MAHATHIR SUDAH TIADA HARGA BAGI DAP KERANA BEBAL DAN ANGKUH

Editorial

5 Jan 2020

Mahathir tidak lagi dihargai dalam kalangan kepimpinan tertinggi PH, terutamanya DAP. Sudah ada suara-suara dalam DAP yang suka sekiranya Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM.

Tindakan ala-Gestapo semasa Mahathir berkuasa sebagai PM ke-4 dahulu, tidak lagi terpakai dalam ‘Malaysia Baru’ yang lebih komited dalam hal kebebasan bersuara.

Namun apa yang dilihat mutakhir ini ialah kritikan dan serangan terbuka terhadap Mahathir daripada konco-konconya dalam PH, sehinggakan Mahathir kelihatan seperti bersendirian.

Barangkali kemelut dalam PH ini meletus sejak Kongres Maruah Melayu (KMM) pada 6 Okt tahun lalu.

Tapi KMM hanyalah lolongan sahaja kerana dalam ucapan ‘Amanat Mahathir’ dia tetap mengutuk dan menghina kaum Melayu seperti Melayu itu bangsa tidak bermaruah.

Tambah pula rakyat tahu bahawa Mahathir sentiasa sedaya mungkin mencari jalan untuk menyerang DS Najib yang lebih popular kerana lebih prihatin terhadap rakyat kelas bawahan yang miskin sedangkan Mahathir lebih suka mengangkat kroninya dalam gelombang pembangunan.

Sedangkan kata sasterawan agung Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, “Kami orang miskin. Di mata orang kaya kemiskinan itu kesalahan, lupa mereka lauk yang dimakannya adalah hasil kerja kami.”

Sepatutnya Mahathir mengangkat hak Melayu dalam konteks ‘kontrak sosial’ yang diikat antara kaum ‘pendatang’ dan kaum ‘peribumi’ kerana seperti yang diperakui oleh mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan, tidak ada mana-mana negara Asia yang mahu menerima pendatang Cina dan India.

Sebagaimana di Indonesia, kaum pendatang yang mahu bermastautin di negara itu, dipaksa berbudaya dan berbahasa Indonesia, jika tidak mereka akan dihalau keluar dan jika menentang, maka mereka akan dibunuh.

Pemimpin DAP amat marah terhadap kehadiran Mahathir ke KMM yang mereka lihat sebagai perhimpunan ‘rasis’.

ADUN DAP Kota Alam Shah, Ganabatirau melihat KMM sebagai manifestasi kaum yang tidak bertamadun.

Kemudian negara dikejutkan apabila Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim melabelkan KMM sebagai ‘Kongres Barua Melayu’.

PAN atau parti Amanah pula, sebagai anak luar nikah DAP, lebih suka mendiamkan diri sekiranya Mahathir diserang oleh DAP.

Dari situ Mahathir sudah kelihatan terpulau daripada parti komponen dalam PH dan dia bersendirian seperti ‘harimau kertas’ yang dilukiskan oleh DAP, malah kini diperhina oleh pemimpin luar.

Kredibiliti Mahathir bertambah parah apabila calon Bersatu kalah di PRK Tanjung Piai yang diterjemahkan sebagai referendum rakyat terhadap PH, setelah PH kalah di 3 PRK sebelumnya.

Malahan Mahathir telah memalukan Bersatu, apabila merayu pengundi menghadiri ceramah kempennya yang tiada sambutan.

Kelemahan Mahathir juga dilihat ibarat ‘zero-one game’ kepada PKR. Dengan kata-kata lain, lemahnya Mahathir bermakna kuatnya Anwar.

Malangnya PKR juga goyah sebagaimana terdedah semasa Kongres AMK hujung tahun lalu apabila meletus pergaduhan sesama ahli.

Kerosakan PKR menjadi lebih parah apabila dalam ucapan Presiden, Anwar telah menyindir DS Azmin Ali sebagai Kitul yang belot dalam sejarah Melaka.

Terkini, calon Warisan di PRK Kimanis, juga telah kalah kepada calon UMNO-BN.

Lagi sekali DAP dengan pantas menuding jari ke arah Mahathir sebagai faktor utama kekalahan calon Warisan-PH sebagaimana dakwaan AP Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh.

Mahathir juga memperakui PH hanyalah kerajaan sepenggal, setelah sokongan rakyat terhakis sebagaimana yang dilihat dalam kekalahan PH pada lima PRK yang terakhir. Pasti DAP suka jika Mahathir meletakkan jawatan daripada menambahkan kelemahan PH.

Lantas, Mahathir mencabar parti komponen PH, bahawa sekiranya mereka mahu dia meletakkan jawatan PM, saat ini juga dia akan meletakkan jawatan.

Di tengah-tengah cabaran itu, Mahathir sengaja mendedahkan perjumpaannya dengan Presiden PAS dalam satu majlis tertutup.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng terus melatah dan meminta semua komponen PH, termasuk Majlis Presiden supaya akur dengan kehendak Mahathir yang akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar selepas APEC hujung tahun ini.

Pastinya Guan Eng dan konco-konconya dalam DAP takut sekiranya Mahathir bertukar kapal dengan menubuhkan gabungan baru bersama UMNO dan PAS.

Apa yang lebih menakutkan DAP ialah sekiranya Mahathir dan dengan perkenan YDP Agong, membubarkan parlimen.

Cuma satu sahaja, dalam konteks UMNO, Mahathir tidak boleh bekerjasama dengan DS Najib kerana baginya Najib adalah pesalah kerana mencuri, sedangkan mahkamah belum membuat keputusan. Mungkin DS Najib tahu banyak kemungkaran Mahathir terutamanya dalam jenayah kronisme dan nepotisme.

Nampak sangat hipokritnya Mahathir kerana pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mat Sabu semuanya adalah pesalah yang pernah disumbatnya ke penjara. Anwar juga telah dipenjara kerana rasuah dan sodomi.

Malah kalau Mahathir mahu menuduh Najib bersalah kerana mencuri, maka rakyat beribu kali melihat Mahathir sebagai bapa ‘perompak’ negara yang lewah nepotisme, dan kronisme sebagaimana yang didakwa oleh kawan baiknya yang juga manipulator mata wang asing, George Soros . Lebih daripada itu, Soros menggelar Mahathir sebagai ‘kaki rasuah yang moron‘.

Kata Soros, “Tiga anak lelaki kamu bernilai USD$8 bilion. Di manakah mereka memperoleh wang itu? Sudah tentu, rasuah. Kamu lebih bodoh daripada apa yang kebanyakan orang percaya. Berjuta-juta digunakan untuk membina dua menara tinggi Petronas yang tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat. Ia sekarang berdiri megah, simbol kebodohan dan tidak bertanggungjawab. Dan kini (kamu hendak membina) jambatan dari Melaka ke Sumatra merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapat komisyen 20%.”

*****

As recorded on 24 Jan, total number of readers is 374,794

Advertisement

One thought on “MAHATHIR SUDAH TIADA HARGA BAGI DAP KERANA BEBAL DAN ANGKUH

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: