(VIDEO) PR PBT ADALAH AGENDA DAP UNTUK MEMAKSIATKAN BANDAR RAYA

DESAKAN dan tuntutan DAP yang tidak putus-putus untuk melaksanakan Pilihan Raya PBT atau Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PR PBT) mempunyai objektif bagi merealisasikan agenda mereka supaya dapat menguasai pentadbiran bandar raya seluruh negara.

Tidak perlulah diperjelaskan tentang demografi kaum di mana jua bandar di negara ini, kerana semua tahu bahawa kawasan urban atau bandar negara ini sememangnya dikuasai oleh kaum Cina.

Di seluruh negara kini terdapat 149 PBT, dengan pecahannya 14 Majlis Bandar Raya, 40 Majlis Perbandaran, dan 95 Majlis Daerah.

Melalui PR PBT, Cina DAP mempunyai potensi untuk menguasai majoriti bandar raya utama misalnya seperti George Town, Seberang Perai, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Seremban, Melaka, Kuching Selatan, Iskandar Puteri dan Johor Baru. Sementara kaum Melayu- Bumiputera sekadar menguasai bandar kecil dan terpencil.

Kaum Melayu-Islam harus sedar bahawa, apabila kaum DAP menguasai sesebuah negeri dan PBT maka nilai Islam akan disisihkan, sebaliknya mereka akan mengangkat dan mengagungkan sesuatu yang mencabar nilai-nilai Islam.

Dipetik daripada MalaysianReview

Lihat sahaja kes-kes sarang pelacuran di Pulau Pinang dan Selangor yang meningkat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, hanya kerana ia membawa keuntungan kewangan daripada kegiatan haram dan maksiat.

Melalui Pilihan Raya PBT, kaum Cina DAP mempunyai potensi untuk menguasai pentadbiran setiap PBT dan dengan itu sistem pemilihan anggota Ahli Majlis PBT yang diberikan kepada pihak kerajaan negeri akan dimansuhkan.

Lantas pihak berkuasa Majlis Bandaraya berkuasa untuk mengeluarkan lesen rumah-rumah urut, pusat perjudian, hotel bajet dan sarang pelacuran baik secara terang-terangan mahupun secara rahsia.

Pada November lalu, pihak Polis Bukit Aman telah mendedahkan bahawa 10,002 wanita tempatan dan warga asing telah ditahan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran hasil operasi bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Lima daripada tujuh negeri terbabit adalah negeri-negeri yang berada di bawah kuasa politik DAP-PH iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan WP Kuala Lumpur.

Dipetik daripada Darul Ehsan Today

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun secara terbuka menolak cadangan dan desakan DAP untuk melaksanakan PR PBT kerana beliau dapat menghidu sikap tamak-haloba DAP yang cuba menguasai pentadbiran setiap bandar di negara ini.

Tun Dr Mahathir juga bimbang jurang antara kawasan bandar dan luar bandar akan lebih melebar, dan kebajikan masyarakat Melayu-Bumiputera luar bandar akan bertambah cair dan tipis.

PR PBT pastinya akan menyemarakkan ketegangan kaum majoriti bandar utama di negara ini yang didominasi oleh kaum Cina DAP.

Presuden PAS, DS Haji Hadi Awang pula mengingatkan rakyat bahawa DAP pendukung kuat dan sedang berjuang untuk melaksanakan PR PBT yang hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya sahaja, tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf bandar. Kaum lain selain Cina, adalah nadi dan urat saraf yang menghidupkan bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala hubungan dan sensitiviti mereka.

Alasan DAP bahawa PR PBT dapat mengelakkan rasuah dan salah guna kuasa politik hanyalah satu retorik politik, kerana sejak PH yang didominasi oleh Cina DAP berkuasa, salah guna kuasa telah dilihat sebagai barah dan pekung yang menjadi-jadi.

Malah mereka disokong oleh Peguam Negara yang menjadi kuasa pemilih kes rasuah mahupun jenayah.

Lihatlah bagaimana mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menindas kaum Melayu dengan rampasan tanah, merobohkan kediaman kaum Melayu, merobohkan kedai-kedai milik kaum Melayu, menamatkan jawatan penjawat awam dan badan kerajaan yang majoriti pekerjanya adalah kaum Melayu.

Secara senyap dan halus, kini DAP sudahpun menguasai banyak kepentingan dalam badan-badan kerajaan termasuk PDRM dan ATM serta rangkaian GLC atau Syarikat Berkaitan Kerajaan.

PR PBT sememangnya pernah diadakan pada 1963, tetapi kemudiannya digantung sementara pelaksanaannya pada 1964 kerana ia dilihat sebagai satu barah yang akan memusnahkan perpaduan kaum dan memberikan kuasa hanya kepada kaum yang mendominasi demografi bandar.

Setelah meletusnya 13 Mei 1969, penguasaan kaum Cina di Kuala Lumpur misalnya telah menyebabkan golongan ekstremis mereka berlaku biadap sehingga sanggup menghalau Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris keluar dari negeri itu, meskipun pembangkang kalah pada PRU1969 itu (dengan satu kawasan parlimen).

Tragedi berdarah 13 Mei tidak dapat lari daripada ideologi komunisme yang diperjuangan oleh DAP.

Pada 1976, Akta Kerajaan Tempatan diluluskan oleh Parlimen untuk memansuhkan terus pilihan raya PBT dan sekaligus mengguna pakai kaedah perlantikan terus Ahli Majlis PBT oleh kerajaan negeri.

Apakah sebenarnya agenda halus DAP yang mahukan Pilihan Raya PBT ini dilaksanakan semula? 

Kerajaan Persekutuan juga telah menggantung pelaksanaan PR PBT melalui Undang-undang Darurat pada tahun 1965. 

Adakah DAP mahu menguasai PBT kerana dengan itu mereka akan berkuasa bagi menentukan dasar, polisi, dan pengeluaran pelbagai jenis lesen termasuklah lesen penjualan arak, premis perjudian, pusat hiburan, rumah urut dan pelacuran?

Dipetik daripada Blog Samurai Biru

Hari ini dengan kes LTTE, komik propaganda komunisme DAP, penyeludupan abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, dan perhimpunan bekas gerila komunis, pastinya DAP lebih bersemangat hendak memperjuangkan pelaksanaan PR PBT.

Rakyat hendaklah halang DAP daripada menguasai mana-mana PBT kerana seperti yang mereka tunjukkan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, DAP wewenangnya mempercambahkan pusat maksiat serta membawa ideologi mereka untuk memperhambakan rakyat.

DAP tidak akan mengendahkan bantahan rakan-rakan politik mereka dalam PH, sebaliknya mereka hanya mementingkan kuasa politik serta agenda mereka, meskipun bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti agama dan budaya. Hal ini boleh dilihat melalui percambahan pusat urut, pusat judi, pusat hiburan dan sarang pelacuran yang 90% daripadanya adalah milik kaum Cina.

Lebih malang lagi apabila Tun Mahathir sendiri mengaku bahawa dia hanyalah ‘boneka DAP’.

Di samping itu DAP juga memperjuangkan anugerah tanah kerajaan kepada kaum Cina (bekas komunis) di Perak untuk selama 999 tahun meskipun ia bertentangan dengan perlembagaan.

Dimuat naik daripada YouTube

DAP tidak mahu mempertimbangkan soal keharmonian dan perpaduan rakyat, tetapi cuba memperlihatkan perjuangannya untuk mencairkan nilai-nilai Islam dan keharmonian kaum, sedangkan mereka lupa tentang kedudukan agama Islam dan kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: