(Video) DR. MASZLEE HANYALAH BIDAK CATUR YANG DIJADIKAN UMPAN

Dr Maszlee Malik telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan daripada kuota kabinet PH yang diperuntukkan kepada parti PPBM, diketuai oleh kuasa de’facto Tun Mahathir.

Ia menjadi suatu retorik politik untuk mengatakan bahawa Maszlee meletakkan jawatan kerana tekanan isu politik atas pelbagai kemelut yang menghimpit Kementerian Pendidikan.

Boleh dikatakan semua menteri PH menghadapi kemelut tekanan politik, malah penasihat Perdana Menteri sendiri seperti Tun Daim dan Datuk Kadir Jasin telah melabelkan menteri-menteri PH sebagai menteri ‘bodoh’.

Jika mahu didasarkan kepada kemelut dan kelemahan pentadbiran, maka Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sepatutnya menjadi orang pertama meletakkan jawatan kerana telah merosakkan dan memusnahkan ekonomi negara.

Kini dengan hutang negara yang mencecah RM1.1 trilion sedangkan aset negara dijual wewenangnya, kos sara hidup melonjak naik, garis aras kemiskinan juga melonjak, nilai Ringgit jatuh merudum, bursa Malaysia terburuk di dunia, KDNK merudum, pelabur asing lari meninggalkan negara, saham ASB terburuk dalam sejarah dan seribu satulagi isu, melayakkan Guan Eng meletakkan jawatan.

Inilah antara menteri bodoh yang dilabelkan oleh Tun Daim yang sebenarnya hanya layak menjadi ‘kerani akaun’ sahaja.

Dr Maszlee sendiri telah mengaku bahawa “atas nasihat ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan.”

Anehnya juga dalam sidang media Maszlee menyatakan, “Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020.

Adakah Maszlee hanya sekadar meminjam jawatan menteri itu dan kini sudah tiba masanya dia memulangkan kembali?

Adakah jawatan menteri itu sebenarnya milik orang lain yang dipinjamkan kepadanya dan kini sudah tamat tempoh pinjaman dan mesti dipulangkan kembali?

Siapakah pemilik jawatan Menteri Pendidikan itu sebenarnya?

Rakyat tertanya-tanya adakah jawatan Menteri Pendidikan itu sebenarnya milik Tok Pa atau Datuk Mustapa Mohamed, bekas Menteri Pengajian Tinggi yang kini merupakan ahli PPBM?

Adakah DAP mahu Timbalan Dr Maszlee, Teo Nie Ching, tokoh Evangelis mengambil alih jawatan Menteri Pendidikan? Tapi Kit Siang telah nenafikannya.

Mustahillah sekiranya jawatan Menteri Pendidikan itu adalah milik Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar yang pernah mengejutkan negara dengan ijazah dari universiti ‘hantu’ cap ayam.

Namun hari ini, rakyat amat kagum dengan kerajaan PH yang dari sehari ke sehari sentiasa menyuburkan budaya bergaduh sesama sendiri.

Apabila Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa, daripada parti PKR cuba mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan PM untuk diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim, dia telah dikutuk sekeras-kerasnya oleh DS Khairuddin Abu Hassan, orang kuat Mahathir dan penyelaras parlimen Jasin.

Bagi Khairuddin, Dr. Mahathir akan terus menyandang jawatan itu sehingga persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun 2020 ini.

Malah bagi Khairuddin, ada kemungkinan Dr. Mahathir akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga tempoh tiga atau tiga tahun setengah lagi sehingga menjelang PRU15.

“Nik Nazmi ini adalah seorang Ahli Parlimen dungu (bodoh) dan tidak faham bahasa. Mana yang tidak jelas kepada beliau ini?” kata Khairuddin yang menentang penyerahan kuasa PM kepada Anwar.

Jika kenyataan Khairuddin adalah proksi kepada pendirian Mahathir, maka jelaslah bahawa Maszlee hanyalah bidak catur politik yang harus mengosongkan kerusi Menteri Pendidikan.

Ramai penganalisis sedar bahawasanya jawatan Menteri Pendidikan adalah jawatan hebat dan menjadi makmal ujian sebelum seseorang dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya jawatan Menteri Pendidikan itu bukan milik Anwar yang dipinjamkan kepada Maszlee, maka sudah tentulah ia sebenarnya adalah milik Mukhriz Mahathir, anak kesayangan ‘ayahanda’ Maszlee Malik itu.

Samalah seperti Lim Kit Siang yang mewariskan kuasa politiknya kepada Lim Guan Eng, maka Mahathir juga mahu mewariskan kuasa politiknya kepada Mukhriz.

Eloklah kerana sekiranya Mukhriz yang menduduki kerusi Menteri Pendidikan, pastinya DAP, Lim Kit Siang dan konco-konconya tidak akan berani lagi menghentam kementerian berkenaan tentang isu sijil UEC, soalan peperiksaan UNIMAP dalam kursus ‘Hubungan Etnik’, isu komik ideologi komunis, isu tulisan aksara Jawi, dan yang paling hangat ialah isu kontrak projek 1BistariNet.

Dr Maszlee sebelumnya telah menamatkan kontrak 1Bestarinet yang merupakan projek Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin, dan kroninya, taikun YTL. Tindakan Maszlee telah membangkitkan kemarahan YTL dan pastinya TS Muhyiddin.

Setelah Maszlee mengumumkan perletakan jawatannya, saham YTL setus naik mendadak bagaikan ada kuasa magis yang melonjakkannya.

Nampaknya bunga api yang berdentum-dentum meletup di Putrajaya pada malam terbitnya tahun baru 2020, akan terus membakar Putrajaya.

Kita tunggu dan lihat bagaimana pula bunga api PH itu meletup sekiranya Mahathir berkeras tidak mahu menyerahkan kuasanya kepada DS Anwar, bekas banduan kes sodomi, pada Mei 2020 ini.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: