(VIDEO) ROBOH RUMAH – PH ZALIMI RAKYAT MARHAEN

KERAJAAN PH nampaknya berterusan menunjukkan bahawa mereka menjunjung falsafah dan pendekatan ‘memperhambakan rakyat’, justeru menzalimi mereka di tengah-tengah kesempitan ekonomi, tekanan sara hidup, dan hilang pekerjaan.

Inikah jenama ‘Harapan’ yang dikendong oleh kerajaan PH?

Setelah perobohan rumah rakyat yang berlaku di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Pulau Pinang dan rumah penduduk Melayu di Paya Jaras, Sungai Buluh, PH lagi sekali bertindak seperti kerajaan ‘Firaun’ merobohkan rumah penduduk Melayu di Puncak Kundang Rawang.

‘Harapan’ yang dikendong oleh kerajaan PH hanyalah  topeng kepada ‘Pakatan Hancing’ yang amat mengecewakan, sepertimana yang dilabelkan oleh rakyat selama ini .

Meskipun Menteri Besar telah mencanangkan bahawa beliau tidak mahu campur tangan, namun kes kezaliman ini terkait juga dengan Pejabat Tanah Gombak, yang seharusnya bersangkutan dengan kuasa kerajaan negeri.

Sebagaimana yang dipetik daripada MalaysianGazette, Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo sendiri telah memohon maaf kepada penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang kerana tidak sempat untuk diberikan pengesahan pemilikan tanah kerana birokrasi pentadbiran pejabat tanah yang agak rumit.

Khir Toyo amat kesal atas tindakan zalim kerajaan PH dan pihak berkuasa yang dilihat cenderung memusnahkan harapan rakyat.

Dengan tindakan zalim dan persekongkolan mereka bersama parti DAP yang kini dilihat sebagai topeng kepada komunisme, gerila komunis, dan pengganas LTTE, kerajaan PH hanya menempah kemusnahan pemerintahan mereka.

Bagi Khir Toyo tindakan memberi pemilikan tanah kepada pemaju tanpa mengambil kira faktor penerokaan asal, secara moralnya ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak bermaruah dan tidak sepatutnya dilakukan.

Pengalaman Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor, yang pernah menyelesaikan 95 peratus masalah setinggan di negeri itu, telah membuat beliau sedar betapa sakit dan luluhnya perasaan rakyat apabila harapan mereka dimusnahkan dengan jentolak yang rakus tanpa ada perasaan dan kemanusiaan.

Ini adalah soal tempat berlindung daripada panas dan hujan, sakit dan demam, serta tempat keselamatan ibu tua, bapa, anak dan cucu.

Soal kesempitan rezeki untuk hidup itu soal kedua, tetapi tempat kediaman dan tempat berlindung ini adalah soal kehidupan yang amat penting.

Kata Khir Toyo, “Harus diingat, semua tanah setinggan telah diberikan hak milik sebelum saya, ada tanah telah diberi milik kemudian baru diduduki oleh setinggan, ada juga tanah yang telah diteroka baru diberi milik pada pemaju.

“Saya telah membuat panduan jelas, dan pada tahun 2000 tidak ada lagi situasi tanah yang telah diteroka diberi pada pihak lain tanpa perbincangan dengan peneroka sedia ada,” ujarnya yang mempertahankan bahawa peristiwa Kampung Puncak ini sepatutnya tidak berlaku, lebih-lebih lagi oleh kerajaan yang merasakan mereka ini adalah malaikat yang suci dan penyelamat rakyat.

Penduduk yang menjadi mangsa kerajaan itu, telahpun meneroka tanah Kg Puncak Kundang itu yang asalnya adalah hutan untuk dijadikan tanah pertanian dan perumahan sejak tahun 1986.

Pada 2010, wakil penduduk telah membuat carian dan rekod dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah mengesahkan tiada pemilik berdaftar tanah tersebut.

Seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan dari tahun 1986 juga tiada sebarang larangan kerajaan untuk meneroka atau membina penempatan di kawasan tersebut. 

Lantas pada tahun 2010, penduduk memohon kepada PTG Gombak untuk memohon tanah itu bagi tujuan pertanian.

Permohonan mereka telah disokong oleh penghulu Mukim Rawang dan tiada sebarang penolakan dan bantahan daripada PTG Gombak terhadap permohonan itu, manakala bekalan elektrik dan air juga diperoleh penduduk berkenaan tanpa masalah.

Pada 2013, seorang penduduk telah membuat semakan pelan di PTG Gombak dan rekod menunjukkan tanah itu masih tiada pemilik, sehingga pertengahan 2017, sebuah syarikat Wangsa Masyhur Sdn. Bhd. (WMSB) memfailkan permohonan pemilikan kosong tanah dan mahkamah memberi perintah pelaksanaan pada 5 Mei 2018.

Menurut Mohd Khairul, WMSB mengaku telah memiliki tanah berkenaan dari kerajaan Selangor pada 2002.

Bagaimanapun, penduduk mempersoalkan kerana pada tahun itu tiada maklumat pemilikan direkodkan di PTG Gombak, sedangkan mereka telah meneroka tanah itu pada 1986 lagi.

Namun, WMSB menyatakan tanah mereka telah diceroboh, sedangkan fakta menunjukkan penduduk meneroka di situ sejak 1986 dan tiada sebarang notis larangan atau pagar dibina oleh syarikat terbabit dari 2002 hingga 2017.

Sekiranya penduduk yang menjadi mangsa itu telah menceroboh tanah kerajaan atau tanah milik WWSB, mengapakah PTG Gombak tidak pernah melarang mereka meneroka dan menduduki tanah tersebut, atau sekurang-kurangnya mengeluarkan surat peringatan, amaran atau larangan?

Sejumlah 13 buah rumah telah dirobohkan, sedangkan terdapat kira-kira 60 buah rumah lagi yang dikatakan berada dalam kawasan tanah milik WWSB, tidak pula dirobohkan.

Jika projek WWSB dikatakan akan bermula pada 2025, mengapakah penduduk malang itu tidak diberikan masa dan peluang untuk mendapatkan alternatif kediaman lain.

Anehnya kerajaan negeri seperti lepas tangan dan membiarkan rakyat Melayu diperhambakan dan dizalimi sedemikian rupa. 

Rakyat seluruh negera sedang memerhatikan sikap kerajaan PH yang memilih bulu kerana tanah yang diceroboh oleh bangsa lain tidak pula dikenakan tindakan zalim sedemikian.

Mengapakah kuil Hindu Seafield yang didirikan atas tanah milik syarikat One City dibela oleh kerajaan negeri, manakala keluarga bekas komunis di Serendah diberikan geran tanah oleh Menteri Besar? (sila rujuk EditorMalaysia)

Malah seorang kakitangan Bomba Melayu dikorbankan semata-mata untuk membela kaum Hindu dalam kes rusuhan kuil Seafield.

Mengapakah layanan sedemikian zalim dikenakan kepada penduduk Melayu Puncak Kundang, seakan-akan mereka tiada maruah dan perasaan berbanding kaum Hindu di Seafield dan kaum Cina komunis di Serendah?

Mangsa di Puncak Kundang itu bukan penceroboh dan mereka juga bukan setinggan. Mereka telah berusaha meneroka tanah tersebut yang asalnya adalah tanah hutan sejak 1986.

Mereka telah memohon mengikut lunas undang-undang sebagaimana diperakui oleh Bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo, dan mereka tidak pernah dilarang oleh pihak Pejabat Tanah Gombak.

Jelaslah kerajaan PH hanya memperhambakan kaum Melayu, kaum jati peribumi Tanah Melayu ini.

Tidak guna sekiranya Perdana Menteri mencanangkan ke seluruh dunia untuk membantu menyelamatkan tanah penduduk Palestin, sedangkan di negara sendiri, tanah penduduk Melayu-Peribumi dirampas bagaikan Firaun yang jauh lebih zalim daripada Yahudi.

Dimuat naik daripada YouTube

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: