Tun Mahathir telah dikutuk oleh Ahli Parlimen (MP) India, Shri Ravindra Kishore Sinha sebagai pemimpin yang ‘mentalnya tidak berfungsi’.
Tulisan Ravindra dalam ‘The Capital Post’ melontarkan kritikannya terhadap Mahathir yang telah berulang kali menabur retorik ke atas India, sebagai membuktikan bahawa dia (Mahathir) tidak lagi berfungsi dalam keadaan mental yang normal.

Mahathir juga pernah bermusuh dengan kepimpinan Britain pada 1981, seelok-elok Mahathir diangkat sebagai PM, kerana isu Guthrie sehingga membawa kepada dasar ‘Buy British last’.

Namun pada September 2018, Mahathir telah dimalukan apabila dia dengan angkuh mengumumkan bahawa pengasas syarikat teknologi tinggi British, Sir James Dyson setuju mendirikan kilang kereta elektrik di Malaysia.
Hakikatnya Dyson lebih suka bekerjasama dengan Singapura dan melabur di negara tersebut.
Sebelum ini, Mahathir pernah mengutuk George Soros sebagai bertanggunjawab ke atas krisis mata wang 1998.
Namun sabahat baik Mahathir itu, membidas dan mencacinya sebagai ‘Corrupt Moron’ atau ‘moron yang kaki rasuah’.

Di samping itu Soros juga telah mengeluarkan kenyataan, “Tiga anak lelaki kamu bernilai USD8 bilion. Dari mana mereka peroleh wang tersebut? Sudah pasti, rasuah. Kamu lebih bodoh daripada apa yang orang lain percaya. Berbilion ringgit digunakan untuk membina menara kembar Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa (rakyat). Menara itu berdiri tegak sebagai simbol kebodohan dan ketidakbertanggungjawaban. Dan kini (kamu) hendak membina jambatan dari Melaka ke Sumatra melintasi laut antarabangsa? Kenapa (kamu) tidak membina jambatan ke bulan? Aku yakin kamu masih boleh dapat 20% (rasuah) -GEORGE SOROS.”
Karektor Tun Mahathir sebagai kaki gaduh sememangnya sudah lama diketahui oleh rakyat Malaysia.
Dia bergaduh dengan semua Perdana Menteri, kecuali Tun Abdul Razak, itu pun kerana Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia agak awal sebelum Mahathir bertapak kukuh sebagai ahli politik. Jika tidak, sikap samseng Mahathir ke atas semua Perdana Menteri Malaysia adalah lengkap.
Walau bagaimanapun Mahathir cuba juga melengkapkan sikap samsengnya dengan agendanya untuk membunuh kerjaya politik anakanda Tun Abdul Razak, DS Najib Razak.
Meskipun pada zaman Tunku Abdul Rahman, kedudukan Mahathir dalam dunia politik masih baru, dia sudahpun menaburkan fitnah ke atas Tunku melalui surat yang memaki-hamun Tunku dan disebarkan salinannya ke seluruh pelosok, khususnya kepada pemimpin Melayu-UMNO. Hal ini boleh ditonton melalui pengakuan Allahyarham Tunku dalam video berikut.
Perkara yang paling mengejutkan ialah kematian Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah yang pernah menuntut supaya royalti minyak daripada Petronas untuk Sabah ditingkatkan secara yang wajar.
Pastinya Tengku Razaleigh Hamzah (KU Li) tahu rahsia kematian Allahyarham Tun Fuad dan siapakah dalangnya kerana Ku Li juga berada dalam kapal terbang sejurus sebelum penerbangan bermula yang telah membunuh beberapa ahli kabinet Sabah. Namun Ku Li menerima panggilan telefon supaya meninggalkan pesawat itu sebelum ia berlepas.
Sebagaimana dilaporkan dalam Sabah Sarawak Merdeka.com, Tun Fuad Stephens telah membantah perjanjian penyerahan kuasa petroleum Sabah kepada Petronas, kerana baginya perkara itu harus dibawa ke mesyuarat kabinet dahulu.
Tragedi 6 Jun, 1976 itu telah membunuh semua penumpang penerbangan, termasuk Tun Fuad Stephens. Penumpang lain yang terkorban ialah Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, Penolong Menteri Darius Binion, Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.
Ramai berpendapat bahawa tragedi tersebut yang amat menyayat hati rakyat Sabah adalah perbuatan khianat pihak tertentu ke atas Tun Fuad yang membantah perjanjian penyerahan kuasa petroleum Sabah kepada Petronas
Dalam isu pelantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai Perdana Menteri, Mahathirlah yang mempunyai kata putus atas pelantikan itu yang mendapat restu daripada seluruh rakyat Malaysia.
Ini terbukti apabila BN di bawah kepimpinan Pak Lah telah menang besar pada PRU 2004.
Namun, Pak Lah telah menolak kepimpinan boneka yang meletakkan Mahathir sebagai dalangnya. Akibatnya Mahathir telah berkempen supaya kaum Cina menolak Pak Lah. Kesannya pada PRU2008, BN hanya menang tipis.
Lantas Mahathir berlobi pula supaya DS Najib Razak menggantikan Pak Lah. Pak Lah akur, tetapi lihatlah pula apa yang Mahathir lakukan kepada DS Najib, kerana tidak mahu tunduk kepada dasar nepotisme, kronisme dan kolusi Mahathir.
Mahathir sanggup pula menjalinkan ikatan politik dengan musuh tradisinya DAP, dan akibatnya kini, kuasa politik kaum Melayu-Bumiputera telah jatuh kepada bangsa Cina DAP yang mendominasi kerajaan PH.
Malahan Mahathir mengaku bahawa dia adalah boneka DAP.
Anehnya dengan pemimpin Melayu, dia sanggup menekan dan menindas dengan sikap diktatornya, tetapi dengan kaum Cina DAP, dia sanggup menjadi boneka.
Karektor ‘kaki gaduh’ atau gelagat samseng Mahathir bukan sahaja terkesan kepada semua Perdana Menteri (kecuali Tun Abdul Razak) tetapi menikam parah juga terhadap semua Timbalan Perdana Menterinya, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, dan DS Anwar Ibrahim.

