(Video) ADAKAH MUSIBAH SUMPAH LAKNAT DS NAJIB SEDANG MELANDA PH?

Sumpah laknat sememangnya tidak terkesan dalam konteks ‘proceeding’ mahkamah.

Sebaliknya ia signifikan kepada persepsi umat Islam, kerana sumpah yang bersandarkan kepada nama Allah, membuktikan pengakuan yang tulen daripada hamba-Nya untuk menafikan fitnah, apatah lagi apabila sumpah tersebut dilakukan dengan bersaksikan  al-Quran Nur Karim.

Seorang ahli politik DAP pernah mendabik dada mencanangkan bahawa ‘langkah mayat kami dahulu jika mahu wujudkan negara Islam’, sedangkan dalam al-Quran Nur Karim, Allah telah berfirman  “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam” (Ali Imran:19)

Tidak berapa lama kemudian pada tahun 2005 dia kemalangan dan lumpuh bahagian kaki, dan pada 17 April 2014, dia mati dalam satu kemalangan ngeri di Perak.

Pada 2 Mei 2013, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mangsa liwat DS Anwar Ibrahim telah melafazkan sumpah laknat di hadapan Masjidil Haram.

Lafaz sumpah laknat tersebut adalah kali kedua setelah dia bersumpah laknat di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan untuk memperakui bahawa dia sebenar-benarnya telah diliwat.

Pihak tertuduh dalam kes liwat Saiful itu, tidak pula berani untuk melakukan sumpah laknat bagi menidakkan tuduhan ke atasnya.

Dua tahun kemudiannya, pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhi hukuman penjara ke atas DS Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah dalam kes liwat tersebut.

Seorang pembaca telah mengirim kepada pihak kami sebuah video berdurasi 1 minit 22 saat yang dirakam di India dalam bahasa Tamil.

Video tersebut dikirimkan bersama naratif pendek seperti berikut:

Seorang Timbalan Menteri di India telah memfitnah Rasulullah SAW dalam satu ucapannya di khalayak ramai.

Dia mendakwa bahawa dia telah bermimpi bertemu Nabi Muhammad (SAW), dan nabi Muhammad (SAW) telah menyuruh dia membunuh semua orang Islam di Pakistan.

Dia memperakui, sekiranya dia berbohong, biarlah pentas tempat dia berucap itu runtuh.

Dengan kehendak Allah, ketika itu juga lantai itu runtuh dan dia dilaporkan terbunuh dalam kejadian runtuhan pentas itu.

Kami tidak memahami video tersebut untuk mengesahkan sama ada benar ucapan ‘menteri’ berkenaan, lantas kami meminta jasa baik seorang sahabat berbangsa India yang juga merupakan seorang jurutera untuk mentafsirkan naratif dalam video berkenaan.

“Dia cakap Nabi Muhammad SAW, beritahu kepada kaum-kaum ini untuk ‘go against the Pakistan people or kill the Pakistan people’. If what I am telling is not true, then lets the stage collapse.”

Hari ini, dalam konteks sumpah laknat DS Najib Abdul Razak, rakyat dapat melihat beberapa perkara yang menjadi musibah kepada kerajaan PH.

DS Najib telah melafazkan sumpah laknat di Masjid kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 20 Disember lalu,  untuk menafikan tuduhan bahawa dia mengarahkan pegawai Unit UTK, Azilah Hadri yang kini berada dalam penjara, supaya membunuh Altantunya.

Pastinya tidak ada yang mahu mengaitkan kekalahan Warisan di PRK Kimanis dengan sumpah laknat DS Najib, namun netizen dapat melihat bagaimana rakyat Kimanis menyambut meriah DS Najib ketika beliau berkunjung ke sana, mahupun ketika beliau berkempen.

Hal ini diperakui oleh Tun Mahathir, apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia berasa pelik “ada rakyat terpengaruh, cium tangan pencuri.”

Mahathir mungkin lupa, apabila George Soros menjenamakan dirinya sebagai ‘corrupt moron’, seorang Ahli Parlimen India menghina Mahathir sebagai pemimpin yang mengalami ‘brain mulfunction’, bekas Timbalan Gavernor Bank Negara, Tan Sri Lim See Yan mengklasifikasikan Mahathir sebagai ‘con man’ atau ‘penipu’, penulis ‘Malaysian Marverick’ Barry Wain, mendedahkan ‘rompakan’ Mahathir ke atas Bank Negara bernilai RM100 bilion, manakala The Third Force menterjemahkan Mahathir sebagai ‘The God Father of Corruption’.

Namun di sebalik semua dakwaan negatif itu, media sering menyiarkan gambar rakyat yang masih mencium tangan Mahathir. Lantas tidaklah pelik jika ada rakyat yang mahu mencium tangan DS Najib.

Kenyataan Mahathir yang rasa pelik terhadap DS Najib, selari dengan reaksi calon Kimanis, Karim Bujang yang hairan mengapakah DS Najib Razak masih mendapat sambutan daripada rakyat Kimanis.

Kata Karim, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, “Saya hairan, seorang yang ada kes di mahkamah, boleh datang ke sini dan berlagak seperti bos dan orang masih mengundi (untuk BN). Bagi saya itu ironi, bukan? Apa jenis mengarut ini?”

Isu yang cuba dibangkitkan di sini ialah natijah kepada sumpah laknat DS Najib pada 20 Disember lalu.

Adakah sumpah laknat DS Najib sudah mula membisa secara halus dan perlahan-lahan membakar PH sebagaimana api yang membahang dalam sekam.

Satu-persatu pekung PH terbongkar, antaranya:

  • Adun Dengkil ditangkap kerana parti dadah di sebuah kondominium, dan seorang Menteri Kabinet berjaya meloloskan diri sebelum polis menyerbu kondominium tersebut
  • Warisan kalah di PRK Kimanis, walaupun Warisan adalah parti yang menguasai kerajaan Sabah
  • Terdedah sikap samseng Sultan Sulu yang menjadi rakan sekongkol Shafiee Apdal di KKIA
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM dihentam kerana tindakan mendedahkan audio rakaman telefon lantas mencabar integriti SPRM
  • Mahathir membuat pengakuan bahawa PH hanyalah kerajaan sepenggal, selari dengan kenyataan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang, setelah Warisan kalah di PRK Kimanis.
  • Menteri India mengelak daripada bertemu wakil Malaysia untuk membincangkan isu boikot minyak sawit Malaysia

Sebagai manusia yang hina, kami tidak tahu apakah hakikat yang sebenarnya. Namun sekiranya seseorang itu membuat perakuan palsu dalam sumpah laknatnya, musibah juga akan menimpa dirinya sendiri secara tunai.

Wallahu alam bisowab.

*******

Advertisement

One thought on “(Video) ADAKAH MUSIBAH SUMPAH LAKNAT DS NAJIB SEDANG MELANDA PH?

Add yours

  1. Sumpah ni bukan perkara yang boleh senda gurau dalam islam, firman Allah dalam Quran;-
    Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.

    (A-li’Imraan 3:61)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: