SEMALAM (16 Disember), seluruh negara telah dikejutkan dengan akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri bertarikh 17 Oktober yang dibuat di Penjara Kajang, mendakwa bahawa DS Najib Abd Razak telah mengarahkannya membunuh wanita Mongolia Altantunya Shaaribuu pada 2006.

Ramai yang menyangka bahawa kes ini telah selesai ditutup pada 2006 apabila Mahkamah Persekutuan telahpun menjatuhi hukuman mati ke atas pegawai UTK Azilah Hardi dan Sirul Azhar Umar kerana bersabit dengan tuduhan membunuh Altantunya.
Bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
DS Najib telah diputuskan tidak terlibat dengan kes kematian wanita Mongolia itu.
Azilah sedang menunggu hukuman gantung ke atasnya di Penjara Kajang, manakala Sirul Azhar Umar telah melarikan diri ke Australia. Undang-undang Australia menentang sebarang hukuman mati bagi mana-mana kes jenayah.
Pada 30 Januari 2006, bertentangan dengan SD Azilah, Sirul Azhar Umar telah bersumpah dengan nama Allah bahawa DS Najib langsung tidak terlibat dan tiada kaitan dengan tindakan membunuh Altantunya.
Akuan bersumpah itu telah dirakamkan dalam video berdurasi 55 saat. Selain memperakui bahawa DS Najib tidak terlibat, Sirul Azhar juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘ada pihak yang berkepentingan’ telah datang menemuinya untuk memintanya membuat perakuan bahawa DS Najib adalah dalang di sebalik pembunuhan Altantunya.
“Saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes,” katanya.
“Adalah dosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu,” jelasnya.
Malahan, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan polis telah mendapati tiada penglibatan DS Najib dalam kes pembunuhan Altantunya.
Hari ini 17 Disember, Raja Petra Kamaruddin dari MalaysiaToday telah mendedahkan bahawa SD Azilah Hadri adalah satu konspirasi politik pihak tertentu yang berkepentingan untuk menganiaya DS Najib.
Pendedahan Raja Petra adalah selari dengan perakuan dalam rakaman video yang dibuat oleh Sirul Azhar Umar.
Menurut Raja Petra, pada Februari 2019 lalu, seorang pemimpin politik dari parti PH telah menawarkan RM10 juta kepada Sirul Azhar sekiranya dia mahu membuat perakuan bahawa DS Najib ‘telah mengarahkannya membunuh wanita Mongolia, Altantunya Shaaribuu.’
Sirul telah menolak tawaran itu.
Selepas itu ahli politik PH berkenaan telah menghubungi pula Azilah Hadri di Penjara Kajang.
Perjumpaan itu dibuat di luar penjara untuk mengelak daripada terdedah kepada mana-mana pihak di penjara (CCTV?).
Seorang pegawai tinggi penjara berbangsa India telah membawa Azilah keluar penjara dan pertemuan dengan ahli politik tersebut telah dibuat di suatu tempat.
Setelah beberapa bulan selepas perbincangan, Azilah bersetuju untuk membuat perakuan dalam bentuk SD bahawa DS Najib (ketika kejadian adalah Timbalan PM) telah mengarahkannya untuk membunuh Altantunya.
Azilah juga telah ditawarkan pengampunan daripada hukuman gantung di samping RM10 juta atas kerjasama konspirasi, dan kemudiannya Azilah akan dibebaskan.
Sekiranya benar sebagaimana pendedahan Raja Petra, maka ia adalah suatu konspirasi politik yang amat mengecewakan rakyat kerana ia adalah suatu kes rasuah besar yang bertentangan dengan laungan kerajaan PH bahawa kerajaan yang menggantikan BN ini adalah bebas rasuah.
Persoalan lain ialah, siapakah pemimpin politik PH itu?
Adakah dia merupakan proksi kepada Tun Mahathir yang amat membenci DS Najib dan mahu melihat Najib diheret ke penjara atas tuduhan penglibatannya dengan 1MDB?
Menurut Raja Petra, KPN, Hamid Bador dikatakan tahu tentang konspirasi ini.
Pemimpin PH yang juga merupakan peguam bertauliah, Ramkarpal Singh telah membuat kenyataan akhbar bahawa Perdana Menteri, Tun Mahathir telah bersetuju supaya kes pembunuhan Altantunya Shaaribuu dibuka semula.

Setelah pendedahan Raja Petra, kes ini amat menarik untuk dibuka semula. Lebih baik lagi sekiranya Sirul Azhar juga dijadikan saksi untuk menentukan siapakah yang benar- Sirul Azhar atau Azilah Hadri?
Walau bagaimanapun sekiranya benar pengakuan SD Azilah Hadri adalah satu konspirasi politik, maka tokoh politik berkenaan hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal.
*****
Tinggalkan Jawapan