(Video) ADAKAH KERAJAAN MAHATHIR MAHU BUNUH RAKYAT DENGAN VIRUS CHINA?

Viruscorona yang juga dikenali sebagai pneumonia Wuhan sedang merebak pantas, namun pihak negara China tidak mahu memaklumkan sepenuhnya kepada dunia hakikat yang sebenarnya.

Saintis seperti Dr Josie Goldings, daripada Epidemics Lead, mengakui bahawa viruscorona terlalu baru dalam dunia kesihatan dan percaya bahawa ia akan merebak secara drastik dalam masa beberapa minggu ini.

Mengapakah Wuhan yang terletak di tengah-tengah negara China kelam kabut membina hospital dengan 1000 katil pesakit untuk menempatkan mangsa viruscorona itu?

Mengapakah dalam keadaan yang tergesa-gesa dan panik, China terburu-buru menghantar 450 doktor tentera, dan pegawai kesihatan ke Wuhan?

Malahan Youtube telah menyiarkan video yang mendedahkan 90,000 telah dijangkiti di Wuhan dan sedang menunggu saat kematian akibat serangan viruscorona itu.

Tidak dihebohkan 90,000 rakyat China di Wuhan telah dijangkiti, dan sedang menunggu saat kematian

Daripada sumber video terkini yang dimuat naik daripada YouTube, mangsa viruscorona di Wuhan mati ditepi-tepi jalan dalam sekelip mata bagaikan ditembak hidup-hidup. Adakah kerajaan regim Mahathir mahu melihat tragedi yang sama menimpa rakyat Malaysia?

Adakah regim PH mahu melihat tragedi yang sama berlaku di Malaysia, sebelum bertindak menyekat kemasukan rakyat China?

Di Malaysia, Perdana Menteri yang pernah dilabelkan sebagai tua nyanyuk, masih berani mengatakan bahawa viruscorona belum bertahap serius dan dengan itu pihak kerajaan belum merancang untuk melarang kemasukan pelancong China dan juga pelancong dari Wuhan China.

Adakah Tun Mahathir mahu melihat rakyat Malaysia mati akibat virus tersebut sebelum mengambil tindakan menyekat kemasukan pelancong China ke Malaysia yang dianggarkan berjumlah ribuan sehari?

Atau adakah Mahathir mahu membiarkan Malaysia menjadi destinasi pelarian viruscorona tersebut dan merelakan rakyat menghadapi risiko kematian?

Anehnya Presiden China sendiri, Xi Jinping telah mengisytiharkan bahawa China sedang berdepan dengan serangan wabak yang serius di tahap yang amat bahaya susulan peningkatan kematian akibat viruscorona itu.

Rekod terkini daripada kerajaan China mencatatkan bahawa 1400 telah dijangkiti viruscorona yang amat cepat merebak dan belum ada antidot untuk melawannya. Semua mangsa adalah berasal dari Wuhan China dan daerah yang telah dijangkiti.

Kerajaan China dan Hong Kong telah mengisytiharkan darurat sebagai reaksi kepada penyebaran wabak virus tersebut.

Malaysia mengesahkan empat kes pertama semalam, Australia juga empat, dan Perancis menyaksikan kes pertama di Eropah pada Jumaat lalu.

Mengapakah Malaysia masih berlembut dengan kemasukan pelawat dari China sedangkan negara China sendiri telah mengisytiharkan perintah berkurung di Wuhan? Rakyat di kota Wuhan itu telah disekat, manakala orang luar telah dilarang keras untuk memasukinya.

Menteri Kesihatan DS Dr. Dzulkefly Ahmad telah memaklumkan bahawa pihaknya baru berhasrat mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung langkah megawal kemasukan pelancong asing khususnya dari China.

Syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Air dan AirAsia telah membekukan semua penerbangan ke Wuhan serta penerbangan daripada kota tersebut susulan wabak ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak viruscorona tersebut.

Namun, amat tidak bijak (bodoh) apabila Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi masih membuka pintu masuk kepada pelancong China, tanpa menghiraukan hakikat bahayanya viruscorona itu, sebagaimana yang diisytiharkan oleh Presiden China Xi Jinping sendiri. Alasan yang diberikan ialah ‘tidak mahu mendiskriminasi pelancong China.

Adakah menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia, diterjemahkan sebagai diskriminasi kepada pelancong China?

Memang bebal dan bodoh Menteri Pelancongan Malaysia ini, sama bodohnya dengan Perdana Menteri sedangkan kerajaan China telah menutup pintu masuk dan keluar ke Wuhan.

Langkah kerajaan Malaysia, ibarat melarang kambing-kambing ternakannya daripada memasuki kawasan harimau, tetapi membiarkan harimau lapar wewenangnya memasuki kandang kambingnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: