SAN MIGUEL MILIK MAHATHIR MERANCANG SECARA HALUS UNTUK MEMBELI PETRONAS CARIGALI

Posted byDr Mamat DesaPosted inEKONOMILabel:Jual aset negaraMahathirnepotismePetronas Cari GaliSan MiguelEditSAN MIGUEL MILIK MAHATHIR MERANCANG SECARA HALUS UNTUK MEMBELI PETRONAS CARIGALI

Dua hari lalu, kami telah menerima kiriman artikel daripada seorang rakan.

Agak menarik kerana fakta dalam artikel itu disertai dengan rujukan media yang mendedahkan agenda tersembunyi nepotisme rejim Mahathir yang mahu memiliki Petronas Carigali atau diterjemahkan oleh the Edge sebagai the ‘Golden Goose’ atau Angsa Emas (bermaksud Sesuatu yang Amat Berharga).

Ia bukanlah berita yang mengejutkan kerana MalaysiaToday telahpun mendedahkannya pada 18 Jun 2018.

Walau bagaimanapun, kami rasa amat relevan bagi khalayak dan rakyat Malaysia tahu tentang perkara ini, yang menjadi asas kepada momok-momok hutang negara dan sikap rakus regim PH menjual aset negara.

Wacana artikel tersebut adalah seperti berikut:

Altantuya, Cukai LHDN Najib, Laporan Audit, GST, SRC, 1MDB, Tuduhan AMLA dan sebagainya semuanya hanyalah sandiwara PM ke7.

It’s just a gimmick! A Game Plan – Suatu perancangan halus Mahathir untuk memiliki Petronas Carigali. Matlamat menghalalkan cara.

Itu yang dihidangkan oleh regimPH kepada rakyat tiap-tiap hari.

Tapi apa yang rakyat tidak sedar ialah, sebenarnya, kita semakin menghampiri the End Game.

Rancangan disebalik tabir Pengerusi Regim PH tak pernah berhenti.

Hakikat ini telah dilaporkan oleh The Edge.

Bukan DS Najib yang tuduh bukan juga Shahril Samad atau Ahmad Maslan, tetapi ia dilaporkan oleh The Edge.

26 Disember 2019: “Special Report: Working The Golden Goose”

PM ke-7 telah memberitahu pelabur asing di New York dan telah disahkan oleh CEO PETRONAS bahawa bahagian yang paling penting dan bernilai bagi kerajaan Malaysia dalam Petronas akan dijual melalui proses IPO.

Inilah bahagian paling penting dalam PETRONAS yang memiliki rizab minyak milik Malaysia iaitu PETRONAS CARIGALI.

Dahulu mereka PH berpura-pura mengkritik kerajaan BN kerana menyenaraikan FGV bagi menonjolkan masalah pokok sawit yang terlalu tua dalam pengurusan FELDA.

Kini kerajaan PH hendak senaraikan PETRONAS pula. Wah! Rakyat tidak nampak tapi economists (pakar ekonomi) dan political scientists (saintis politik) nampak!

Nilai sebenar Petronas Carigali ialah RM900 bilion dan inilah yang dijenamakan oleh The Edge sebagai ‘the Goldedn Goose’ (Angsa Emas).

Sekiranyadijual 10% sahaja daripada Petronas Carigali pun, negara akan memperoleh RM90 bilion. Daim Zainuddin tentu sudah lama nampak Angsa Emas ini.

Sekiranya dijual 30% kepada pelabur asing maka orang asing akan memiliki 30% rizab minyak Malaysia di seluruh dunia termasuk di Kepulauan Spratly di luarlaut China Selatan.

Pelabur-pelabur asing seperti San Miguel (milik anak PM ke7) sudah lama menunggu peluang keemasan ini.

Sebagaimana laporan Nikkei pada 14 Jun 2018:  “Philippines’ San Miguel eyes Malaysia’s state assets sale

Sekiranya dijualkesemuanya, segala hutang langsung negara termasuk apa yang dimomokkan sebagai berjumlah RM1 trilion daripada kerajaan BN, boleh dilangsaikan.

Atas alasan itu, Petronas telah menjual sebahagian daripada saham milik mereka dalam Petronas Gas, MISC Bhd dan Petronas Dagangan dengan harga RM6 bilion dua minggu yang lalu.

Pada 9 Disember 2019, media Malaysia telah melaporkan bahawaPETRONAS raih RM6 bilion jual pegangan anak syarikat”.

Atas alasan itu jugalah PM ke-7 beria-ria mempelawa Sabah dan Sarawak untuk membeli saham PETRONAS.

Pada 18 Dis 2019, pula lagi sekali BH melaporkan bahawa “Kepentingan dalam Petronas: Peluang Sarawak, Sabah miliki saham kelas dunia”

Alasan bagi agenda ini sudahpun disediakan oleh The Edge milik YTL Pro-DAP iaitu “Untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion.

Fakta bahawa hutang sebenar 1MDB ialah RM32 bilion dan angka RM50 bilion itu termasuk kos faedah sehingga tahun 2039, juga termasuk hutang serta faedah RM9 bilion yang sudahpun dibayar oleh 1MDB pada akhir tahun 2017 lagi. Namun itu tidak penting.

Fakta bahawa aset-aset 1MDB seperti Bandar Malaysia yang baru dijual PH dan akan menjana keuntungan yang bukan sahaja mampu membayar balik seluruh hutang 1MDB malah akan menjana lebih berpuluh bilion lagi itu juga tidak penting.

Nama dan jasa DS Najib dibuang ke laut begitu sahaja dan anak PM-2 itu hendak dikenakan hukuman bunuh melalui perakuan SD Azilah Hadri (Rujuk SD Palsu Azilah).

Sekiranya negaraberharap PH akan wujudkan projek atau pelaburan untuk menjana keuntungan untuk negara, mereka tidak akan mampu.

Dengan itu, jalan paling mudah ialah dengan menjual aset negara sahaja. Inilah pilihan terbaik PH. Namun apakah yang rakyat dapat dan apakah yang Mahathir dan anak dia dapat?

Dulu, penjualan PETRONAS kepada PETRON-San Miguel belum selesai, dan selepas kes menjual Carigali ini, penjualan akan selesai. Adakah Mukhriz akan jadi PM ke8?

Itulah ‘End Game’ yang sebenar dalam agenda PM ke7.

Secara kasar agenda halus Mahathir yang cuba didedahkan oleh penulis tersebut adalah sebagaimana dipaparkan oleh rajah aliran ini:

Sekiranya apa yang didakwa itu benar sebagai agenda tersembunyi Mahathir, maka benarlah gambaran George Soros bahawa Mahathir adalah ‘corrupt moron’ manakala Barry Wain, penulis ‘The Malaysian Marveric’ mendedahkan penyelewengan Mahathir dalam skandal Perwaja Steel yang melesapkan RM10 bilion, manakala MalaysiaToday melabelkan Mahathir sebagai ‘The Godfather of Corruption.’

Wallahu Alam Bisowab.

*****

NUMBER of total readers as recorded since Oct 2018 = 374,794

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: