(Video) DIASPORA CHINA MENGANCAM KAUM PERIBUMI

Setiap tahun jutaan warga China masuk ke Malaysia sebagai pelancong, pelajar dan pekerja. Malangnya tidak semua yang masuk ke Malaysia kembali ke negara asal. Ke manakah mereka menghilang?

Pada 2003, pihak imigresen mencatatkan 500,000 warga China telah masuk ke Malaysia, namun hanya 315,000 yang pulang ke negara asal mereka.

Ini bermakna bakinya 185,000 lagi masih berada di Malaysia.

Pada 2005 pula, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi telah meminta Jabatan Imigresen dan PDRM mengesan 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tetapi belum keluar.

Pada tahun 2011-2015, Jabatan Pendaftaran Negara mendedahkan seramai 17,000 lelaki tempatan telah berkahwin dengan wanita warga China.

Laporan Jabatan Audit negara 2018 mendedahkan dari tahun 2016 -2018, terdapat 79,799 warga China masuk ke negara ini dan 95.6% atau 76,287 daripada mereka tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia. Ke manakah mereka menghilang?

Timbul persoalan adakah mereka cuba meningkatkan jumlah komposisi kaum Cina di Malaysia melalui cara yang salah dengan tujuan untuk mendominasi kuasa politik?

China memandang negara mereka sebagai sebuah ‘negara ketamadunan dunia’ (world civilisation state) dan bukannya ‘negara bangsa’ seperti konsep negara bangsa Indonesia, Jepun, Korea atau India.

Menurut Martin Jacques, dalam bukunya ‘When China Rules The World’, falsafah ‘negara ketamadunan dunia’ telah membentuk suatu ideologi bahawa bangsa China lebih tinggi martabat ketamadunan mereka berbanding bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Melalui konsep negara ‘ketamadunan dunia’ itu juga masyarakat pasca-kemodenan, China melihat bahawa masyarakat dunia terbahagi kepada lima warna, iaitu putih (bangsa Barat dan Eropah), kuning (China, Jepun, Korea), hitam (Afrika dan India), sawo matang (peribumi Nusantara dan Amerika Latin) dan merah (peribumi Amerika).

Dalam falsafah itu juga masyarakat ‘putih dan kuning’ adalah masyarakat yang bijak dan gagah, dan masyarakat ‘hitam, sawo matang dan merah’ adalah masyarakat ‘barbarik’ yang rendah tamadun dan mudah diperbodohkan.

Dengan falsafah sedemikian, kaum China melihat bahawa mereka adalah satu-satunya masyarakat yang tidak dapat ditundukkan oleh penjajah Barat (putih) sedangkan masyarakat lain yang bertamadun rendah telah dengan mudah diperhambakan oleh penjajah Barat.

Falsafah ini terlihat pada puisi Wen Yudio pada tahun 1925 yang dicatatkan oleh Martin Jacques.

Pemikiran Tokoh Revolusi China Dr Sun Yat Sen juga dipengaruhi oleh falsafah sedemikian yang melihat bangsa China sebagai bangsa yang hebat dan setara atau lebih baik daripada bangsa ‘kulit putih’.

Dalam hal falsafah ‘masyarakat kuning’ itu, Sun Yat Sen menegaskan:

“Mankind is divided into five races. The yellow and white races are relatively strong and intelligent. Because the other races are feeble and stupid, they are being exterminated by the white race. Only the yellow race competes with the white race… China belong to the yellow race.

Dengan falsafah sedemikian jugalah, diaspora kaum China tersebar lewah dengan sikap tipu-muslihat, licik, cauvinis, kiasu, oportunis, dan korup, demi survival mereka di negara hinggap.

Malahan kaum Yahudi di Amerika melihat bahawa masyarakat China mempunyai konsep perjuangan yang hampir sama dengan mereka.

Masyarakat diaspora China menyimpan ‘impian China’ untuk menjadi ‘kuasa dunia’ bukan melalui penjajahan dan peperangan, sebaliknya melalui kuasa ekonomi bangsa mereka serta kuasa hegemoni mereka tanpa memadamkan kesetiaan mereka kepada tanah besar China.

Dengan itu jugalah kita dapat melihat semasa perarakan pra-tragedi berdarah 13 Mei, mereka mengusung sepanduk Mao Tze Tung dan cuba menghalau kaum Melayu dari Selangor dan menganggap kaum Melayu sama seperti ‘red Indian’.

Lihat sahaja pendedahan Mohd Razali Abdul Rahman, bekas Pengarah Strategik DAP bagi Hal Ehwal Melayu-Islam, serta pendedahan Bekas Naib Pengerusi Buruh DAP, Amran Ahmad, dan, pendedahan Senator Prof Dr Ibrahim Abu Shah tentang agenda tersembunyi DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebuah Republik Zionis-Evangelis.

Tidak hairanlah jika mereka menyerapkan sepenuhnya kurikulum pendidikan yang dibawa masuk dari China ke sekolah vernakular Cina, di peringkat rendah dan menengah.

Malah mereka menolak sistem penilaian SPM dan mewujudkan UEC, supaya mudah bagi mereka menyerapkan ideologi ‘masyarakat kuning’ yang berpaksikan kepada tanah besar China.

Diaspora ini mesti dibesarkan seboleh mungkin dengan kemasukan lebih ramai ‘masyarakat kuning’ ke Malaysia, kerana jumlah yang lebih ramai akan menjadikan mereka lebih kuat.

Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman pernah mengaku kalah dengan diaspora ‘masyarakat kuning’ ini apabila terpaksa mengenyahkan Singapura daripada Malaysia, bagi mengelakkan dominasi politik, korup, oportunis, kiasu dan cauvinis mereka melalui PAP.

Bagi Tunku Abdul Rahman, kaum peribumi lebih selamat dengan kewujudan ‘masyarakat kuning’ sebagai minoriti kecil tanpa Singapura.

Namun hari ini, amat pelik apabila jumlah mereka amat besar di Pulau Pinang sehingga secara halus di bawah kuasa DAP, mereka berjaya menghalau beratus ribu kaum Melayu keluar dan bermigrasi ke Kulim dan Sungai Petani, Kedah.

Kampung Melayu tradisional di Pulau Pinang, satu demi satu telah lenyap dari peta.

Adakah kemasukan haram ‘masyarakat kuning’ dari China itu akan mengukuhkan lagi kuasa undi mereka?

SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara seharusnya berwaspada dan memastikan pegawai mereka yang diamanahkan tidak termakan dengan ‘wang suapan’ sehingga sanggup menjual ‘Mykad’ dan memusnahkan kuasa bangsa sendiri.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: