
Banyak versi terungkap tentang Freemason.
Antaranya, ada yang mengaitkannya dengan satu Persatuan Pekerja yang sejarahnya bermula daripada ‘tukang batu’ (mason bermaksud ‘tukang batu’) yang menuntut kebebasan dan ada yang mengaitkannya dengan pluralisme agama, liberalisme, iluminisme dan zionisme-Yahudi.
Freemason mengangkat ‘kekebasan’ daripada tekanan autoritarian yang memperhambakan golongan pekerja.
Manakala pluralisme agama, liberalisme, iluminisme dan zionisme adalah fahaman yang berkonspirasi untuk mengindoktrinasi (memukau akal-fikiran) masyarakat dunia dan menguasai dunia dengan fahaman yang menentang Islam dan sebarang hukum-hakam agama.
Sebagai pejuang ‘tukang batu’, Freemason mangangkat simbol piramid sebagai simbol kemegahannya (mendewakan Namrud), manakala golongan iluminisme yang berteraskan ‘pencerahan’ mengangkat simbol ‘mata dewa’ (mata satu) sebagai simbol yang didewa-dewakan.
Namun dunia Islam juga tahu bahawa ‘mata satu’ adalah sifat ‘dajjal’ sebagaimana yang disebut dalam sabda Rasulullah SAW, marfumnya:
Kamu haruslah ketahui bahawa Dajjal itu adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu.” (Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Iluminisme adalah fahaman golongan Iluminati, yang merupakan salah satu daripada mazhab Yahudi. Golongan ini dikatakan telah menguasai Rumah Putih Amerika Syarikat, sehinggakan logo Iluminati telah menjadi lambang dalam wang kertas 1USD Amerika.

Apa jua latarnya dan dasar falsafahnya, DS Anwar Ibrahim telah mengesahkan dirinya sebagai tokoh politik yang mewakili dunia ‘Islam’ tetapi memegang falsafah bahawa semua Tuhan yang disembah itu sama.
Amat tidak adil untuk menuduh Anwar, tokoh yang kononnya akan menjadi Perdana Menteri, sebagai berfahaman pluralisme agama dan juga tokoh freemason yang menyokong pemurtadan umat Islam.
Namun ucapan Anwar, pengakuannya serta kecenderungannya kepada falsafah pluralisme yang dikaitkan dengan John Hick yang terkenal sebagai ‘bapa pluralisme agama’ menjadi bukti bahawa Anwar Ibrahim adalah pejuang pluralisme agama dan liberalisme sosial.

Ucapan Anwar dan kertas kerjanya yang dibentangkan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme dalam Dunia yang Berpecah-Belah) telah membuktikan bahawa dia adalah penyokong dan penganut ‘pluralisme agama’ yang mendukung fahaman bahawa semua agama sama, semua tuhan yang disembah adalah sama, lantas pemurtadan adalah sesuatu yang halal.

Bagi sarjana pemikiran Islam, seperti Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, pandangan Anwar sedemikian adalah bercanggah dengan akidah Islam.
Menurut Dr El-Muhammady, intipati ucapan Anwar di LSE menunjukkan bahawa dia adalah penyokong pluralisme agama dan menggerakkan penyebaran luas fahaman itu yang salah di sisi Islam kerana mengusung idea yang ingin menyamaratakan semua agama.
Anwar menyokong John Hick yang percaya bahawa agama-agama lain membawa jalan yang sama benar sebagaimana Islam dan Kristianiti mahupun Yahudi.
Dengan itu bagi Anwar, semua agama adalah sama benar.
Fahaman sedemikian juga mempertahankan bahawa, golongan agama yang menganggap hanya satu ajaran sahaja yang benar, adalah pandangan yang silap, salah dan tertutup.
Dengan itu Anwar percaya semua agama adalah benar. Maka ‘pluralisme agama’ adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan yang berlaku di dunia hari ini.
Pandangan Anwar ini adalah salah kerana bagi El-Muhammady sekiranya diterima falsafah pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.
Maka tidak hairanlah sekiranya Anwar menyokong tindakan murtad Lina Joy suatu ketika dahulu.
Pandangan Anwar itu terungkap dalam wawancara dengan BBC suatu ketika dahulu.

Sekiranya Anwar menyokong perbuatan murtad, maka dengan jelasnya Anwar telah menafikan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 217.

Dengan itu, terdapat asas kukuh yang mendakwa bahawa Anwar adalah penganut liberalisme dan pluralisme agama yang menolak nas Al-Quran dan sunah Rasul SAW. Lantas menjadikan rasionalisme sebagai sandaran akal yang amat terhad lingkungan capaiannya.
Islam tidak menolak kemampuan akal namun akal yang terhad sifatnya tidak dapat mengangkat rasional keesahan dan akidah agama.
Dengan itu juga, gerakan dan fahaman liberalisme bukan sahaja berlegar dalam kandang sosial tetapi ia menjangkau kepada liberalisme agama yang mendukung matlamat dan gerakan untuk menarik umat Islam keluar daripada agama mereka.
Inilah sebahagian daripada matlamat iluminisme-zionisme-Yahudi yang bersembunyi dan bergabung dengan Freemason.
Semasa PH berkuasa aliran fahaman Anwar nampaknya seperti menyerap masuk dalam pemikiran pemimpin-pemimpin mereka dan kini wujud kumpulan G25, SIS, Syiah dan pelbagai lagi yang menuntut kebebasan pemurtadan, kebebasan seks luar tabie, kebebasan LGBT, kebebasan minum arak dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.

Anwar juga telah diangkat menjadi salah seorang pegawai tinggi Freemason sebagaimana tercatat dalam laman sesawang kumpulan itu yang berpangkalan di Kanada.

Malahan terdapat dakwaan bahawa Anwar adalah pemimpin utama Freemason di Asia Tenggara.
Adakah dengan itu ia mewajarkan logo PKR yang mengangkat ‘mata satu’ sepertimana Freemason mendewa-dewakan ‘mata satu’ sebagai simbol kebanggaan mereka?

Tiada langsung sensitiviti Anwar terhadap lambang ‘mata satu’ PKR yang diterjemahkan oleh musuh politiknya sebagai ‘mata dajjal’.
Lantas, apa yang difikirkan oleh pihak yang melihat keterlibatan Anwar dalam Freemason-Iluminati-Zionisme-Yahudi adalah kukuh.
Lambang PKR yang selari dengan lambang Freemason-Ilunimati-Zionisme-Yahudi adalah satu komitmen Anwar untuk menyatakan kepada pemimpin Yahudi bahawa dia bertekad untuk bersama-sama mereka memperjuangkan pluralisme agama dan liberalisme sosial.
Tidak hairanlah juga dengan tabiat seksualnya sehingga dia dipenjara kerana disabitkan dengan kes sodomi, dan terbaru, terdedah pula kes pencabulan ke atas pembantu penyelidiknya Yusof Rawther.
Kebenaran itu mutlak, dan ia boleh terbongkar daripada pelbagai sudut.
Maka, relakah umat Islam di Malaysia menerima Anwar sebagai Perdana Menteri mereka?
*****
Pluralis : Libralis Agama (رب : وجود : صمد : احد – الدين) : pokok ketuhanan-1 @ tauhid-1 @ tauhid Rububiyyah diancam Murtad…
Pluralis : Libralis I’ttiqad (لا : اله : لله – الإسلام) : pokok ketuhanan-2 @ tauhid-1 @ I’ttiqad luhiyyah diamcam Syirik.
LikeLike
Salah & pembetulan – Pluralis : Libralis I’ttiqad (لا : اله : لله – الإسلام) : pokok ketuhanan-2 @ tauhid-2 @ I’ttiqad luhiyyah diancam Syirik.
LikeLike