Peguam, Datuk Zulkifli Nordin, juga bekas peguambela kepada Pegawai UTK, Azilah Hadri, yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantunya Shaaribuu, juga bekas peguam DS Anwar Ibrahim dalam kes Sodomi II, mendedahkan bagaimana Anwar mendesaknya untuk mereka-reka fitnah ke atas DS Najib.
Dengan prinsip membela kebenaran, Zulkifli yang juga merupakan bekas ahli PKR, telah menolak desakan Anwar untuk mencipta bukti palsu untuk mengenakan DS Najib, sebagai orang yang mengarah pembunuhan Altantunya.
Menurut Zulkifli, sepanjang menjadi peguambela Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantunya, dia mendapati bahawa tiada bukti untuk mengaitkan dan menuduh DS Najib dan isteri beliau DS Rosmah Mansor sebagai pihak yang terbabit dengan kes pembunuhan itu.
Anwar telah mendesak dan memaksa Zulkifli menggunakan pegawai UTK, Inspektor Azilah Hadri, supaya membuat perakuan bahawa Najib telah mengarahkannya supaya membunuh Altantunya.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar, kedua-duanya adalah pegawai UTK, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015, atas sabitan membunuh wanita Mongolia, Altantunya Shaaribuu.

Sirul Azhar yang telah melarikan diri ke Australia, telah membuat rakaman akuan bersumpah bahawa DS Najib tiada kaitan langsung dengan pembunuhan Altantunya.
Sirul juga mendedahkan terdapat pihak berkepentingan yang telah datang menemuinya dan menawarkan ganjaran yang besar supaya membuat perakuan bahawa DS Najib telah mengarahkannya supaya membunuh Altantunya.
Selari dengan perakuan Sirul Azhar, Zulkifli mendedahkan, “Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
“Ini kes tuduh tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (daripada mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena-mengena sikit pun,” tegas Zulkifli dalam satu ceramahnya di hadapan ribuan khalayak ramai di Bentung Pahang.
Anwar dengan jelasnya cuba campur tangan dalam kes pembunuhan Altantunya untuk mengenakan DS Najib sebagai dalang pembunuhan, dengan cara mereka-reka bukti palsu ketika kes dibicarakan pada Oktober 2006.
Zulkifli mengaku dan menegaskan bahawa sepanjang dia membela Azilah, tidak ada satu pun bukti yang signifikan bagi mengaitkan DS Najib dan isteri beliau DS Rosmah Mansur.
Atas sebab-sebab dengki dan khianat Anwar ke atas DS Najib, dia telah berkali-kali mendesak agar diwujudkan bukti palsu untuk mensabitkan DS Najib sebagai orang yang mengarah Azilah untuk membunuh Altantunya.
“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan membunuh Altantuya itu. Masa itu saya (juga) peguambela Anwar Ibrahim (dalam kes Sodomi II).
“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu?
“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku Najib terlibat, Rosmah pun terlibat,” dedah Zulkifli dalam ceramah tersebut.
Zulkifli tidak sekadar bergantung kepada kenyataan anak guamnya sahaja, malah dia juga membuat siasatan menentukan alibi, lantas dia mendapati bahawa pada malam pembunuhan Altantunya, DS Rosmah sedang berada di Tabung Haji, berbuka puasa dengan anak-anak yatim pada bulan Ramadan.
Dengan itu sebarang tuduhan ke atas penglibatan DS Rosmah, adalah fitnah semata-mata.
“Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, berbuka puasa dengan anak yatim.. Ada gambar dia, ada bukti dia.
“Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadan.”
Walaupun ada alibi, Anwar tetap memaksanya untuk mereka-reka bukti palsu supaya DS Najib dan Rosmah tersabit dengan pembunuhan Altantunya.
Anwar memaksanya bersungguh-sunguh, “Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.
“Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, saya tarik (diri),”katanya lagi.
Dengan latar sedemikianlah, Zulkifli telah melepaskan tugasnya sebagai peguambela Azilah Hadri pada pertengahan 2009 kerana ada usaha campur tangan orang luar.
Kejujuran Zulkifli juga dibuktikan apabila beliau membuat pendedahan di parlimen bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah DS Najib dan isterinya DS Rosmah Mansor.
“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.
“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik… Setahu saya Najib Razak telah bersumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).
“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” tegasnya.
Hari ini, rakyat seluruh negara dikejutkan dengan Akuan Sumpah (SD) Azilah Hadri yang ‘mengaku bahawa DS Najib Tun Razak telah mengarahkannya membunuh Altantunya.
Walau bagaimanapun, dengan pendedahan Zulkifli itu, Akuan Sumpah Azilah tersebut tidaklah menghairankan, sebagaimana pendedahan Raja Petra Kamaruddin, Azilah telah dijanjikan ganjaran RM10 juta serta pengampunan kepada hukuman gantung kerana membunuh Altantunya.

Azilah telah membuat Akuan Sumpah di Penjara Kajang kerana dia sedang menunggu tindakan hukuman gantung ke atas dirinya.
Rakyat pastinya dapat menerima lojika tindakan Azilah itu, demi untuk menyelamatkan dirinya dari tali gantung.
Walau bagaimanapun, adakah ini merupakan satu strategi bagi DS Anwar Ibrahim untuk mengalihkan fokus media terhadap kes pencabulan dan Akuan Sumpah Yusoff Rawther ke atas dirinya?

Sebagaimana didedahkan oleh Reggie Jessy Rithaudeen dalam The Third Force, semakan menunjukkan Pesuruhjaya Sumpah yang Menerima SD Azilah ialah Hamidah Bt Che Ahmad, Pegawai Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Kajang Selangor.
*****
Tinggalkan Jawapan