(Video) TUN MAHATHIR BUKAN PENYELAMAT TAPI ‘CON MAN’ – MANTAN TIMBALAN GABENOR BNM

Rencana ini kami petik daripada blog ‘The Unspinners’ ditulis oleh Salahuddin Hisham yang kami kira amat signifikan untuk mengenali siapakah Tun Mahathir daripada kaca mata seorang pakar kewangan yang pernah diamanahkan menguruskan Bank Negara.

Pandangan penulis rencana juga selari dengan kenyataan Low Taek Jho atau Jho Low yang mendakwa Mahathir sebagai ‘pembohong.’


Dalam satu temuramah dengan BFM Radio, Lin See Yan mengatakan bahawa Dr. Mahathir bukanlah seorang penyelamat yang mampu menyelamatkan ekonomi Malaysia sekarang tetapi bagi beliau, Dr. Mahathir adalah seorang penipu.

Mungkin ada yang mempersoalkan kredibiliti TS Lin See Yan, mantan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, yang juga seorang pakar ekonomi lulusan dari Universiti Harvard.

Tapi kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk tidak melihat siapa yang berkata tetapi mendengar (kebenaran) apa yang dikatakannya.

Apakah benar apa yang didakwa oleh mantan Timbalan Gabenor BNM tu?

Cuba kita lihat realiti yang berlaku ke atas Malaysia sekarang. 


Tarikan pelabur asing ke atas sesebuah negara bergantung pada pelbagai faktor, dan antara faktor yang terpenting ialah keyakinan pelabur kepada kepimpinan negara tersebut.

Sejak mula menjadi Perdana Menteri ke-7, TIDAK ADA walau satu sen pelaburan asing yang dapat dibawa masuk oleh Dr. Mahathir atau menteri-menteri beliau.

Malah pelabur asing yang sebelum ini melabur di Malaysia telah membawa keluar pelaburan mereka, dan Malaysia menjadi negara yang paling banyak dibawa keluar pelaburan oleh pelabur asing.


Sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru, negara China merupakan antara pelabur asing yang besar di Malaysia tetapi sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bukan saja tidak ada pelaburan baru dari China malah pelaburan yang sedia ada di Malaysia telah dibawa keluar.

Kemarahan China pada Malaysia berpunca dari keputusan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr. Mahathir mengumumkan pembatalan semua projek mega antara Malaysia dan China yang telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu dan juga sikap biadab Dr. Mahathir yang menuduh kerajaan China sebagai penjajah baru dalam bidang ekonomi.

Singapura merupakan negara pelabur asing yang kedua terbesar di Malaysia tetapi kerana sikap Dr. Mahathir yang kurang bijak dalam menangani isu air, persempadanan ruang udara dan maritim antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI), mereka telah menarik balik pelaburan mereka secara perlahan-lahan sebagai tanda protes.


India, negara kuasa ekonomi ketiga dunia dan juga pengimpot kedua terbesar minyak mentah kelapa sawit Malaysia selepas China, telah mengambil keputusan untuk mengalihkan perhatian kepada minyak sawit Indonesia kerana marah dengan sikap campur tangan Dr. Mahathir dalam dasar luar negara India dengan Pakistan dalam isu Kashmir.


Yang pasti mendapat laba dari kemarahan India terhadap Dr. Mahathir sudah pasti Indonesia.


(Meskipun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa ‘boikot’ India terhadap minyak sawit Malaysia tidak berkesan, namun data eksport minyak sawit ke India menunjukkan jumlahnya yang jatuh merudum 76% daripada sebelumnya. Hakikat ini juga menunjukkan karektor penipu Mahathir).

Indonesia mendapat keuntungan berganda dari China dan India atas sikap campurtangan dan keras kepala Dr. Mahathir.

Bangsa Yahudi yang menguasai 7 dari 10 dana terbesar dunia juga hilang keyakinan terhadap kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir!!!


Satu perkembangan yang menarik tetapi amat memalukan kerajaan Malaysia ialah, sewaktu berlakunya protes rakyat ke atas kerajaan Hong Kong, taikun-taikun perniagaan di Hong Kong enggan memindahkan kira-kira 600 bilion duit mereka ke Malaysia tetapi memindahkannya ke Singapura. Apabila ditanya mengapa, dengan tegas mereka mengatakan; “SIAPA YANG BOLEH PERCAYA PADA DR. MAHATHIR?”

Ini bukanlah satu persepsi tetapi ia adalah satu realiti dan menjadi perbualan hangat di Singapura.


Malaysia semakin menuju ke arah kemusnahan ekonomi berskala besar dan sebab utama adalah kerana ketidakcekapan dan kelemahan Dr. Mahathir menangani isu-isu yang berkaitan ekonomi dan hubungan luar negara.

Jelas, Dr. Mahathir BUKAN seorang yang boleh menyelamatkan ekonomi Malaysia seperti yang beliau sendiri dakwa tetapi Dr. Mahathir sebenarnya adalah seorang pemusnah ekonomi Malaysia.

Ibarat musang berbulu ayam, Dr. Mahathir bijak berpura-pura dengan watak penyelamat yang prihatin dengan keadaan negara dan rakyat Malaysia tetapi hakikatnya Dr. Mahathir adalah seorang pemusnah yang sangat licik menipu!!!

Pandangan daripada penulis rencana ini juga selari dengan apa yang didakwa oleh Jho Low tentang Mahathir.

Jho low mengeluarkan kenyataan bahawa Mahathir ‘bohong’ dalam kes pemilikan kapal mewah Equanimity yang dipindahkan dari Indonesia ke Malaysia.

Dia membuat kenyataan itu menerusi peguamnya, yang dihantar melalui firma perhubungan awam Australia, Wells Haslem Mayhew dan dilaporkan sebuah portal berita tempatan sebaik saja DoJ mengemukakan pemfailan terbaru sebagai maklum balas kepada Equanimity Ltd yang menuntut pemilikan kapal layar Equanimity.

Menerusi laporan itu, Jho Low, turut mendakwa Peguam Negara, Tommy Thomas, juga berbohong dalam isu pemilikan Equanimity yang kononnya dipersetujui oleh Amerika Syarikat (AS).

“Kerajaan Malaysia berulang kali menyatakan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa AS dan Indonesia dalam menuntut kapal Equanimity selain memaklumkan kedua-dua negara mengakui Malaysia sebagai pemilik sah kapal layar mewah itu.

“Jadi, pemfailan terbaru DoJ itu bukti bahawa Dr Mahathir berbohong,” katanya.

Malahan Jho Low turut mendakwa bahawa kerajaan Malaysia sebenarnya ‘mencuri’ kapal berkenaan, sekali gus berbohong mengenai status pemilikannya.

Dalam konteks 1MDB, Mahathir juga telah didakwa sebagai pembohong dan Mahathir mesti menghentikan segala pembohongan tersebut.

Wallahualam bissawab – Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: