(Video) GELOMBANG BIRU SUDAH MELANDA KAKI GUNUNG KINABALU

Kemenangan BN di Kimanis sudah dijangkakan, meskipun sebelumnya beberapa ramalan memihak kepada calon Warisan.

Dengan majoriti 2,029, Datuk Mohamad Alamin dari UMNO boleh dikatakan telah menang selesa mengalahkan Datuk Karim Bujang dari Warisan.

Keputusan Rasmi PRK Kimanis

Dengan kemenangan berulang yang memihak kepada BN, terbangkit tanggapan bahawa, PRK Kimanis 2020 adalah satu kelemahan SPR yang telah menghabiskan tenaga dan masa pengundi atas karenah Karim Bujang yang kalah pada PRU-14 pada Mei 2018 tempoh hari.

Malah Karim dengan angkuh, masih terbawa-bawa dengan kempen genjot memujuk pengundi Kimanis agar menolak parti yang dikatakan pembela perompak, sedangkan rakyat sedar dan insaf, siapakah perompak negara yang sebenar-benarnya.

Selain itu Ilham Centre yang meramalkan bahawa Warisan akan menang, sepatutnya berasa malu, dan wajar membubarkan pusat penyelidikan itu yang gagal melihat isu semasa negara yang lewah dengan keruntuhan moral kepimpinan PH.

Sarjana yang mengetuai kajian Ilham Centre seperti Dr Muhd Yusri Ibrahim adalah lebih layak digelar ‘penilik’ daripada ‘penyelidik’ kerana dapatan yang genjot dan ‘bias’ tiada reliability dan validity, namun lebih kepada desakan untuk memuaskan hati pihak penaja mereka.

Adakah Ilham Centre sebenarnya terpengaruh dengan ramalan Mat Sabu, Menteri Pertahanan Negara, yang tiada latar akademik untuk disandarkan pemikiran intelektual sifarnya?

Malah dalam konteks latar akademik Menteri-menteri Pertahanan Asia, kami dapati Mat Sabu adalah menteri yang paling bodoh. Dia dilaporkan hanya pandai berlawak jenaka, itupun lawak bodoh juga.

Memang tepat dan amat signifikan apabila mantan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, tidak mahu bertanding, kerana jika dia bertanding bermakna dia bersetuju dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang telah membatalkan kemenangan beliau pada PRU-14 Mei 2018 lalu.

Kemenangan BN bukanlah bersandar sangat pada isu PSS walaupun ia signifikan, namun banyak lagi alasan yang menyebabkan rakyat menolak Warisan yang merupakan komponen kepada kerajaan PH.

Rakyat sebenarnya amat tertipu dengan fitnah dan pembohongan PH tentang GST, tentang PTPTN, tentang penurunan harga petrol, tentang hutang negara, malahan rakyat Sabah masih terluka dengan projek IC yang menyebabkan lambakan pendatang asing di Sabah yang kini diberikan kerakyatan.

Isu DS Najib Razak sebagai perompak, bukan lagi isu yang signifikan dan relevan, kerana perompak itulah yang telah membela nasib rakyat, memajukan ekonomi rakyat, membantu ekonomi rakyat dan perompak itu tidak suka mengutuk, menghina dan mencemari nama baik orang, apatah lagi menghina kaum Melayu-Peribumi sebagai malas, sebagaimana ‘orang lain’ menghina dan mencemari nama baiknya.

Karim Bujang lebih dilihat sebagai tamak, syok sendiri dan tidak mahu mengaku dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Kimanis pada PRU14 tempoh hari.

Penganalisis politik UM, Awang Azman Awang Pawi juga patut merasa malu apabila dengan semborono menilik bahawa Warisan akan menang.

Sepatutnya sarjana sains politik ini melihat bahawa SPR telah mensia-siakan masa dan tenaga rakyat Kimanis yang tertipu dengan tindakan Karim Bujang ke atas keputusan PRU14 bagi Parlimen Kimanis.

Apakah penilik seperti mereka ini buta untuk melihat isu moral yang melibatkan kepimpinan tertinggi PH yang amat signifikan merobah pilihan rakyat?

Isu semburit, cabulan seks songsang, kes rogol Adun Tronoh, kes parti dadah Adun Dengkel, kes Ustaz Wan Ji hina Raja-Raja Melayu, kes aksara Jawi, kes kemasukan ratusan ribu warga China tanpa dapat dikesan, kes pemimpin bodoh yang mengenyahkan pelabur asing, kes komik komunisme dan perhimpunan bekas gerila komunis, kes abu mayat Chin Peng, kes pengganas LTTE, kes PKR yang lewah dengan kaki gaduh dan banyak lagi kegenjotan moral kepimpinan PH (sila rujuk Cungkil.com).

Dengan kemenangan BN di Kimanis, jelaslah tuduhan Warisan bahawa UMNO sudah terkubur adalah amat meleset sekali.

Malahan Warisan dan PH harus sedar daripada ‘mabuk fitnah’ mereka kerana gelombang biru yang digerakkan oleh UMNO yang telah melanda Semenyih, Cameron Highlands, Rantau dan Tanjung Piai kini sudah menerjang kaki Gunung Kinabalu.

****

2 thoughts on “(Video) GELOMBANG BIRU SUDAH MELANDA KAKI GUNUNG KINABALU

Add yours

  1. Anuar Ibrahim perlu di HAPUSKAN dari arena politic tanah air malaysia TANAH MELAYU.
    CARANYA:
    Mahathir pergi mengadap DYMM YDP AGONGDAN BATALKAN PENGAMPUNAN ANUAR yng dibuuat secara Tergesa gesa yang tidak kena cara dan ter Salah teknik pengampunan. So Anuar sumbat semula kedalam sek Sg. Buluh. Senang kan.

    Like

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