(Video) PH PANDAI BERMAIN SILAP MATA – BOLEH KENAL SUARA TAPI TIDAK BOLEH KENAL FIZIKAL PELAKU

PH pandai bermain silap mata apabila dalam kes video ‘semburit Azmin Ali’, mereka tidak dapat mengenal fizikal pelaku tetapi mereka boleh mengenal audio dalam rakaman telefon DS Najib.

Aneh dan penuh dengan kuasa magis, kes Azmin ditolak kerana pakar penyelidik luar negara tidak dapat mengenal fizikal pelaku dalam video tersebut meskipun pasangan pelakunya Haziq Abdul Aziz telah mengaku dengan akuan sumpah.

Pada masa yang sama suara audio DS Najib Razak dalam perbualan dengan isteri beliau DS Rosmah Mansor, tanpa perlu diselidik oleh pakar forensik luar negara, adalah sah sebagai suara tertuduh.

Ia amatlah magikal sehingga membangkitkan kritikan peguam ke atas pihak yang mendedahkan audio rakaman DS Najib tersebut.

Lebih magis sehingga ada peguam yang melihat bahawa rakaman audio itu mengancam kredibiliti kuasa PH yang boleh membuat para diplomat asing tidak mempercayai kepimpinan negara ini.

Ia juga boleh menghambat keluar pelabur asing dan menjahanamkan ekonomi negara.

Bertambah kuatnya kuasa silap mata PH itu, sehinggakan rakan-rakan pemimpin dalam kerajaan PH sendiri seperti Datuk Kadir Jasin dan Tan Sri Dr Rais Yatim, kagum dengan silap mata ‘bodoh’ PH itu.

Lebih kontroversial, surat akuan sumpah Haziq Aziz, diketepikan sedangkan surat akuan sumpah Azilah Hadri dari dalam penjara, boleh diguna pakai untuk mendakwa DS Najib Razak.

Jadi nampaklah silap mata hebat pihak PH yang bertekad memenjarakan DS Najib Razak, telah menyerang tertuduh dengan tikaman daripada pelbagai sudut.

Magis sekali apabila tikaman tidak lut pada DS Azmin Ali, pada Lim Guan Eng, Rafizi, dan ramai lagi yang merupakan konco ahli silap mata PH.

Satu penunjuk kepada penonton ialah: DS Najib adalah musuh Tun Mahathir, sedang DS Azmin Ali adalah ayam tambatan Mahathir.

Namun rakyat percaya satu hari nanti ayam tambatan inipun akan di ‘bunuh’ oleh Mahathir sebagaimana dia ‘membunuh’ Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi, DS Anwar (tapi hidup kembali) dan terkini DS Najib Tun Razak.

Rakyat juga tertanya-tanya adakah surat akuan sumpah Yusoff Rawther akan diterima pakai bagi menjatuhkan DS Anwar Ibrahim dalam kes ‘Sodomi III’?

Apa yang jelas, DS Najib telah dikutuk apabila membuat sumpah laknat di Masjid Jamik Kg Baru KL, untuk membuat pengakuan bahawa beliau tidak mengarahkan pegawai UTK ‘Azilah Hadri’ bagi menamatkan riwayat Altantunya.

Sumpah laknat ini jauh lebih baik daripada surat akuan sumpah Azilah yang dibuat di dalam penjara yang tidak disertai oleh para saksi luar, sedangkan DS Najib disaksikan oleh para Jemaah Masjid Jamik yang turut menunaikan fardhu Jumaat di situ. Ia lebih terkesan kepada umat Islam.

Silap mata ini dimeriahkan lagi apabila pasangan pegawai UTK Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh Altantunya, iaitu Sirul Azhar Umar telah mengaku DS Najib tiada kena mengena dengan ‘arahan’ membunuh Altantunya.

Dalam silap mata PH ini, penonton percaya bahawa surat akuan sumpah Yusoff akan dipakai kerana DS Anwar juga adalah ‘musuh’ Mahathir.

Jelaslah penonton terpukau dengan pertunjukkan silap mata PH, apabila suara rakaman boleh diterima sebagai sah, sedangkan fizikal pelaku video semburit yang boleh dikenal pasti budak sekolah rendah sekalipun, tidak dapat diterima pakai.

Ia boleh dipakai sekiranya tertuduh adalah musuh Mahathir atau musuh PH, tetapi ia ditolak sekira mereka adalah terdiri daripada konco PH.

Malahan orang yang telah dijatuhi hukuman penjara seperti Rafizi Ramli dan Ustaz DAP Wan Ji Wan Hussin boleh dibebaskan kerana mereka adalah konco PH.

Malahan Wan Ji telah dikenakan penjara setahun, namun setelah berada dalam penjara sehari, dengan kuasa silap mata dan magis PH, dia dikeluarkan atas alasan yang tidak masuk akal.

*****

2 thoughts on “(Video) PH PANDAI BERMAIN SILAP MATA – BOLEH KENAL SUARA TAPI TIDAK BOLEH KENAL FIZIKAL PELAKU

Add yours

  1. Dah hancing negara ku
    Pakatan kencing pasti hancing
    Hancing sehancing nya
    Oh negara ku hancing
    Kerana politik pakatan hancing
    Kencing disana kencing disini
    Alangkah hancing nya negaraku
    Hancing sehancing nya
    Kerana kencing sehancing nya
    Mana tidak hancing
    Hancing dgn ke munafikinya

    #tqtoyop

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: