(Video) NTD- BAGAIMANAKAH DUNIA TIDAK PANIK SEKIRANYA REGIM CHINA TIDAK LAPORKAN ANGKA YANG BENAR?

Portal berita NTD telah melaporkan bahawa Regim Komunis China telah menyembunyikan angka sebenar kematian akibat virus NCoV (Novel Coronavirus) .

Jumlah kematian adalah 10 kali ganda lebih besar daripada apa yang dilaporkan oleh Regim Komunis China itu.

Sekiranya apa yang dilaporkan oleh WHO-BBC pada 31 Januari, bahawa jumlah kematian ialah 170 orang, maka dengan kadar yang dilaporkan oleh NTD ia barangkali menjangkau jumlah 1700 orang.

Menurut NTD, jumlah kematian yang sebenarnya ialah tidak kurang daripada 200 mangsa setiap hari di Wuhan.

Pelbagai sumber melaporkan bahawa pusat krematorium (pusat pembakaran mayat) di bandar Hankou @ HanKow, berdekatan Wuhan, telah beroperasi 24 jam sehari kerana terlalu sibuk menerima mayat mangsa NCoV setiap hari.

Namun pusat pembakaran mayat itu kebiasaannya beroperasi untuk 30 mayat sahaja sehari.

Antara sumber yang boleh dipercayai ialah media Hong Kong yang melaporkan seorang wanita berusia, Liu Rong telah dihantar ke ruang isolasi hospital setelah 9 hari dijangkiti NVoC, tetapi kemudiannya mati setelah beberapa jam berada di bilik isolasi itu.

Mayat Liu Rong telah dihantar ke pusat krematorium Hankow untuk dibakar.

Menurut laporan tersebut 14 hingga 20 tunku pembakaran beroperasi di krematorium itu. Sebuah tunku pembakaran mayat memerlukan kira-kira 1.5 jam sehingga 3 jam bagi proses pembakaran setiap satu mayat.

Dengan itu jumlah mayat yang dibakar oleh 14 tunku -20 tunku pembakaran mayat di pusat itu berjumlah kira-kira 112 -224 mayat setiap hari.

Pada 28 Januari (3 hari lalu), beberapa media dalam talian China melaporkan “Biro Urusan Awam Wuhan Mengumumkan Bantuan Pembiayaan Pembakaran Mayat Untuk Mangsa Coronavirus.”

Bantuan tersebut adalah bagi membantu beban keluarga mangsa bagi kos pembakaran mayat.

Kos pembakaran mayat adalah CNYuan12,000 (RM 7,072) bagi satu mayat.

Seorang pengurus di sebuah pusat krematorium di Wuhan menjelaskan kepada Epochtimes, bahawa pihak Regim China mengarahkan semua pembakaran mayat yang mati akibat virus NCoV hendaklah diuruskan oleh pusat krematorium Hankow yang terletak bersebelahan dengan Wuhan.

Regim China juga menyediakan beberapa buah kenderaan untuk pengangkutan mayat ke pusat krematorium itu bagi urusan tersebut.

Epochtimes cuba menghubungi pusat krematorium Hankow beberapa kali melalui telefon, namun tidak mendapat respons.

Ketika pemberita Epochtimes memaklumkan kepada pusat krematorium lain tentang hal ‘masalah tiada respons’ itu, mereka menjelaskan bahawa kreatorium tersebut terlalu sibuk menguruskan mayat yang banyak.

Beberapa hari lalu, sebuah media dalam talian melaporkan bahawa seorang pegawai perubatan wanita di Wuhan telah menangis meminta bantuan perubatan.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu telah memaklumkan bahawa dia menghadapi masalah dengan kedatangan sejumlah besar pesakit yang dijangkiti virus itu setiap hari, tanpa mampu melayani mereka semuanya.

Pegawai perubatan wanita itu juga mengatakan bahawa jumlah mangsa yang dijangkiti adalah lebih daripada 100,000 orang.

Dalam tangisannya dia menjelaskan bahawa terdapat lebih 100 mangsa jangkitan telah dirawati pada hari itu dan majoriti daripada mereka telah mati.

Sejak Jawatankuasa Parti Komunis China mengumumkan jumlah mangsa yang dijangkiti pada 23 Januari lalu, kadar jumlah pesakit dengan pegawai perubatan adalah 1:3 dan kini ia meningkat kepada 1:3000.

Di samping itu WHO melalui Direktor Jeneralnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, telah mengisytihar status ‘Darurat Kesihatan Global’ akibat daripada merebaknya virus NVoC China ke seluruh dunia.

Kata Tedros, “Isu utama pengisytiharan ini bukanlah apa yang terjadi di China sahaja, tetapi adalah apa yang turut tertimpa di negara lain.”

WHO sendiri amat bimbang sekiranya wabak virus itu menjangkiti negara-negara miskin yang mempunyai sistem perkhidmatan kesihatan yang jauh lebih lemah berbanding negara maju seperti Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat.

WHO melaporkan terdapt 98 kes di 18 negara selain China.

Sebahagian besar kes berpunca daripada mangsa yang melakukan perjalanan dari kota Wuhan di China.

Tedros, dalam satu sidang media di Jeneva, menggambarkan serangan NVoC sebagai “wabak yang belum pernah terjadi sebelumnya” dan ia boleh berjangkit melalui sentuhan dengan mangsa.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: