(Video) TAHUN 2020: WAWASANNYA HANYA RETORIK UNTUK MENUTUP NEPOTISME, KRONISME DAN KOLUSI MAHATHIR

Tun Mahathir sebagaimana konco-konconya, telah menuduh Tun Abdullah Badawi dan DS Najib Razak sebagai punca yang menggagalkan Wawasan 2020 ciptaannya.

Namun, bekas Timbalan PM, Tun Musa Hitam sejak 2016 lagi sudah nampak bahawa Wawasan 2020 adalah satu wawasan yang akan menemui jalan buntu dan gagal kerana kesalahan Mahathir sendiri.

Bagi Tun Musa, Mahathir telah berjaya menyingkirkan barisan lapisan pemimpin yang berwibawa dan berpotensi untuk mencapai Wawasan 2020.

Malangnya, Mahathir cuba melahirkan pemimpin ‘lembu yang dicucuk hidung’ yang apabila pemimpin berkenaan melawan maka dia akan bertindak ganas ‘membunuh’ setiap mereka.

Tun Musa juga pernah menyatakan bahawa sekiranya dia melawan Mahathir, maka dia juga akan menjadi mangsa sebagaimana DS Najib.

Hakikatnya Wawasan 2020 hanyalah satu retorik yang membuka lorong rahsia gelap untuk memperkayakan kroni dan anak-pinak Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Rakan baik Mahathir, George Soros yang pernah ditanggapi sebagai ‘penyangak mata wang dunia’ pernah melabelkan Mahathir sebagai ‘moron (si bodoh) kaki rasuah’.

Soros called Mahathir a corrupt moron

Kata Soros, “Tiga anak lelaki kamu mempunyai wang USD8 bilion. Daripada mana mereka memperoleh wang tersebut? Sudah tentu sekali daripada rasuah. Kamu lebih bodoh daripada apa yang kebanyakan orang percaya. Berbilion ringgit telah kamu gunakan untuk membina Menara Kembar Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa (rakyat). Menara itu berdiri tegak sebagai simbol kebodohan dan ketidakbertanggungjawaban kamu. Dan (kamu) mahu membina jambatan dari Melaka ke Sumatra melintasi laut antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya percaya kamu masih boleh mendapat 20% (komisyen) kamu. – George Soros

Kenyataan dalam kritikan panjang Soros telah diterbitkan dalam Bangkok Post pada 2012 dan diulang terbit dalam The Coverage pada Nov 8, 2019.

Soros juga melabelkan Mahathir sebagai ‘Marcos Malaysia’ perompak (kleptokrat) kekayaan negara yang bernilai berbilion ringgit.

Barry Wain, penulis buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang juga merupakan editor Asian Wall Street Journal, mendakwa bahawa Mahathir telah membazirkan RM100 bilion semasa dia berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Wain menjelaskan kebanyakan penipuan yang juga melibatkan usaha kerajaan untuk manipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian Bank Negara dalam pasaran matawang global pada 1980-an ketika Mahathir berkuasa.

Wain juga menegaskan, sekiranya Mahathir mahu kerajaan di bawah pentadbiran DS Najib memberikan jawapan yang bersih dan telus tentang 1MDB, maka adakah dia bersedia untuk melakukan perkara yang sama atas semua tindakan korup yang masih belum berjawab pada dirinya sendiri?

Barry Wain accused Mahathir of wasting hundreds of billions of Malaysian taxpayers’ money

Adakah itu yang cuba disembunyikan Mahathir dalam retorik ‘Wawasan 2020’ yang dilaung-laungkannya?

Dalam menuju matlamat Wawasan 2020 Mahathir, juga telah cuba mencanangkan kepada dunia bahawa dia telah berjaya melahirkan ramai tycoon ekonomi, tetapi sebaliknya mereka adalah kroni-kroninya yang berkongsi kekayaan dengannya.

Sebagaimana kata George Soros, ganjaran 20% akan masuk ke kocek Mahathir.


Mahathir helped create a number of Malaysian
tycoons but most are actually his proxies and nominees

Antara kekayaan Mahathir serta anak-anaknya yang melonjak daripada dasar nepotisme, kronisme dan kolusi, adalah seperti berikut (data tidak pada tarikh mutakhir) sebagaimana didedahkan oleh MalaysiaToday.

Amatlah penting, demi menjaga kekayaan anak-pinaknya dan kroni-kroninya, pemimpin pelapis yang dilantik mestilah bersifat boneka untuk menari mengikut mainan tangan dalangnya iaitu Mahathir sendiri.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai Wawasan 2020?

Apabila pentadbiran berpindah kepada Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), beliau menolak tekanan untuk dijadikan boneka supaya Mahathir dapat kekalkan kekayaan dirinya dan anak-anaknya. Lantas Mahathir menyerang Pak Lah, meskipun dia berada di luar kerajaan.

