(VIDEO) DEMI PERPADUAN KAUM, HARAMKAN DONG ZONG DAN LUPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR

Integrasi nasional atau perpaduan kaum yang seharusnya merupakan satu usaha dan kerjasama setiap etnik di negara ini, nampaknya telah gagal walaupun negara sudah merdeka sejak 62 tahun dahulu.

Pada tahun-tahun 1960-an sehingga 1980-an keadaan tidaklah seburuk hari ini apabila terdapat Sekolah Inggeris yang mempertemukan pelbagai kaum, di samping Sekolah Kebangsaan.

Sebagaimana kata Perdana Menteri Tun Mahathir, ketika zamannya bersekolah tidak ada masalah untuk semua kaum belajar di tempat yang sama. Melentur buluh hendaklah dari rebungnya.

“Ada Benggali, Cina, India dan Melayu, semuanya ok. Tetapi jika ikutkan Dong Zong, anak-anak Cina tidak seharusnya bergaul dengan kaum lain. Untuk berada di satu perhimpunan pagi menggabungkan ketiga-tiga sekolah, seolah-olah ‘anathema’ (sumpahan atau kutukan) untuk mereka,” kata Mahathir.

Malahan Mahathir membangkitkan sikap biadap Dong Jiau Zong yang membantah penubuhan Sekolah Wawasan yang mampu menjadi model sekolah perpaduan kaum di Malaysia.

Pemikiran genjot kaum Cina dalam Dong Jiau Zong amatlah mencurigakan, seakan-akan mereka mempunyai agenda subversif yang amat berbahaya kepada negara berbilang kaum ini.

Hari ini kita dapat perhatikan, terdapat golongan lepasan sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Kebangsaan, apatah lagi mereka tidak menduduki peperiksaan PMR mahupun SPM sebagai sijil asas bagi sekolah menengah, sebaliknya mengikuti kurikulum yang menyediakan mereka untuk sijil UEC.

Inilah antara lain yang telah menjahanamkan agenda integrasi nasional.

Malah rakyat sudah dengar pelbagai desas-desus pemikiran rasisme yang ditanam dalam jiwa para pelajar sekolah Cina.

Amat mudah bagi pengurusan sekolah Cina untuk mengindoktrinasikan pemikiran generasi muda mereka dengan agenda ideologi ‘kebangsaan Cina’ apabila hanya kaum mereka sahaja yang berada di sekolah.

Fenomena sosial sedemikian amat buruk untuk integrasi nasional.

Lihat sahaja Singapura, meskipun kerajaan mereka didominasi oleh kaum Cina, namun tidak wujud sekolah vernakular, demi menyuburkan perpaduan kaum di negara kota itu.

Kewujudan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina(Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang disatukan dengan nama Dong Jiao Zong adalah antara faktor yang menyemarakkan lagi polarisasi kaum antara kaum Cina dan kaum lain.

Mahathir sendiri secara terbuka melabelkan Dong Jiau Zong sebagai rasis.

Malahan sudah ada yang mengaitkan Dong Jiao Zong dengan tanah besar China, sebagaimana kurikulum UEC yang dikaitkan dengan sistem pendidikan Taiwan.

Apakah yang sebenarnya yang mahu diserapkan ke dalam pemikiran generasi muda Cina oleh Dong Jiao Zong ini?

Nampaknya mereka bertindak seperti pertubuhan subversif yang mempunyai agenda untuk menakluk Tanah Melayu ini, sebagaimana terlepasnya Singapura ke tangan kaum pendatang Cina.

Malahan hari ini golongan strategis Dong Jiao Zong menjadi lebih bongkak apabila negara Komunis China sudah diterima sebagai negara kuasa besar dunia.

Keangkuhan golongan ini dan agenda tersembunyi mereka bertambah membimbangkan apabila terdapatnya kemasukan haram kaum Cina dari negara Komunis China yang berleluasa, malahan dikaitkan dengan pemerolehan Kad Pengenalan haram.