Kini rakyat sedang memerhatikan pemimpin ‘kaki gaduh’ ini yang cuba menyerang rakan sejawatan luar negara.
Mahathir pernah menuduh DS Najib merompak dana sejumlah RM2.6 bilion yang hakikatnya adalah derma politik daripada kerajaan Arab Saudi.
Di tengah-tengah kemelut tuduhan itu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa Arab Saudi telah memberi sumbangan derma RM2.6 bilion kepada DS Najib Tun Razak.
Kenyataan Adel juga konsisten dengan apa yang dilaporkan oleh New York Times bahawa wang itu sememangnya datang daripada kerajaan Arab Saudi.
Terkini, Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur telah ditutup tanpa alasan yang wajar.
Namun rakyat sedang memerhatikan api pemusuhan Malaysia dengan Arab Saudi kian membahang setelah Mat Sabu, seorang yang berfahaman sesat Syiah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Malah pada Persidangan Kemuncak KL 2019 (KL Summit), 53 daripada 56 pemimpin negara Islam dunia telah boikot persidangan tersebut yang dilihat cuba ‘menggantikan OIC’.
Mahathir juga tersilap langkah apabila menjemput kepimpinan tinggi Turki dan Iran untuk turut bersama, sedangkan Turki amat memusuhi Iran dalam krisis di Syria dan juga di Iraq.
Mahathir juga turut mencipta pergaduhan dengan Singapura tentang isu air dan jambatan bengkok, serta China dalam isu rantau Laut China Selatan.
Meskipun sikap terhadap China menjadi agak manis akhir-akhir ini kerana tekanan daripada dominasi Cina DAP dalam Pakatan Harapan, namun pihak musuh Mahathir tidak akan berdiam diri dan bodoh dengan taktik politiknya.
Sikap samseng ‘kaki gaduh’ Mahathir, sememangnya sudah popular dalam kalangan ahli politik Malaysia, dan kini ia sudah menjadi epidemik yang menjalar kepada dunia geopolitik pula.
****
Tinggalkan Jawapan