Mahathirlah yang bertanggungjawab melobi kaum Cina supaya menentang kerajaan BN di Pulau Pinang, sehingga membawa Lim Guang Eng dari DAP untuk bertapak di pulau yang kini menjadi dominasi kaum Cina dan menghalau kaum Melayu secara halus.

Mahathir ketika itu melobi pula untuk mengangkat DS Najib mengambil alih kuasa Pak Lah dan dia telah berjaya.

DS Najib juga tidak bodoh untuk dijadikan boneka Mahathir sebagaimana Mahathir menjadi boneka DAP pada masa kini.

Akhirnya DS Najib menjadi mangsa apabila Mahathir menjadikan 1MDB sebagai sarana menjatuhkan DS Najib.

Namun seperti kata Wain serta dakwaan Soros, Mahathir takut akan pendedahan gejala rasuah yang amat lewah ditinggalkannya semasa dia berkuasa.

Mahu tidak mahu dia kini menjadi boneka kepada parti cauvinis Cina yang turut serta dan ghairah untuk menjatuhkan ekonomi kaum Melayu-Bumiputera, merosakkan hubungan kaum, mengheret Malaysia ke arah negara liberal agama dan adat budaya, serta menjadikan negara ini sebuah republik kerana Raja-Raja Melayu menjadi penghalang besar kepada matlamat DAP.

Sekiranya Wawasan 2020 direkayasa pada ketika DAP adalah musuhnya, bagaimanakah wawasan itu boleh direalisasikan ketika DAP mendominasi kerajaan PH?

DS Najib telah cuba membangunkan Malaysia setelah ia dirosakkan oleh Mahathir dengan Wawasan 2020 yang cuba menjadikan Malaysia seperti filem Hindustan apabila golongan kaya menjadi kaya-raya sedangkan golongan miskin terus papa kedana.

Dengan itulah Najib cuba mengalihkan dasar negara kepada matlamat menjadikan negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi, yang lebih realistik dalam hal berkongsi kebahagiaan rakyat miskin dan golongan kaya.

Tidak perlulah kita membongkar lebih jauh, kerana antara cabaran yang dihadapi oleh Wawasan 2020 adalah pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat.

Melalui dasar ‘kekayaan yang seimbang dalam kalangan rakyat’ DS Najib telah melaksanakannya dengan mengambil keuntungan perusahaan untuk dibahagikan kepada rakyat melalui BR1M dan pelbagai projek dana bantuan kepada rakyat miskin.

Malahan pada 2017 Najib telah berjaya mengangkat Malaysia sebagai negara kedua terbaik dari aspek ekonomi di rantau ini mengalahkan Singapura sebagaimana diperakui oleh badan penarafan ekonomi dunia seperti Moody’s, Standard & Poor, dan Fitch Group Ratings yang menarafkan kredit Malaysia dengan unjuran yang amat stabil pada skor A bagi tahun penilaian 2017.

Pada suku pertama 2018, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dengan kadar KDNK 5.9%, antara yang terbaik di dunia (ranking ke-23 daripada 137 negara dunia).

Nilai Ringgit Malaysia berbanding US Dolar ketika itu adalah 3USD, antara yang terbaik dalam sejarah, namun hari ini nilai Ringgit jauh lebih rendah dengan kadar USD4.13.

Penasihat Mahathir, Datuk Kadir Jasin, pada 2015 lagi telah pesimistik tentang pencapaian Wawasan 2020 kerana ia hanyalah manipulasi pencapaian ekonomi yang gagal setelah krisis 1998, bukan kerana Tun Abdullah mahupun DS Najib.

Kini Pakatan Harapan telah menghancurkan segalanya sehingga pelabur asing lari meninggalkan negara ini, nilai Ringgit jatuh merudum, bursa Malaysia terburuk di dunia, hutang negara mencecah RM1.1 trilion, dan jurang kekayaan kaya-miskin melebar dan menjadikan aras kemiskinan negara melonjak naik.

Wawasan 2020 juga menghadapi cabaran dalam soal membina satu ‘bangsa Malaysia’ yang liberal berdasarkan acuan demokrasi yang Mahathir terjemahkan daripada Barat.

Untuk membina bangsa Malaysia yang utuh, Mahathir perlu melupuskan sekolah vernacular supaya generasi muda tidak dipisah-pisahkan sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.

Dengan itu juga Mahathir harus menghapuskan Dong Jiau Zong yang kelihatannya amat menyokong komunisme yang menjadi musuh utama negara suatu ketika dahulu.

Dengan menjadikan satu bangsa Malaysia yang liberal, adakah Mahathir mahu menerima LGBT, menghapuskan undang-undang Syariah dan merobah Perlembagaan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan?

Malah Mahathir terpaksa memadamkan hak dan keistimewaan Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu, dan dengan itu jugalah Mahathir sebagai boneka dan ‘Tok Dalangnya’, DAP, terpaksa menjadikan negara ini sebuah republik.

Wawasan 2020 sebenarnya sudah gagal pada hari ia diumumkan lagi, bukan kerana Tun Abdullah mahupun DS Najib.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: