(Video) PSS BAWA BENCANA KEPADA RAKYAT SABAH DAN JUGA NEGARA

Pas Sementara Sabah (PSS) bukanlah ‘pas sementara’ tetapi lebih menjurus kepada pembelaan dan peluang mudah kepada kaum pendatang untuk kekal bermastautin di Sabah.

Masakan ia pas sementara sedangkan tempoh yang ditawarkan adalah 3 tahun.

Dengan tempoh 3 tahun itu, PSS bukan penyelesaian kepada masalah ‘pendatang asing tanpa izin’ (PATI), malah ia adalah musibah yang akan menyuburkan lagi populasi PATI.

Bagi seorang wanita yang subur, dalam tempoh tiga tahun ia boleh melahirkan 2 orang anak di bumi Sabah yang pastinya akan menuntut haknya sebagai warga Sabah.

Dengan itu juga, soal perkhidmatan hospital atau rumah sakit dan klinik kerajaan akan menjadi beban kerajaan di samping sekolah dan pembiakan setinggan.

Parti Warisan Sabah yang mendominasi pemerintahan negeri Sabah cuba menepis bantahan rakyat peribumi Sabah terhadap PSS dengan menghalakan kesalahan kepada BN.

Meskipun kerajaan BN yang pertama kali mencadangkan PRSS (Pas Residens Sementara Sabah) pada 2016 ekoran RCI tentang tragedi berdarah Lahad Datu pada 2013, dan kes lambakan pendatang asing di Sabah, namun matlamatnya bukanlah menjadikan negeri Sabah dan negara Malaysia sebagai negeri lambakan pendatang asing khususnya kaum Sulu Filipina.

Sebaliknya daripada konsep PSS, pendatang asing seakan-akan diberikan lampu hijau untuk bermastautin di Sabah selama tiga tahun dan kemudiannya boleh memperbaharui PSS untuk 3 tahun lagi dan seterusnya, hanya dengan bayaran RM120 untuk caj memperbaharui PSS tersebut.

Contoh PSS

Tidak ada mana-mana negara di dunia yang membenarkan mana-mana warga asing duduk bermastautin sehingga selama 3 tahun, kecualilah mereka merupakan pelajar asing yang disyaratkan kembali ke negara asal setelah tamat belajar.

Pastinya ada agenda tersembunyi pihak tertentu mahupun Warisan sebagaimana dapat dilihat pada perjanjian sulit antara Shafiee Afdal dengan ‘Sultan Sulu’ Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad.

Datu Akjan juga dikatakan penyokong kuat Shafie dan telah didedahkan sebagai pemimpin kaum Sulu yang mendesak Shafie supaya mempercepatkan pengeluaran PSS kepada kaum Sulu.

PSS dijangka dikeluarkan kepada 136,055 pendatang asing yang kebanyakan adalah pendatang Filipina, dan, dalam tempoh tiga tahun apakah jumlah itu akan kekal sebagai 136,055 juga.

Pastinya akan berlaku apa yang dikatakan sebagai ‘gandaan geomatrik’ atau ‘geomatric progression’ apabila pasangan suami isteri akan membiakkan zuriat mereka, ditambah dengan kahwin campur.

Akhirnya sebagaimana berlaku di Semenanjung pada waktu ini, kaum pendatang lebih ramai membanjiri Kuala Lumpur pada hujung minggu, seakan-akan ia bukan lagi bandar Malaysia.

Nampaknya pemimpin Warisan lupa dengan ‘Projek IC’ Tun Mahathir, meskipun yang menerima tuduhan adalah pihak Imigresen.

Rakyat Sabah mesti ingat siapakah ‘musuh’ mereka yang sebenarnya yang telah membiakkan PATI di bumi Sabah, dan sekarang Shafie Apdal cuba membela dan menjadi boneka kepada ‘musuh’ mereka itu.

Di samping itu, rakyat Sabah amat sedar bagaimana senjata api daripada Filipina menjadi antara wahana yang bebas dimiliki, sehingga seringkali berlaku tembak-menembak dengan pihak berkuasa ketika pendatang tanpa izin daripada Filipina cuba ditahan.

Pihak berkuasa sememangnya dilengkapi dengan senjata api juga, namun bagaimana dengan rakyat Sabah, nelayan, dan mangsa PATI yang boleh bertindak sebagai lanun dan penculik yang sering menjadi berita panas di Semporna?

Nampaknya ‘petition’ dan demonstrasi membantah dan menentang PSS di Membakut hari ini (15 Januari 2020) adalah satu tindakan yang amat wajar oleh rakyat Sabah yang cintakan bumi tempat tumpah darah mereka.

Demonstrasi membantah PSS adalah anjuran NGO Sabah iaitu Pertubuhan Peningkatan Pendidikan Rakyat Sabah (Pipa) dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak).

Pengerusi Sorak, Jamain Sarudin menegaskan bahawa demonstrasi berkenaan adalah suatu tuntutan rakyat Sabah dan mereka memilih Membakut di Kimanis sebagai pusat penentangan terhadap PSS.

Pelaksanaan PSS ditentang oleh pelbagai pertubuhan dan rakyat Sabah kerana ia hanya akan memburukkan lagi masalah PATI di Sabah, dan bukan satu sarana untuk menyelesaikannya.

Sepatutnya Kerajaan Persekutuan bertindak mengukuhkan akta imigresen bukannya mewujudkan PSS bagi memudahkan lagi PATI bermastautin di Sabah.

Petition membantah PSS telah menyenaraikan 6 impak atau dampak negatif serta tuntutan rakyat Sabah terhadap pemerintah.

  • Rakyat tulen Sabah mahu kerajaan menghantar balik PATI ke negara asal mereka. 
  • Pengeluaran PSS kepada PATI di Sabah tidak akan menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di negeri Sabah.
  • Pengeluaran PSS akan hanya menggalakkan lebih ramai PATI masuk ke Sabah secara haram.
  • Soal keselamatan negeri Sabah akan tergugat jika kebanjiran PATI tidak dipantau dengan teliti.
  • Kebanjiran PATI akan mengurangkan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.
  • Kemungkinan PSS disalah guna sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan status Permastautin Tetap (Permanent Resident), ataupun kewarganegaraan Malaysia.

Setakat waktu artikel ini ditulis, sudah hampir 17,000 tanda tangan berjaya dikumpulkan bagi menyokong petition membantah PSS.

Jelaslah bahawa dampak PSS bukan sahaja akan menghimpit Sabah, malah ia akan menjadi bencana  kepada seluruh tanah air Malaysia.

Mungkin juga PRK Kimanis boleh diangkat menjadi platform bagi rakyat Sabah untuk terus menentang PSS supaya dapat menghalang pembiakan PATI yang pastinya akan merampas hak rakyat Sabah.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: