-jinakkan diri dengan dadah?
Usaha kerajaan PH mahu mendekriminalisasikan kesalahan jenayah berkaitan dengan Seksyen 6 dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya nampaknya datang seiring dengan kejutan kes ADUN Dengkil ditahan dalam satu pesta dadah di sebuah kondominium di Jalan Puchong.
Dalam tangkapan tersebut 16 daripada 17 individu didapati positif dadah.

Dalam kes ADUN DAP yang terlibat dengan aktiviti pengganas LTTE pula, sebuah rencana tulisan Dr Mohd Mizan Aslam telah mencatatkan bahawa LTTE melakukan aktiviti penjualan dan pemindahan dadah dalam jumlah yang besar ke negara-negara Eropah dan Asia.

Insiden tersebut berentetan dengan kes 2 kroni DAP dan 8 individu yang ditangkap dan didakwa mengedar hampir 5kg dadah jenis methaphetamin.

Ooi Chieng Sim, 51, dan Jackson Boh Khim Hean, 33, bersama-sama 5 lelaki warga Myanmar dan warga China didakwa mengedar 4,980gm dadah di sebuah gudang di Perai Industrial Estate, Pulau Pinang, pada 16 Jan.
Ooi juga merupakan pemegang saham ke-4 terbesar Pihak Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang, negeri yang dikuasai DAP.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 28 Jan pula, lagi sekali bahagian narkotik Bukit Aman mengejutkan rakyat di seluruh negara setelah merampas aset bernilai lebih RM366 juta yang dikaitkan dengan rampasan kokain terbesar di pelabuhan Butterworth pada Sept tahun lalu yang bernilai RM2.4 bilion.
Dengan itu rakyat tertanya-tanya apakah ada kaitan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mencairkan hukuman jenayah penagihan dadah.
Rakyat juga tertanya-tanya adakah semua ini mendesak ADUN PH menggalakkan rakyat menanam ganja agar persepsi rakyat tentang bahayanya dadah turut cair?
Nampaknya kerajaan PH seperti mahu menghapuskan hukuman jenayah penagihan dadah agar sekelompok kroni mereka mempunyai pasaran yang lebih luas dalam ‘industri dadah’ yang mereka kuasai.

Mangsa mereka yang paling besar jumlahnya, tidak lain dan tidak bukan, adalah kaum Melayu yang malang.
*****
Tinggalkan Jawapan