Kegawatan migrasi dan diaspora kaum Cina daripada tanah negara komunis China menjadi bertambah bahaya apabila baru-baru ini kerajaan PH mula membenarkan golongan ini memiliki hartanah di Malaysia dengan harga yang lebih rendah.

Adakah ini merupakan neo-kolonialisme atau satu bentuk penjajahan baru, setelah kerajaan PH didominasi oleh bangsa Cina DAP?

Walau bagaimanapun terdapat juga segelintir cendekiawan Cina Malaysia yang sedar tentang hakikat ini seperti mendiang Prof Khoo Kay Khim, Prof Teo Kok Seong, Tan Sri Lee Lam Thye, Prof Ridhuan Tee Abdullah, mendiang Tun Tan Siew Sin (sekadar menyebut beberapa nama) dan memperakui sejarah wujudnya kaum Cina di bumi Tanah Melayu ini.

Nampaknya semakin hari gelagat Dong Jiao Zong ini semakin menyebabkan kaum peribumi menyesali penerimaan kaum Cina semasa perjanjian Merdeka dahulu.

Sukarno pernah berkata bahawa dia tidak mahu kaum Cina kekal di Indonesia, kerana dia bimbang satu hari nanti, kaum peribumi akan diperhambakan oleh kaum Cina itu, kecuali bagi mereka yang mahu menerima budaya Indonesia dan melupuskan budaya Cina. Sesiapa yang membantah dihantar kembali ke negara China, atau dikenakan hukuman bunuh.

Hakikatnya tidak ada negara di rantau ini yang mahu menerima kaum Cina, kecuali Tanah melayu pada ketika itu.

Nampaknya gejala memperhambakan kaum peribumi, sebagaimana telahan Sukarno, sudah mula menonjol di Malaysia apabila banyak isu dan tindakan yang telah dikenakan terhadap kaum Melayu dan badan-badan yang berkaitan dengannya, seperti isu Tabung Haji, PNB, isu komik komunisme, abu mayat Chin Peng laknatullah, isu menghina Raja-Raja, isu menghina agama Islam, isu menjadikan negara ini Republik, isu menjual aset yang berkaitan dengan badan pertubuhan bumiputera dan macam-macam lagi.

Kini Dong Jiao Zong menentang pelajaran penulisan aksara Jawi yang sebenarnya adalah aksara yang digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, sehinggalah kepada perjuangan kemerdekaan.

Itulah aksara Melayu yang telah diimprovisasi daripada aksara Arab.

Malah kita dapat lihat pelbagai iklan pada bungkusan produk kaum Cina yang dipasarkan untuk kaum Melayu juga ada yang menggunakan aksara Jawi.

Amat dangkal untuk menterjemahkannya sebagai satu unsur Islamisasi di sekolah.

Kemuncak kepada kebiadapan Dong Jiau Zong adalah mengadakan kongres untuk membantah silabus tulisan Jawi, dan mereka akan turut mengheret pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina pada 28 Disember ini.

Mahathir telah memberi amaran bahawa tindakan Dong Jiau Zong untuk mengadakan kongres bantahan tulisan Jawi itu, sebagai sesuatu tindakan yang mengundang perbalahan kaum.

Presiden PKR DS Anwar Ibrahim juga telah menggesa Dong Jiau Zong agar tidak meneruskan kongres bantahan pendidikan tulisan Jawi itu kerana ia akan meningkatkan suhu politik dan kaum di negara ini.

Tapi nampaknya Dong Jiau Zong tidak mengendahkan semua amaran tersebut, sehingga ARMADA atau sayap pemuda parti Bersatu telah bertindak mendapatkan petisyen rakyat supaya Dong Jiau Zong diharamkan.

Mahathir menyerahkan tindakan mengharamkan Dong Jiau Zong itu kepada pihak berkuasa PDRM.

Sebaiknya bukan sahaja Dong Jiau Zong diharamkan, malah sekolah vernakular juga hendaklah dilupuskan, demi perpaduan kaum di negara ini.

******

2 thoughts on “(VIDEO) DEMI PERPADUAN KAUM, HARAMKAN DONG ZONG DAN LUPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: