(Video) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL TIDAK DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN – HAKIM NEGARA

Artikel ini kami petik daripada ucapan Yang Arif Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Negara dalam ‘Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ anjuran Persatuan Alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Hotel Premiera, Menara MARA, Jalan Raja Laut suatu ketika dahulu.

Kami telah cuba sebaik mungkin mentranskripkan ucapan beliau dengan sedikit olahan tatabahasa supaya difahami oleh pihak pembaca, namun intipati asal ucapan beliau boleh dirujuk kepada video yang dimuatnaik.

Ucapan Yang Arif Datuk Mohd Noor, jelas membuktikan bahawa Perlembagaan tidak mengiktiraf Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, malah istilah bangsa Cina dan India juga tidak wujud dalam Perlembagaan.

Persoalan utama ialah isu perpaduan kaum yang harus dirancang melalui satu aliran Sekolah Rendah Kerajaan lagi yang kemudiannya Sekolah Menengah Kerajaan. Kewujudan sekolah Jenis Kenagsaan hendaklah dihapuskan. Bagi sesiapa yang menentang usaha ini, maka mereka adalah anti-perpaduan dan anti-integrasi nasional.

Benarkan saya bercakap yang benar, tiada yang tidak benar, melainkan yang benar.

Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setiakawan orang Melayu adalah sesuatu yang benar.

Hal ini benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

Kalau ada pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu, demi menjaga hati dan perasaan orang Cina, terpulanglah, tetapi bagi orang Melayu pantang larangnya – jangan khianati orang Melayu.

Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati dia akan membalas, dan bila dia membalas, dendam kesumatnya tidak akan berkesudahan.

Saya menyeru orang Melayu untuk berjihad  memperkasakan Perlembagaan dan tidak harus ada sesiapa yang menentangnya oleh kerana Perlembagaan itu bertujuan (diwujudkan) untuk semua masyarakat di Malaysia.

Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah menghapuskan istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Hal ini sudah dipancakkan dalam otak kita sejak Merdeka.

Maka bila ada istilah Melayu, Cina, India dan lain-lain, bermakna pertama, kita mengiktiraf Cina dan India. Kedua kita menerima susun atur keutamaannya begitu cara.

Adakah kita hendak letakkan lain-lain itu sebagai merujuk kepada bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak?

Adakah mereka diletakkan pada taraf tercorot selepas orang Melayu, Cina, India dan baru dikatakan bumiputera Sabah-Sarawak? Salah begitu.

Jadi saya menyeru, istilah yang memecah-belahkan kaum, istilah perkauman ini hendaklah kita hapuskan kerana dalam Perlembagaan tiada sepatahpun yang menyebut Cina, orang Cina, India, orang India, Malaysian Chinese, Malaysian Indian, tidak ada langsung.

Jadi, kenapa kita mengiktiraf sesuatu yang tidak ada?

Izinkan saya menghuraikan apa yang ada.

Dalam Perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat, bukan kaum, bukan bangsa:

  • Pertama, orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa sahaja hendak dibuat oleh undang-undang bagi kemajuan, baik keharmonian kebaikan, serba serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang. Siapakah orang asli? Mereka adalah aborigine of Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini adalah sepupu orang Melayu.
  • Kedua, yang diiktiraf Perlembagaan ialah orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu, berbudaya Melayu, dan lahir di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Merdeka. Termasuk (dalam kategori ini) salah seorang daripadanya ialah orang Melayu, yang satu lagi tidak, tetapi kawin dengan orang Melayu, anaknya Melayu seperti orang Arab berkahwin dengan orang Melayu, orang India berkahwin dengan orang Melayu, orang Cina berkahwin dengan orang Melayu, sesiapa sahaja berkahwin dengan orang Melayu, anaknya itu Melayu Nusantara.
  • Ketiga, Bumiputera- Bumiputera Sabah adalah anak-cucu kepada masyarakat peribumi Sabah. Sarawak pula begitu juga cuma terhad anak kepada perkahwinan sesama mereka, kahwin campur bukan peribumi Sarawak, bukan diktiraf sebagai peribumi Sarawak. Jadi jelas orang Asli sepupu kita, bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita.
  • Keempat, selain daripada ketiga-tiga kategori itu adalah ‘jiran tetangga’ semata-mata. Oleh kerana mereka telah menumpang di negeri ini dahulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan kepada dia, akhirnya kita berikan kerakyatan sampaikan kaya-raya. Maka istilah pengkhianat itu adalah pantang-larang orang Melayu.

Menurut Perlembagaan, sepatutnya negara kita ini hanya ada satu aliran sekolah sahaja.

Sepatutnya kita hapuskan ‘sekolah jenis kebangsaan’.

Saya jugakan istilah ‘hapuskan’ kerana Perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah ‘jenis kebangsaan’ kerana adanya ‘sekolah kebangsaan’, adanya ‘sekolah jenis kebangsaan’, adanya ‘sekolah jenis kebangsaan Cina’ adanya ‘sekolah jenis kebangsaan India (Tamil)’, swasta, ia memecah-belahkan rakyat.

Apakah bentuk satu aliran pelajaran?

Kalau zaman Inggeris dulu ada Government English School, sepatutnya sekarang ada ‘sekolah rendah kerajaan’, ‘sekolah menengah kerajaan’, Tingkatan 1- Tingkatan 5, dan dua tahun pra-universiti. Itu sahaja  sepatutnya sekolah yang ada.

Jadi ‘sekolah jenis kebangsaan Cina’, India yang ada sekarang ini, kita ubah kepada ‘sekolah kerajaan’ – ‘sekolah rendah kerajaan’ dan ‘sekolah menengah kerajaan’.

Di sana semua pelajar belajar dalam satu bilik darjah, makan-minum dalam satu kantin dan bermain bersukan di padang dan gelanggang yang sama.

Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional.

Kalau ada yang tidak setuju, mereka itu adalah anti-perpaduan.

Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar menurut Perlembagaan?

Patutnya apa yang saya katakan ini disokong bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi bagi seluruh masyarakat Malaysia.

Wahai saudara-saudara, kalau saudara berteriak ‘betul’ maka kita harus berjihad memperkasakan Perlembagaan.

Seandainya ada suara-suara yang membantah, maka dapatkan perintah mahkamah bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India (Tamil) itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Tentunya ada peguam di sini, dan pihak peguam boleh mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan, lima Panel Hakim di sana, menyatakan bahawa pertama, dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, India ini tiada peruntukan dalam perlembagaan.”

*****

9 thoughts on “(Video) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL TIDAK DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN – HAKIM NEGARA

Add yours

  1. Beri kefahaman perlembagaan ini kepada bangsa melayu Islam Dan bumiputra yang berpendidikan tinggi untuk kesedaran, Malaysia tanah air kita, hak istimewa Raja-Raja, Bangsa Melayu , Bumiputra Dan Islam sebagai tampok kepimpinan negara Masa depan. Untuk menjadi rakyat Malaysia mestilah faseh berbahasa melayu. Kita tarik balik kerakyatan kepada bukan melayu yang tidak faseh bahasa melayu .Hapuskan semua sekolah jenis kebangsaan untuk perpaduan nasional. Sekolah ini lah Yang melahirkan bangsa resis di bumi melayu ini.

    Like

  2. Penulisan dan bacaan bahasa selain bahasa malayu wajib di haramkan.
    Begitu juga media tv dan radio.
    Mereka tidak patut membaca, menulis, bercakap dan memainkan lagu selain bahasa malaysia.
    Pengguna an bahasa selain bahasa melaysia hanya akan menjadikan hubungan kepelbagaian bangsa manusia itu menjadi renggang dan saling berbenci bencian.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: