(Video) PH BEKU KADAR TOL – GUAN ENG TERUS ‘KEKALKAN PEMBOHONGAN MANIFESTO PH’

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan yang bertaraf ‘kerani akaun’ telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membekukan kadar tol di 21 lebuh raya dengan memberi alasan bahawa langkah tersebut akan manfaatkan rakyat.

Kenyataan menteri yang telah banyak memusnahkan ekonomi negara itu, memberikan mesej bahawa kerajaan PH terus mengekalkan pembohongan sebagaimana janji sebelum PRU14.

Rakyat yang termakan janji palsu PH itu dan telah mengundi PH sehingga membawa kemenangan mereka pada PRU14, melihat bahawa diri mereka dianiaya, ditipu dan dibohongi.

Dari aspek moral, kemenangan PH pada PRU14 adalah haram dan sewajarnya dibatalkan.

Lihat sahaja ‘berita gembira’ dalam akhbar arus perdana pada 11 Mac 2018, yang mencanangkan mereka akan hapuskan tol dan mengekalkan BR1M sebagai janji dalam manifesto PH, yang kini mendapat gelaran popular sebagai ‘Pakatan Hancing’ yang amat menjijikkan.

Dimuat naik daripada FB -Anti Pakatan Harapan

Rakyat tidak mahu dengar bahawa pembekuan kadar tol itu akan memanfaatkan mereka dengan kos RM994 juta, kerana rakyat memilih PH adalah untuk hapuskan tol, bukan untuk membekukan kadar tol, hatta kerajaan PH dapat menyelamatkan RM1trilion sekalipun.

Lebih mengecewakan, Guan Eng terus membohongi rakyat apabila dia berjanji akan mengurangkan kadar tol sebanyak 18% dalam pembentangan Bajet 2020, Oktober tahun lalu.

Pembohongan PH yang terlihat pada tindakan Lim Guan Eng dikecewakan lagi apabila aset kerajaan dijual, yang dilihat oleh rakyat adalah untuk memanfaatkan kleptokrat dalam PH.

Tun Mahathir yang kini menjadi kaldai DAP, bersama dengan gerombolan kleptokratnya lebih dilihat oleh rakyat sebagai ‘perompak’ tulen yang sebenar-benarnya dan bukannya kepimpinan BN terdahulu.

Sebagaimana didedahkan oleh Pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muein Abadi, PH telah menjual lebih RM30 bilion aset negara.

Dalam konteks kadar purata jualan harian, PH menjual sebanyak RM60 juta sehari, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara dijual setiap jam oleh PH yang banyak menipu rakyat dalam kempen PRU14.

Hari ini Guan Eng cuba meyakinkan rakyat bahawa pembekuan kadar tol akan memanfaatkan RM994 juta.

Nampaknya, Guan Eng layak dicalonkan sebagai pelakon terbaik wayang Cina tepi jalan.

Kerajaan BN di bawah DS Najib Razak telah melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 bilion dalam tempoh 9 tahun tetapi pendapatan tersebut dibelanjakan dengan projek pembangunan dan pembelian hartanah yang lebih menguntungkan negara dalam jangka masa panjang.

PH yang baru berkuasa selama 18 bulan, sebaliknya telah menjual RM30 bilion harta negara, sedangkan hutang negara terus meningkat dan mencecah RM1 trilion pada akhir Disember 2019 lalu.

Pandailah pelakon Cina bertaraf ‘kerani akaun’ itu mendakwa bahawa PH memerlukan dana untuk membayar hutang yang diwarisi daripada BN, sedangkan satu sen pun hutang terdahulu tidak luak.

Rakyat benar-benar tidak menyangka bahawa PH yang didominasi parti Cina DAP, telah menonjolkan sikap penipu yang sememangnya amat lewah dalam budaya niaga orang Cina.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: