SUGARBOOK – DBKL CUBA SUBURKAN MAKSIAT DAN PELACURAN

BEBERAPA hari lalu (15 Dis) blog ‘Korek, Bongkar dan Dedah’ (KBD) telah menyiarkan artikel bertajuk ‘PR PBT adalah agenda DAP untuk memaksiatkan bandar raya’ di negara ini.

Pilihan Raya PBT bukan sahaja satu perjuangan DAP untuk menguasai negara ini dengan strategi menguasai bandar raya, bahkan ia menjadi satu sumber kewangan daripada aktiviti pelacuran dan pelbagai maksiat lain yang akan merosakkan masyarakat beragama di negara ini.

Pastinya mereka akan mengangkat doktrin kebebasan masyarakat dan menjadikan hak asasi manusia sebagai asas kepada kebebasan tersebut.

Semalam (19 Dis) selari dengan wacana yang diluahkan KBD, heboh pula tentang iklan billboard ‘gergasi’ di Bangsar dan Bukit Kiara yang menawarkan ‘khidmat pelacuran’ atas aplikasi ‘Sugarbook’ yang maklumat terperincinya boleh diperoleh daripada layaran Internet dan boleh diakses melalui telefon bimbit.

Inilah antara hipokrasi kerajaan pimpinan Tun Mahathir yang pandai mencanangkan perjuangan Islam di pentas antarabangsa sebagaimana Sidang Kemuncak KL 2019 yang sedang berlangsung. 

Sebaliknya ia tidak selari dengan amalan dan tindakan kerajaan terhadap elemen yang bertentangan dengan Islam.

Iklan ‘Sugarbook’ tersebut diturunkan setelah mendapat bantahan daripada orang awam, namun telah dua hari terpampang untuk menarik perhatian khalayak dan pelanggannya.

Sebagaimana biasa, dan telah diduga, pihak DBKL akan menyatakan bahawa iklan tersebut tidak mendapat kelulusan, dan DBKL telah terlepas pandang.

Persoalannya bagaimanakah iklan tersebut tidak mendapat kelulusan, sedangkan ia sudah dipasang?

Sekiranya ia telah dipasang di dua lokasi bandar raya Kuala Lumpur (itu yang dilaporkan dalam media, kami tidak tahu jika ada di lokasi lain lagi), bagaimana pula DBKL boleh mengatakan ‘terlepas pandang’.

Dipetik daripada Sinar Harian

Persatuan Pengguna Cyber Malaysia telah pun menularkan kritikan mereka ke atas iklan tersebut yang dikesan sebagai tawaran perkhidmatan pelacuran kepada lelaki berkerjaya yang sudah berumah tangga.

Iklan ‘Sugarbook’ melalui billboard itu hanyalah satu cara menguar-uarkan perkhidmatan pelacuran tersebut di luar talian.

Namun pengguna telefon bimbit boleh mengakses Sugarbook melalui Internet atau wifi untuk mendapatkan khidmat pelacuran tersebut.

Sebagaimana yang dipetik daripada FB, kritikan yang dilontarkan adalah seperti berikut.

“Untuk makluman pengguna siber, aplikasi itu merupakan laman sosial khusus bagi golongan wanita yang ingin mendapatkan ‘sugar daddy’ untuk tujuan seksual dan implikasi apps (aplikasi) ini sangat buruk buat masyarakat.

“Buat golongan isteri yang mempunyai suami berstatus kewangan yang tinggi, mungkin anda boleh cuba melihat aplikasi ini dalam telefon pintar suami anda.”

Sugarbook bukanlah satu-satunya saluran pengiklanan perkhidmatan seks, kerana pengguna Internet terdedah kepada pelbagai perkhidmatan seks yang tidak dikawal oleh pentadbir aplikasi seperti ‘Michat’ dan ‘WeChat’.

Antara beberapa contoh yang telah dapat kami petik daripada ribuan tawaran pelacuran dalam Michat adalah seperti berikut.

Meskipun laporan kepada pihak ‘admin’ boleh dibuat dan mungkin disekat, namun iklan tawaran sedemikian akan muncul semula dengan bebasnya.

Adakah ini kebebasan rakyat yang dimaksudkan?

Ia bukan sahaja menawarkan perkhidmatan seks wanita-lelaki, bahkan juga ‘lelaki-pondan’ dan pengamal ‘lesbian’ atau lebih mudah dilabelkan sebagai LGBT.

CEO Sugarbook, Darren Chan, yang pastinya tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat beragama, terutamanya umat Islam, telah memberikan alasan bahawa ‘Sugarbook’ harus dibenarkan atas kebebasan rakyat.

Darren menulis, “Kami membina Sugarbook untuk memperkasakan wanita dengan memberi mereka platform temu janji untuk memilih secara bebas apa yang mereka mahu dalam hubungan yang ideal, tanpa diteliti (tanpa disekat).

Pemberdayaan wanita adalah mengenai mengangkat wanita dengan meningkatkan kemampuan mereka untuk dapat memilih dengan bebas.

Sebagaimana biasa, alasan yang muluk-muluk boleh diujarkan, namun hakikatnya segalanya dibolehkan atas alasan ‘kebebasan rakyat’ yang menjanjikan keuntungan kewangan kepada syarikat penerbit aplikasi itu.

Mereka tidak akan peduli tentang konsep kemaksiatan, kemungkaran terhadap agama, keruntuhan rumah tangga, penyakit yang tersebar melalui amalan seks (STD) serta golongan muda yang mudah terjerumus kerana tarikan kewangan.

Ia lebih berbahaya daripada aktiviti pelacuran di lorong-lorong gelap, kerana ia diiklankan dan disebarkan dalam alam maya tanpa sekatan. Malahan ia boleh diakses oleh pengguna Internet, tanpa mengira umur, di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja.

Wanita UMNO dan Pemuda UMNO telah membangkitkan isu ini, sebagai satu kelemahan kerajaan PH. Tidak cukup dengan haru-hara ekonomi, ancaman pengganas LTTE dan komunis, PH juga tidak peka terhadap maksiat yang berleluasa.

Tidak hairanlah sekiranya ada pemimpin mereka dilanda kemelut semburit, sodomi, rogol dan pencabulan.

Menteri Wilayah Persekutuan, yang pandai memutar-belitkan tindakannya pasti akan bersilat bagaikan beruk kena belacan. Kita tunggu dan lihat.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: