(Video) PERLUKAH SYED SADDIQ LARI LANGKAH PAGAR IKUT LORONG TIKUS?

Perlukah menteri lari langkah pagar ikut lorong tikus, atau ia sekadar aksi lakonan?

Setahu rakyat, setiap menteri diperuntukkan perkhidmatan perlindung-pengawal polis dalam setiap acara rasmi.

Perlindungan ini penting kerana menteri adalah pegawai tertinggi yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat demi masa depan rakyat.

Anehnya dalam kes Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ceramahnya di Ulu Tiram Johor, negeri kelahirannya, terpaksa lari mengikut lorong tikus apabila dikatakan diganggu sekumpulan individu di majlis tersebut malam tadi.

Bukankah itu adalah majlis rasmi menteri dan dengan itu sudah pasti terdapat pegawai polis perlindung-pengawal menteri yang bertugas bersama YB Syed Saddiq.

Jika tidak, pastinya atas permintaan Syed Saddiq, maka pihak polis tidak diperlukan.

Namun kenapakah Syed Saddiq tidak memerlukan khidmat polis pelindung-pengawal, sedangkan dia sudah ada pengalaman ‘dipeluk’ oleh Papagomo suatu ketika dahulu.

Mungkin juga YB Syed Saddiq mempunyai ‘bodyguard’ sendiri yang melindunginya, lantas dia menolak khidmat polis pelindung-pengawal menteri.

Sekiranya ada pelindung-pengawal persendirian, mengapa pula YB Syed Saddiq perlu lari ikut lorong tikus apabila diganggu oleh sekumpulan pemuda?

Mengapa ‘bodyguard’ YB Syed Saddiq tidak bertindak?

Kasihan sungguh melihat video YB Syed Saddiq terpaksa lari ikut lorong tikus, langkah pagar, tinggalkan ayah-ibu dalam majlis.

Tetapi di sebalik pagar sudah ada pihak yang menunggu untuk mengambil gambar dan video YB.

Pihak jurugambar seperti tahu laluan mana YB Syed Saddiq akan ambil dan setiap mereka sudah menunggu bersama kamera masing-masing bagaikan mereka bergerak ikut skrip.

Lantas, ke mana perginya ‘bodyguard’ YB Menteri? Mengapa mereka tidak bersama-sama YB Syed Saddiq ikut lari langkah pagar?

Tiada lain dalam pemikiran YB Syed Saddiq selain kumpulan samseng UMNO yang cuba ‘menyerang’nya sebagaimana yang dihebohkan oleh banyak media.

Dalam Instagram YB Saddiq kata ‘golongan samseng’ itu menjerit-jerit supaya keluar dari Johor. Dalam video, khalayak juga dengar mereka sebut “penipu, penipu, balik, balik.”

Setahu kami UMNO kalah di Johor. Apa hak Pemuda UMNO nak halau YB Saddiq dari Johor? Yang berkuasa di Johor sekarang ialah PKR, PPBM, PAN dan DAP.

YB Syed ni manja sangat dengan orang UMNO. Tidur malam asyik mimpi orang UMNO, sehinggakan bila ada kisah ‘yang tidak dapat dilupakan’ YB Syed akan mamai menyebut ‘samseng UMNO’.

YB Syed cuba nak ‘divert’ kes parti dadah di kondominium Jalan Puchongkah?

Ada pihak yang buat laporan polis bahawa terdapat kereta menteri yang keluar kawasan kodominium sebelum polis serbu parti dadah itu.

Poliskah yang serbu ‘geng’ YB atau ‘gangster UMNO’ yang serbu parti dadah di kondominium itu?

Setahu khalayak media dan rakyat, golongan yang samseng adalah belia penyokong parti kerajaan sebagaimana yang berlaku dalam Kongres AMK di Melaka, golongan belia yang menterbalikkan kereta polis semasa rally BERSIH, golongan belia yang mengamuk ketika pemilihan PKR, golongan belia reformasi yang taat sungguh pada DS Anwar, dan golongan belia yang membunuh Adib Bomba yang tiada kena-mengena dengan UMNO.

YB Syed Saddiq, jawablah secara jujur, YB ni berlakonkah?

Rakyat tahulah, YB adalah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Konotasi ‘Kebudayaan’ itu termasuk dalamnya seni lakon.

Lain kali kalau YB nak lari pun, gunalah basikal lumba seperti jaguh dunia Azizul Hasni Awang yang amat rakyat kagumi. Tiada siapa mampu mengejarnya jika dia memecut.

Lantas dalam kejadian malam itu, barulah rakyat tahu bahawa YB Syed Saddiq adalah lelaki bacul dan pengecut. YB hanya berani bercakap. Beraninya YB hanya di mulut saja, tetapi pengecutnya YB bagaikan pondan di lorong gelap Chow Kit Rd.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: