(VIDEO) DAIM LAWAN MAHATHIR – MELAYU TIDAK MALAS

Dalam sesi amanat Kongres Maruah Melayu, Tun Mahathir yang berketurunan India Kerala, masih mengutuk kaum Melayu sebagai bangsa yang malas.

Entah apalah natijahnya bagi pemimpin berdarah India itu mengutuk bangsa Melayu dalam satu perhimpunan Melayu yang cuba mengangkat maruah Melayu, kononnya.

Kesan psikologi terhadap penghinaan ini amat jelas apabila ucapan pemimpin tua itu hanya untuk menjatuhkan maruah bangsa Melayu dan bukannya cuba menjulang nama Melayu.

Ia menjadi lebih parah dan menikam jiwa bangsa Melayu apabila rumah kediaman mereka diroboh di Langkawi, di Paya Jaras, di Puncak Kundang, dan tempat-tempat perniagaan mereka untuk mencari sesuap nasi dirobohkan, kalau tidak sengaja dipindahkan oleh kerajaan zalim PH yang dipimpin oleh Mahathir yang berdarah India itu.

Dialah sebenarnya pemalas, kerana malas untuk bertindak dan memantau agensi pimpinannya yang bertindak sepertimana diktator terhadap kaum Melayu, peribumi Tanah Melayu ini.

Malah dia malas untuk menidakkan dominasi DAP, parti cauvinis Cina dalam Pakatan Harapan, sehingga wewenangnya mereka menindas kaum Melayu sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Singapura terhadap kaum Melayu, sehingga kini kaum Melayu tiada lagi memiliki tanah nenek moyang mereka.

Namun Sabtu lalu (21 Disember) berucap dalam satu majlis Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Tun Daim Zainuddin, yang juga bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mempertahankan bahawa Melayu tidak malas.

Daim meminta masyarakat melihat, kemakmuran dan kejayaan Pelabuhan Melayu Melaka dalam sejarah yang didominasi oleh pedagang Melayu dalam mengendalikan perdagangan antarabangsa Timur-Barat, bagaimana bangsa Melayu telah menonjolkan kerajinan mereka.

Kerajinan itulah yang telah membawa kemakmuran kepada Pelabuhan Melayu Melaka yang menjadi Pelabuhan paling sibuk dalam jalur perdangan Timur-Barat, sehingga ia menjadi rebutan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Lantas Daim menolak kenyataan Mahathir yang mengatakan Melayu malas, satu kenyataan dangkal daripada seseorang yang tidak berjiwa Melayu, dan bukan berdarah Melayu.

“Apabila anda menaiki LRT setiap pagi, anda akan lihat berpusu-pusu bangsa Melayu bergegas ke tempat kerja,” kata Daim.

Adakah orang malas akan bertindak sedemikian?

Kaum wanita yang sibuk pada waktu pagi, menjual nasi lemak, pastinya sudah menyediakan bahan jualan itu awal sebelum subuh lagi. Adakah golongan ini pemalas?

Tegas Daim, yang malas itu adalah mereka yang dapat kontrak, mereka yang mendapat AP tetapi kemudiannya menjual AP kepada pihak lain.

Namun itupun boleh dipersoalkan kemalasan mereka kerena mereka sebenarnya bukan malas, tetapi tamak haloba, sebagaimana tamaknya Mahathir yang salah guna kuasa, mengamalkan kronisme, dan nepotisme untuk menggarap sebanyak mungkin kekayaan tanpa melihat alam kubur dan akhirat.

Bangsa Melayu adalah beragama Islam. Mereka tidak melihat kekayaan sebagai satu-satunya matlamat hidup, sebaliknya keredaan Allah, amal ibadat, ketaqwaan dan alam akhirat.

Dengan itu, mereka yang beriman, memperuntukkan masa dalam hidup mereka untuk beribadat dan tidak seratus-peratus jumud pada usaha mencari harta semata-mata sebagaimana kaum Cina kafirun.

Lihat sahaja pesawah yang mesti menumpukan perhatian kedapa proses penanaman padi. Mereka harus menabur, memindah dan menanam, merumput, membaja, memotong, memukul, menjemur dan kemudiannya menumbuk padi untuk dijadikan beras.

Semua proses itu yang dilakukan di tengah panas terik, tidak melayakkan mereka dilabelkan sebagai pemalas.

Dengan itu juga, kita tidak terkejut jika ada anak pesawah yang maki-hamun Mahathir kerana menuduh kaum Melayu pemalas.

Bagi Prof Ulung Datuk Dr Ahamsul Amri, “sifat malas itu bukan sepenuhnya milik Melayu tetapi ia ada dalam setiap manusia tetapi pelabelan Melayu malas dibuat oleh penjajah dan sehingga kini masih menjadi modal sesetengah ahli politik.

Adakah bagi Mahathir kerajinan itu dijelmakan melalui kekayaan? Jika tidak kaya maka seseorang itu malas? Maka anak-anaknya semua adalah rajin-rajin belaka?

Patutlah wajar apabila Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menasihatkan rakyat supaya “Tak usah lagi dengar apa Tun M cakap.”

Antara lain, Ku Li bermaksud, usah pedulikan janji manis pemimpin tua PH itu. Namun yang tersirat mungkin juga maksud Ku Li, ‘Usah dengar cakap orang tua nyanyuk seperti Tun M.’

Kami cabar Mahathir supaya meneropong hidup seorang anak penoreh getah, bukan anak Perdana Menteri yang nepotis, kronis, dan kleptokrat seperti dirinya.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: