(Video) SEPENGGAL ATAU SEPARUH PENGGAL – RAKYAT TIDAK BAHAGIA DENGAN PH

Semalam 20 Jan 2020, Tun Mahathir telah meluahkan pandangannya kepada Reuters bahawa ‘PH boleh menjadi kerajaan sepenggal.’

Pada dasarnya perkara pokok yang menjadi ukuran Mahathir ialah kekalahan PH di rangkaian lima PRK; Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis.

Nampaknya Mahathir lupa bahawa faktor kekalahan PH pada lima PRK itu bukanlah isu asas yang mendesak rakyat menolak PH.

Sebaliknya faktor yang menjadi tunjang utama kepada kebencian rakyat ialah soal pentadbiran negara yang genjot, pengurusan ekonomi negara yang mengundur ke belakang, kemelut moral pemimpin PH, isu keselamatan negara yang terabai, dan isu pergelutan kuasa baik dalam kelambu parti, mahupun sesama parti komponen.

Gabungan UMNO-BN-PAS bukanlah blok pembangkang yang kuat sangat menyerang PH  sehingga kalah dalam rangkaian lima PRK. Bagaimanakah UMNO-BN dapat berdiri teguh apabila semua akaun utama dana mereka telah dibekukan?

Hakikatnya yang ternampak ialah PH sendirilah yang lemah, masih berkelakuan sebagai pembangkang, lebih suka mencanangkan keburukan pihak lain, sedangkan diri sendiri tempang dan tepok dengan barisan menteri yang ‘bodoh’.

Walau bagaimanapun apabila bercakap dengan wartawan tempatan, sebagaimana biasa, Mahathir akan mengubah nada dan mencanangkan pula ‘PH tidak akan menjadi kerajaan sepenggal.’

Tidak hairanlah sekiranya ada yang mengatakan Mahathir ialah pemimpin yang bijak membuat ‘pusingan-U’ atau, sebagaimana kata mantan PM DS Najib Razak, Mahathir layak digelar U-Turn Mahathir.

Malahan bagi pihak lain, Mahathir adalah pemimpin ‘nyanyuk’ dan pernah ahli parlimen India melabelkan Mahathir sebagai pemimpin yang mengalami masalah ‘brain malfunction’, manakala George Soros kawan baiknya yang juga merupakan ‘kaki judi mata-wang asing’ mengklasifikasikan Mahathir sebagai ‘moron’.

Namun rakyat faham bahawa Mahathir telah bercakap benar dengan Reuters berdasarkan apa yang tersirat dalam pemikiran warasnya bahawa ‘PH hanyalah kerajaan sepenggal,’ suatu manifestasi yang sebenarnya memperakui bahawa kerajaan BN yang telah menerajui negara selama lebih 60 tahun, adalah jauh lebih baik daripada PH, ibarat langit dan bumi.

Tetapi apabila berhadapan dengan rakan-rakan parti komponennya, Mahathir terpaksa menyembunyikan pendirian lubuk hatinya dan mengatakan bahawa ‘PH tidak akan menjadi kerajaan sepenggal.’

Tanpa sedar pula Mahathir telah berkata masalah utama yang dihadapi kerajaan PH ketika ini ialah membersihkan pelbagai ‘kekotoran’ dan ‘kita kena bersihkan pentadbiran’. 

Sudah pasti kekotoran yang dimaksudkan Mahathir ialah kekotoran yang ditinggalkan kerajaan BN.

Tetapi yang terlihat pada mata rakyat ialah kekotoran moral kepimpinan PH dalam kes rogol amah, kes semburit, kes LTTE, kes komik komunisme, kes menyeludup abu mayat Chin Peng, kes perhimpunan bekas gerila komunis, isu Peguam Negara yang bias, kes fitnah hutang negara RM1 trilion, kes menjual RM300 bilion aset negara wewenangnya, kes mengugurkan Menteri Pendidikan, kes samseng dalam parti, kes menteri ‘bodoh’, kes sijil palsu pemimpin PH, kes kemasukan puluhan ribu rakyat China yang tidak dapat dikesan, kes PSS yang membiakkan pendatang asing di Sabah, isu Dong Jiao Zong dan banyak lagi yang penat untuk disenaraikan.

Cukuplah Mahathir sekiranya tuan mahu menjadikan isu hutang kerajaan BN dahulu sebagai alasan tempang yang menjadikan PH lemah.

Rakyat lihat pada 2017 Malaysia adalah negara kedua terbaik dari aspek ekonomi di rantau ini mengalahkan Singapura, sebagaimana diperakui oleh badan penarafan ekonomi dunia seperti Moody’s, Standard & Poor. 

Fitch Group Ratings pula menarafkan kredit Malaysia pada skor A bagi tahun penilaian 2017.

Nilai Ringgit Malaysia berbanding US Dolar ketika itu adalah USD3, antara yang terbaik dalam sejarah. Namun hari ini nilai Ringgit jauh lebih rendah dengan kadar USD4.13. Bath Thai jauh lebih tinggi daripada Ringgit!

Berdasarkan kadar bertarikh 7 Jan 2020

Nikkei Jepun pula memberi gambaran bahawa Malaysia sedang menghadapi kemelut ekonomi yang amat lembab yang menghambat keluar Foreign Direct Investors (FDI) dari Malaysia. 

Kesannya, Bursa Malaysia jatuh merudum dan ditarafkan oleh Bloomberg sebagai ‘terburuk di dunia’.

Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Negara dan Datuk Kadir Jasin, yang merupakan penasihat Mahathir, pernah membangkitkan isu kebodohan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang telah menghambat keluar pelabur asing dengan kenyataan-kenyataan yang tidak mesra pelabur.

Semenjak PH berkuasa pada Mei 2018 (satu setengah tahun) sejumlah RM300 bilion aset negara telah mereka jual.

Sekiranya penjualan aset negara adalah bertujuan membayar balik hutang negara, mengapakah hutang negara terus meningkat daripada RM686 bilion ketika BN berkuasa, kepada hampir RM1 trilion setelah satu tahun setengah PH menjadi kerajaan.

Hakikatnya perancangan ekonomi PH tiada hala tuju, sebaliknya hanya melihat aset negara sebagai bahan lelong untuk menampung defisit negara.

Bertambah malang lagi, rakyat Malaysia kini berada dalam kemurungan, tidak bahagia dan sedih berada dalam pemerintahan PH.

Kaji-selidik intensif PBB mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak bahagia pada tahap yang membanggakan sebagaimana ketika negara diperintah oleh BN dahulu.

Kedudukan Malaysia pada ‘Indeks Kebahagian Dunia’ 2019, telah jatuh ke tangga 80 berbanding kedudukan negara di tangga 35 semasa BN berkuasa.

Lucunya pengakuan Mahathir bahawa ‘PH boleh menjadi kerajaan sepenggal,’ adalah kenyataan ulangan Lim Kit Siang, pemimpin d’facto DAP pada November tahun lalu.

Malahan Kit Siang optimis bahawa PH akan mengalami kekalahan teruk pada PRU15 nanti.

Janganlah hairan sekiranya rakyat menolak kerajaan PH, baik untuk sepenggal mahupun separuh penggal.

Rakyat lebih suka sekiranya parlimen dibubarkan daripada menyerahkan negara ini kepada bekas banduan kes sodomi.

Rakyat sebenar-benarnya tidak bahagia berada di bawah pemerintahan PH sebagaimana dapatan kajian PBB, biarpun kering air liur basi Mahathir yang mengulangi bahawa DS Najib adalah ‘perompak’.

*****

Total Viewers as on 21 Jan = 365,581

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: