(VIDEO) SIDANG KEMUNCAK KL GAGAL MENJULANG ‘HARIMAU KERTAS’ BERNAMA MAHATHIR

Editorial

23 Dis 2019

Menurut tafsiran antarabangsa, sidang kemuncak adalah merupakan suatu ‘persidangan yang mempertemukan pemimpin-pemimpin kerajaan antarabangsa dengan akses dan keterbukaan kepada media, serta agenda prarancang.

Sidang Kemuncak KL 2019 (SKKL) telah merancang untuk melibatkan 56 buah negara dan kepimpinan tertinggi mereka. Namun yang hadir hanya tiga pemimpin negara iaitu Turki, Iran dan Qatar.

Tun Mahathir sebagaimana biasa dalam agenda prarancangnya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dia mempunyai taring dan kuku yang tajam selaku ‘harimau Asia’, khususnya untuk berdiri di tengah-tengah komuniti negara-negara Islam sebagai wira.

Namun apabila hanya tiga buah negara yang hadir maka apa yang dilabelkan oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu bahawa Mahathir hanya ‘harimau kertas’, menjadi satu realiti.

Masyarakat Islam hairan, sejak bilakah Malaysia cuba berbaik-baik dengan pemimpin Iran yang telah sah menganut ajaran sesat Syiah, dan menjadi musuh Islam?

Saban Jumaat khatib mengingatkan jemaah dan berdoa agar Allah menjauhkan umat Islam di Malaysia daripada ajaran sesat Syiah. Namun SKKL menerima baik pemimpin ajaran sesat tersebut.

Walau bagaimanapun rakyat sedar Menteri Pertahanan Malaysia, telah dibuktikan oleh KDN suatu ketika dahulu sebagai penganut Syiah.

Menteri Pertahanan Malaysia juga, mengikut ranking kelayakan akademik menteri-menteri pertahanan Asia, dikategorikan sebagai menteri terbodoh dunia kerana tiada latar akademik dan telah gagal kursus memasak kulinari ITM suatu ketika dahulu. Adakah Mahathir tunduk kepada tekanan penganut Syiah ini?

Mahathir buta terhadap peranan Iran di Iraq dan Syria, di mana umat Islam yang patuh kepada ajaran ahli sunnah wal jumaah ditahan dan diseksa, manakala kaum wanita diperkosa tentera-tentera Syiah Iran.

Mahathir juga tidak peka terhadap hipokrasi pemimpin tertinggi Qatar yang sedang berhadapan dengan pemulauan anggota negara Teluk (GCC) iaitu Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir.

Banyaklah insiden yang signifikan untuk mendedahkan Qatar sebagai negara yang menjadi batu api dalam kemelut dalaman negara-negara Arab dan menjadikan rantau Arab sebagai rantau yang tidak stabil.

Mahathir buta sekiranya Qatar dikatakan sebuah negara anti-Amerika, sedangkan pengkalan tentera Amerika di Qatar adalah pengkalan yang terbesar di rantau Teluk.

Qatar juga merupakan negara yang mesra-Israel apabila pernah menerima lawatan rasmi Presiden Israel serta pemimpin organisasi Zionis.

Dunia tahu bagaimana Turki amat menentang pengaruh Iran baik di Syria mahupun di Iraq dan Yaman. Turki menentang agenda Iran untuk menjadikan rantau Arab sebagai ‘rantau Parsi’ dengan Iran sebagai pemimpin utama.

Jadi tidak hairanlah, makan malam yang dijadualkan berlangsung antara ketiga-tiga pemimpin negara itu bersama Mahathir, tidak disertai oleh Recep Tayyip Erdogan.

Mahathir juga pernah mengatakan bahawa SKKL cuba membawa peranan OIC dalam sebarang isu dan kemelut negara-negara Islam seperti isu Palestin, tetapi kemudiannya menepis pula apabila dikritik oleh kerajaan Arab Saudi.

Namun terfikir juga adakah kecenderungan Mahathir melibatkan Iran yang menjadi musuh Arab Saudi dalam SKKL 2019 sebagai agenda halusnya untuk mengelak kehadiran pemimpin Arab Saudi yang telah menderma RM2.6 bilion kepada Malaysia semasa era BN?

Derma tersebut telah menjadi fitnah yang cuba ‘membunuh’ kerjaya politik Perdana Menteri DS Najib Razak.

Namun apabila ia disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Juber, Mahathir dan konco-konconya menggunakan isu lain pula untuk ‘membunuh’ usaha Najib membantu dana parti politik yang berteraskan Islam di negara ini.

Amat memalukan pemimpin negara Islam seperti Pakistan yang dijanjikan dengan projek kereta Proton di Karachi, juga telah menolak jemputan Mahathir di SKKL.

Lebih mendukacitakan apabila Presiden Indonesia, negara Islam terbesar di Asia juga menolak pelawaan Mahathir.

Namun perkara pokok ialah penolakan negara pemimpin utama dunia Islam, Arab Saudi ke SKKL 2019, kerana pertembungan dengan musuh tradisinya Iran dan juga Qatar. Apa ertinya SKKL yang mahu melapah isu Islam sedunia tanpa Arab Saudi.

Malaysia telah menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur. Mengapakah Mahathir merestui tindakan tersebut? Adakah ia atas kehendak Menteri Pertahanan, penganut Syiah yang amat cenderung kepada Iran, musuh Arab Saudi? Atau adakah kini Mahathir menerima dana daripada Iran dan malu hendak menerima bantuan Arab Saudi setelah mengutuk DS Najib atas isu derma RM2.6 bilion daripada Arab Saudi?

Malahan dunia melihat Mahathir cuba memusuhi OIC.

Mahathir tidak boleh menyembunyikan sikap hipokritnya untuk membela umat Islam seperti Palestin, dan Rohingya, manakala Menteri Agama di JPM, telah menolak tindakan zalim kerajaan China terhadap kaum Uighur.

Seluruh dunia mempunyai akses kepada sikap hipokrit Mahathir terhadap umat Islam di negaranya sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dan konco-konconya dalam PH.

Adakah Mahathir boleh menutup mata rakyat yang tahu tentang penajaan Yahudi ke atas DAP berjumlah RM1.2 bilion, parti komponen kerajaannya? Hakikat ini didedahkan sendiri oleh bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.

Presiden International Republican Institute (IRI), sebuah pertubuhan Zionis, Daniel Twining juga mengaku bahawa mereka dan National Endowment for Democracy (NED) telah menaja parti PH sejak 2002 lagi.

NED jugalah yang kita lihat amat bangga dengan kejayaan mereka memusnahkan negara-negara Islam atas nama demokrasi, bermula dengan Tunisia dan kemudiannya merebak ke Afghanistan, Iraq, Libya, Yemen, Syria, Mesir, Bahrain, Oman dan beberapa lagi.

Mahathir cuba membicarakan tentang palestin, tetapi lihatlah bagaimana kaum Melayu-Islam dihalau daripada kampung halaman sendiri sebagaimana yang dunia lihat di Paya Jaras, Puncak Kundang dan Langkawi, kawasan parlimennya sendiri. Malah rumah mereka diroboh tanpa belas kasihan.

Mungkin banyak lagi yang akan menerima nasib yang sama, sekiranya Mahathir dan PH terus kekal berkuasa di Malaysia.

Tidak hairanlah sekiranya DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah membangkitkan isu 10 juta umat Islam diusir dari negara sendiri.

Sekiranya isu berkenaan gagal diterjemahkan sebagai dasar dan tindakan, maka ia menunjukkan kegagalan agenda SKKL dan hanya hebat sebagai ‘pesta bercakap.’

Mahathir juga ketika di luar sesi SKKL telah mengeluarkan kritikan melulu terhadap soal dalaman India berkenaan ‘Semakan Akta Kewarganegaraan’ (CAA) India.

Katanya, “Saya kesal melihat India yang mengaku sebagai sebuah negara sekular, sedang mengenakan tindakan untuk menafikan hak kewarganegaraan kaum Muslim.”

Menteri Luar India telah membidas kenyataan Mahathir sebagai ‘salah fakta’.

Amat memalukan apabila Mahathir juga diberikan amaran supaya menghentikan kritikannya terhadap soal dalaman India kerana CAA tidak memberi kesan kepada status warganegara India sedia ada atas agama apa sekalipun.

Mahathir juga lupa bahawa dia pernah mengaku bahawa dia adalah boneka kepada parti kafirun DAP yang pernah difatwakan oleh Mufti sebagai Kafir Harbi.

Inikah dia ‘harimau Asia’ yang mahu mendabik dada sebagai wira Islam? Kami lebih melihat Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ yang tiada makna kepada umat Melayu-Islam di negaranya sendiri.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: